Pages

Monday, 29 May 2017

Pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Saya merupakan seorang pengajar. Tetapi, saya bukan cikgu. Saya adalah pengajar kemahiran untuk program Persijilan Kemahiran Malaysia. Saya bergelar Pegawai Penilai yang memudahcara dan membimbing pelajar-pelajar atau calon-calon yang mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM), Diploma Kemahiran Malaysia( DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ( DLKM). Program persijilan ini boleh diikuti samada secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Kemahiran atau secara Pengiktirafan Pengalaman Lalu.
Dalam istilah kemahiran, saya digelar Pegawai Penilai.
Sebagai seorang Pegawai Penilai,  adalah tidak cukup sempurna jika saya  hanya mempunyai gelaran sebagai pendidik.
Tetapi, saya akan pastikan yang saya adalah pengajar kemahiran yang berkualiti dan terbaik.
Bidang kemahiran saya ialah Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak. Ini adalah program.kemahiran yang bukan akademik.
Maknanya, kaedah pembelajaran dan.pengajaran yang saya terapkan kepada pelajar perlu terdiri dari 70%pembelajaran amali dan hanya 30% pembelajaran teori.
Saya seorang pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia dan saya cintakan kerjaya saya ini.
Saya juga akan pastikan setiap ilmu yang saya curahkan kepada anak didik adalah ilmu kehidupan yang bermakna, yang bakal menjadikan anak didik saya  seorang insan yang berjaya untuk dunia dan akhirat  jua.
Akulah pendidik itu..
dan kerana itu adalah aku,
maka........
sebahagian hatiku
telah terpahat di sini
bertaut menjadi cinta
untuk terus bergelar
pendidik.....
memberi ilmu selamanya
akan ku bawa hingga ke akhir hayat
Persijilan Kemahiran Malaysia
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

SKM Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Apakah itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?
Pernahkah anda mendengar berkaitan persijilan SKM ini.

Bidang saya ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  Saya mempunyai SKM Tahap 3, 4 dan 5 dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak.

Apakah kelebihan memiliki SKM dalam bidang saya ini? Ramai.orang industri di luar sana memiliki pendidikan akademik dalam bidang ini. Tetapi, saya sendiri memilih pendidikan berbentuk kemahiran.

Dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia;

Sijil Kemahiran Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak menunjukkan bahawa saya adalah individu yang berketerampilan dan berkemahiran serta berpengalaman dalam bidang ini.

SKM telah mengiktiraf kemahiran saya secara rasminya.

Bagaimana saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM ini? Perlukah saya mengikuti kelas.

Jawapannya tidak perlu. Saya memperolehi SKM, DKM dan DLKM hanya melalui pengiktirafan pengalaman.
Bagaimana?
Kemukakan sahaja bukti-bukti pengalaman lalu.

Adakah anda juga seperti saya, memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini?. Ya, pengalaman anda juga boleh diiktiraf.

Persijilan Kemahiran Malaysia adalah persijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Jadi, adakan anda ingin dapatkan pengiktirafan ini?

Senang sahaja. Hubungi saya untuk info lanjut.
016 7235080.

Rancang aktiviti kreatif kanak-kanak

oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jom rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

Kanak-kanak suka bermain. Lantaran itu, jadikan permainan suatu aktiviti bermakna yang  dapat memperkembangkan daya kreativiti, imiginasi dan kemahiran berfikir kanak-kanak.
Bantu kanak-kanak mencari aktiviti kreatif pelbagai.

Seorang pendidik di TASKA perlulah juga seorang yang mempunyai kepelbagaian idea, yang boleh rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

Saya selalu ingatkan kepada pelajar-pelajar SKM saya bahawa cikgu TASKA yang kreatif ialah cikgu yang boleh rancang aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.

Saya tak suka setakat aktiviti mewarna dengan pensil warna, belajar abc atau 123 dan  aktiviti menulis dot...dot..
di TASKA.
Saya saya janggal jika seorang yang bergelar cikgu TASKA asyik ulang-ulang aktiviti di atas bersama kanak-kanak.

Naluri kanak-kanak sukakan kepelbagaian aktiviti yang menarik.
Kanak-kanak sukakan aktiviti yang lebih menyeronokkan dan yang membuat mereka lebih teruja.

Antara aktiviti kreatif yang boleh dijalankan ialah mewarnakan pasir laut, mewarna dengan bancuhan tepung gandum  dan main masukkan surat ke dalam.peti surat yang dihasilkan bersama kanak-kanak.

Jom cuba.
Rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

Friday, 26 May 2017

Hikmah Ramadhan

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog saya yang dihormati.

Salam Ramadhan Ya Karim

Ah lan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Kata Ustaz;

Istimewanya bulan Ramadhan ini ialah, antaranya; apabila....

1. Ramainya orang sibuk memenuhi masjid-masjid di malam hari bagi menunaikan solat terawih:  hari biasa tidak begitu.

2. Semua orang akan cuba memastikan dapat makan berjemaah bersama-sama dengan keluarga pada waktu berbuka dan waktu makan sahur.

3. Semua orang akan tertunggu-tunggu bilakah masuknya waktu Maghrib, secara tidak langsung semua orang tahu dengan tepat pukul berapakah waktu Maghrib sepanjang Ramadhan ini. Lepas berbuka, bolehlah terus bersiap untuk solat Maghrib.

4. Semua orang akan berusaha bangun di awal pagi, tiada yang akan sengaja bangun lewat. Mereka bangun awal pagi untuk bersahur dan sebaik-baik bersahur adalah yang menghampiri waktu solat Suboh. Melewatkan sahur adalah digalakkan. Hikmahnya supaya semua orang akan terus bersiap segera solat subuh sebaik selepas bersahur.
Bangun awal pagi juga membolehkan seseorang untuk solat malam.



Semoga Ramadhan kali ini akan dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan menjadikan kita hamba yang selalu dekat dengan NYA.

Wassalam.


Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga baru RM30










PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Sunday, 14 May 2017

RPA Aktiviti Bertema TASKA

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

gambar : carian google




Bulan ini, pihak TASKA akan menyambut 2 acara sambutan yang penting iaitu;
1. Hari Ibu



2. Hari Guru


Tentunya pendidik di TASKA sedang memikirkan dan  akan merancang aktiviti perkembangan yang sesuai dijalankan sempena  sambutan tersebut.

Seperti kebiasaannya, pendidik perlulah sediakan rancangan mengajar - RPA untuk aktiviti yang akan dijalankan. Jangan risau sebab Ebook RPA Aktiviti Bertema TASKA - lampiran 1 yang saya sediakan ini bakal membantu para pendidik merancang aktiviti bersama kanak-kanak.




Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti Bertema di TASKA. Ia adalah kumpulan aktiviti yang merujuk kepada suatu subjek@perkara yang dijalankan dalam beberapa tempoh waktu di TASKA.

Adakah anda memerlukan RPA aktiviti bertema TASKA bulan ini?
Saya sediakan Ebook RPA Aktiviti BERTEMA TASKA  Lampiran 1, khas untuk semua pendidik di TASKA.
Ia adalah RPA bertema TASKA dalam bentuk Ebook PDF Softcopy.


Selain dari mengandungi RPA berkaitan aktiviti sambutan Hari Ibu dan Hari Guru, Ebook RPA Aktiviti Bertema TASKA lampiran 1 ini juga mengandungi RPA bagi tema berikut:

  • Pekerjaan
  • Cuaca
  • Pakaian
  • Bulan Ramadhan

6 TEMA  dengan 28 RPA sedia untuk digunakan di TASKA anda.

Harga  ebook RPA Aktiviti Bertema TASKA lampiran 1 ini cuma RM20.

Bagaimana anda boleh dapatkan ebook RPA Aktiviti bertema di TASKA ini?
Anda boleh terus maklumkan tempahan dengan menghubungi saya si 0167235080 untuk tindakan yang segera.
Jangan nanti-nanti tau, takut nanti harga berubah.
Tak tidur malam siapkan RPA ini.



UNTUK TEMPAHAN, BOLEH TERUS WHATAPP SAYA 0167235080

HARGA PROMOSI AWAL BULAN : 
RM20 SAHAJA

BUAT BAYARAN KE;

MAYBANK 155126919215 / CIMB 7612806903

Inilah buku dalam bentuk EBOOK PDF SOFTCOPY. 
Sila sertakan EMEL anda bersama bukti bayaran.




EBOOK AKTIVITI BERTEMA INI MENGANDUNGI TEMA BERIKUT dan digunakan untuk tempoh tertentu sahaja mengikut perancangan pihak TASKA. 
Tunggu siri EBOOK bertema bagi tempoh yang lain pula.

TEMA :
1. HARI GURU
2. HARI IBU
3. PEKERJAAN
4. PAKAIAN
5. CUACA
6. Bulan Ramadhan




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

dapatkan harga promosi untuk belian ebook lebih dari satu.


Dapatkan juga RPA aktiviti mengikut perkembangan.
RM40

dan lain-lain ebook berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
RM 20                                          RM30



Monday, 8 May 2017

Aktivit bertema kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Aktiviti bertema kanak-kanak adalah suatu aktiviti yang fokus kepada idea tentang sesuatu subjek@perkara yang dijalankan dalam tempoh tertentu. Subjek atau perkara yang dijadikan tajuk aktiviti biasanya diambil dari subjek@perkara yang diketahui oleh kanak-kanak atau yang biasa dilalui oleh kanak-kanak dengan pengalaman sebenar. Kebiasaanya aktiviti bertema kanak-kanak adalah sesuai untuk kanak-kanak TASKA yang berumur 3 - 4 tahun ataupun kanak-kanak di TADIKA.

Tajuk aktiviti bertema kanak-kanak mesti menepati prinsip berikut :

i. Apa yang kanak-kanak minat.
ii. Apa budaya dan kehidupan kanak-kanak
iii. Masa dan tempat untuk melaksanakan aktiviti bertema tersebut


Contoh tajuk dalam Aktiviti Bertema kanak-kanak

Diri Saya
Keluarga Saya
Kenderaan
Bentuk dan saiz
Haiwan
Perayaan
Badan saya
TASKA saya
TADIKA saya


Tajuk Aktiviti bertema kanak-kanak perlu dijalankan mengikut waktu yang sesuai dengan idea yang dijadikan tema.

Dalam pengajaran di  TASKA maupun TADIKA, sebaiknya Aktiviti bertema kanak-kanak perlu merangkumi keseluruhan atau sebahagiaan aspek perkembangan kanak-kanak.

Contoh untuk TASKA;

TEMA : HAIWAN

SUB TEMA : Haiwan ternakan

Perkembanagan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran - Aktiviti mengenal haiwan yang dijadikan haiwan ternakan.

Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik - Mengira bilangan haiwan yang ada.

Perkembanagan Fizikal - membuat pergerakan seperti haiwan tertentu.

Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - menyayangi dan memberi makan kepada haiwan ternakan.

Perkembangan kreativiti dan Estetika - Membuat kolaj haiwan

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Berbual mengenai haiwan ternakan.


Kebiasaannya Aktiviti bertema kanak-kanak boleh dirancang pada awal tahun bagi mengenalpasti apakah tajuk tema dan sub tema yang sesuai dan bagi memudahkan perancangan aktiviti.

Perancangan Aktiviti bertema kanak-kanak perlu difikirkan dan disediakan oleh mereka yang bergelar pendidik di TASKA dan juga di TADIKA. Pendidik perlu cakna dan kreatif dalam menyediakan aktiviti-aktiviti bertema yang menarik.


KHAS untuk pendidik di TASKA, jika anda inginkan idea menyediakan Rancangan Pelaksanaan  aktiviti (RPA)  bertema kanak-kanak yang boleh dilaksanakan pada bulan  ini, saya sediakan untuk memudahkan anda.

EBOOK AKTIVITI BERTEMA KANAK-KANAK - LAMPIRAN  1



UNTUK TEMPAHAN, BOLEH TERUS WHATAPP SAYA 0167235080

HARGA PROMOSI AWAL BULAN : 
RM20 SAHAJA

BUAT BAYARAN KE;

MAYBANK 155126919215 / CIMB 7612806903

Inilah buku dalam bentuk EBOOK PDF SOFTCOPY. 
Sila sertakan EMEL anda bersama bukti bayaran.




EBOOK AKTIVITI BERTEMA INI MENGANDUNGI TEMA BERIKUT dan digunakan untuk tempoh tertentu sahaja mengikut perancangan pihak TASKA. 
Tunggu siri EBOOK bertema bagi tempoh yang lain pula.

TEMA :
1. HARI GURU
2. HARI IBU
3. PEKERJAAN
4. PAKAIAN
5. CUACA




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

dapatkan harga promosi untuk belian ebook lebih dari satu.


RM40


RM 20                                          RM30









Sunday, 7 May 2017

Bisnes dan Syariat



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Baru-bari ini saya ke Had-yai dan saya telah berjalan-jalan di sebuah 'Shopping Mall - Central Festival Mall'  yang besar dan moden terletak  di tengah-tengah bandar Had-yai.Tiada apa yang begitu menarik  di 'Mall' tersebut kerana ianya sama sahaja persis seperti 'dan moden ' besar di Malaysia.

Saya ke sana kerana mencari tempat untuk makan tengahari yang halal  sementara menunggu waktu untuk ke sempadan balik ke Padang Besar. ( Saya sedang bercuti bersama keluarga ketika itu)

Mencari tempat makan yang halal pun bukanlah perkara yang sukar di Hadyai kerana ramai orang Islam yang berniaga makanan termasuklah di Mall tersebut. Kelihatan di food court yang disediakan memisahkan ruang antara makanan halal dan makanan tidak halal. Terpampang perkataan 'Muslim Food' di kaunter makanan halal di mana kebanyakan pekerjanya juga menutup aurat.


Alhadullillah,  kenyang makan di situ. Tempatnya bersih dan makanan yang disediakan memang class dan sedap walaupun sekadar makan di Fourt Court. Tiada lah pula kelihatan warga asing seperti Nepal, Mynmar dan sebagainya yang  menjadi perkerja di Food court tersebut. Memang berbeza dengan  di Malaysia.

Pernah suatu ketika dulu saya ingin makan di Food Court di  EON Jusco tapi membatalkan niat tersebut apabila saya confuse dengan warga yang menyediakan makanan tersebut apatah lagi untuk rasa yakin dengan agama mereka. Islam kah? Adalah caa penyediaan makaann yang dikatakan halal mengikut syariat Islam?

Berbalik cerita tadi, selesai makan, saya berjalan-jalan seketika di bebara paras di Mall yang besar itu.  Sedang berjalan, tiba-tiba kaki saya terhenti di salah sebuah kedai salon rambut yang kelihatan moden. Kelihatan juga  di dalam salon tersebut, seorang pekerja muslimah bertudung litup, memakai pakaian longgar dan memang menutup aurat dengan sempurna sedang bersama-sama rakan sekerjanya, non - muslim memakai skrit) memberikan perkhidmatan dandanan rambut kepada pelanggan salon. Asyik sekali si muslimah pekerja salon mendandn rambut pelanggan yang saya rasa juga seorang non-muslim.




Saya memang sangat teruja melihat ada seorang muslimah yang aurat dengan sempurna sedang bekerja di sebuah salon rambut yang moden dan canggih. Sedang saya terintai-intai dan sempat pula mengambil gambar di situ, seorang anak muda menerpa saya dan suami saya. Oh dia adalah pengusaha salon tersebut.
Saya juga sempat berbual-bual  dengan tuan punya salon, seorang anak muda Thailand beragama Islam dan memang fasih berbahasa Melayu, juga sempatlah meminta kebenaran dia bergambar bersama suami saya.



Sungguh saya terkesima, bergegas ingin mengambil gambar bukti.
Mengapa?

Kerana;
1. Orang Islam boleh menjalankan satu bisnes di sebuah Shopping mall yang besar dan moden.
2. Salah seorang pekerja salon yang ditemui menjaga dan menutup aurat sepenuhnya ketika bekerja. Tidak perlu pun memakai pakaian glamour dan berhias berlebih-lebihan.


Apabila saya kongsikan pengalaman penemuan ini dengan kawan-kawan, ada seorang rakan alam maya saya beragama kristian memberi komen;

Katanya, di Kota Kinabalu ( dia tinggal di situ) fenomena memakai tudang adalah biasa sebagai pekerja islam di salon. Persoalannya adakah mereka menutup aurat dengan pengertian yang sebenar dan menepati kehendak syariat.


Kalau di Malaysia, di salon-salon moden selalunya saya lihat pekerjanya;

Tutup rambut tapi menampakkan bahagian dada,
Tutup rambut tetapi seluarnya ketat.
Tutup rambut tapi menonjolkan semua bahagaian anggota badan.

Jadi, saya beritahu kepada kawan saya yang beragama kristian itu, bahawa dalam Islam menutup aurat bukan sekadar tutup rambut sahaja bahkan lebih dari itu. Barulah dia faham kenapa saya teruja.

Kesimpulanya, orang Islam juga boleh berjaya tanpa meninggalkan syariat Islam.
Orang Islam juga boleh berbisnes tanpa membuka auratnya.



Tahniah, wahai anak muda (lupa nak tanya nama dia)

Saya belajar sesuatu pengalaman kehidupan hari ini di Hatyai Thailand.


Nor Azura Ismail

Pengajar Kemahiran pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh; Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Benarkah, Ada pengajar SKM atu disebut Pegawai Penilai  tidak berkualiti?

Bagaimanakah kualiti pengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Pusat Bertauliah Kemahiran sedia ada yang menjalankan prorram SKM berkaitan?

Menjadi seorang pengajar kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah satu profesyen kerjaya yang sangat-sangat diperlukan masa kini. Kalau dilihat, pengajar akademik bidang ini memang telah terbukti mereka berkelayakan samada mereka terdiri dari pensyarah mahupun Jurulatih PERMATA.
Tetapi untuk menjadi pengajar persijilan kemahiran Malayasia (SKM) yang benar- benar berkualiti masih ramai tidak memenuhi keperluan dan kekosongan dalam kerjaya ini.

Sememangnya, dalam industri terdapat ramai jurulatih pendidikan awal kanak-kanak  yang otai dan sangat berpengalaman luas,  tetapi mereka tidak menceburi industri persijilan Malaysia secara menyeluruh. Mengapa?
Mungkin kerana mereka tidak peka atau kurang cakna kepada keperluan sebagai pengajar SKM ini.
Jadi, siapakah yang menjadi pengajar SKM berkaitan  sedia ada masa kini?

Mahu tidak mahu kerjaya sebagai pengajar SKM ini terpaksa dipenuhi oleh lepasan-lepasan pelajar SKM pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke program Sijil Latihan Vokasional (VTO) yang mana telah melayakkan mereka menjadi pengajar SKM sepenuh masa di pusat bertauliah yang diikriraf.
Mereka memang memenuhi syarat untuk didaftarkan sebagai pengajar SKM iaitu telah mempunyai SKM dan juga VTO. Inilah syarat asas menjadi pengajar kemahiran.dalam.apa.jua bidang.

Persolannya, dari segi kualiti , apakah mereka benar-benar berkemampuan menjadi seorang pengajar pendidikan awal kanak-kanak setaraf dengan kualiti jurulatih dan pensyarah- pensyarah pendidikan awal kanak-kanak yang lain?
Walaupun pendidikan awal kanak,-kanak telah dijadikan sebahagian daripada program kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran namun kemahiran ini sama sekali sangat berbeza dengan kemahiran bidang lain seperti bidang masakan atau jahitan.
Bidang jahitan atau masakan cukup hanya memerlukan pengajar yang benar-benar mahir dalam.menjahit atau masak. Tetapi, sangat berbeza dengan kemahiran pendidikan awal kanak-kanak, di mana pengajar atau jurulatih perlu kuat ilmu pengetahuan dan sangat mahir berkecimpung dalam industri TASKA.

Lihat sahaja para jurulatih Kursus Asuhan PERMATA. Mereka terdiri daripada individu berpengalaman lama dan berpengetahuan luas dalam.industri sebenar di TASKA. Selain itu, proses untuk diikfiraf sebagai Jurulatih pula tidaklah semudah seperti memperolehi VTO. Inilah hakikatnya.

Oleh itu, bukalah mata anda semua wahai mereka yang berkecimpung dalam industri ini. Ada rasa bimbang di hati jika kita hanya mengharapkan pengajar-pengajar junior ini.memenuhi industri sebagai pengajar SKM. Hakikatnya , mereka hanya memenuhi.syarat menjadi.pengajar SKM tetapi mereka sendiri masih kurang ilmu.pengetahuan.dan ada yang tidak berkecimpung dulu dalam industri TASKA yang sebenar.
Bagaimana hanya megharapkan mereka.mengajar anak-anak yang ingin menjadi.pelajar SKM sepenuh masa? Sangat bimbang memikirkan hal ini.

Untuk mereka khasnya bekas-bekas pelajar yang telah pun bergelar pengajar SKM atau yang bakal.menamatkan VTO dan ingin menjadi pengajar SKM, hanya anda yang tahu kualiti ilmu dan kemahiran dalam diri anda.
Jangan.menggadai kualiti SKM.ini.
Tolong jangan berasa selesa dengan status jawatan anda sekarang. Bukalah mata dan jangan tipu diri anda sendiri. Jangan.mengaburi.mata pelajar-pelajar muda yang tidak.tahu apa-apa.
Kenyataannya anda perlu tingkatkan lagi ilmu dan.kemahiran anda. Anda semua masih terlalu muda untuk.memahami cabaran dalam pendidikan awal kanak kanak.ini kerana anda belum melalui pengalaman sebenar dalam industri ini.

Teruskan belajar dan bantu meningkatkan kualiti SKM itu sendiri.
Tepuk.dada tanya diri sendiri. Jika tidak mampu menjadi pengajar SKM yang berkualiti, mohonlah undur diri. Usah mencalar kualiti SKM Pendidikan dan penjagaan awal kanak- kanak ini dengan ilmu dan kemahiran anda yang rapuh itu.
Jom sama sama bantu meningkarkan.kualiti SKM di mata masyarakat. Mesti ada ilmu dan mesti telah melalui pengalaman bertahun-tahun dalam.industri TASKA, baru boleh digelar pengajar berkualiti.
Pastikan anda memperolehinya.
Saya , pakar pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf.
Persijilan Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak.
Norazura.



Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20