Pages

Monday, 29 May 2017

Pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Saya merupakan seorang pengajar. Tetapi, saya bukan cikgu. Saya adalah pengajar kemahiran untuk program Persijilan Kemahiran Malaysia. Saya bergelar Pegawai Penilai yang memudahcara dan membimbing pelajar-pelajar atau calon-calon yang mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM), Diploma Kemahiran Malaysia( DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ( DLKM). Program persijilan ini boleh diikuti samada secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Kemahiran atau secara Pengiktirafan Pengalaman Lalu.
Dalam istilah kemahiran, saya digelar Pegawai Penilai.
Sebagai seorang Pegawai Penilai,  adalah tidak cukup sempurna jika saya  hanya mempunyai gelaran sebagai pendidik.
Tetapi, saya akan pastikan yang saya adalah pengajar kemahiran yang berkualiti dan terbaik.
Bidang kemahiran saya ialah Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak. Ini adalah program.kemahiran yang bukan akademik.
Maknanya, kaedah pembelajaran dan.pengajaran yang saya terapkan kepada pelajar perlu terdiri dari 70%pembelajaran amali dan hanya 30% pembelajaran teori.
Saya seorang pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia dan saya cintakan kerjaya saya ini.
Saya juga akan pastikan setiap ilmu yang saya curahkan kepada anak didik adalah ilmu kehidupan yang bermakna, yang bakal menjadikan anak didik saya  seorang insan yang berjaya untuk dunia dan akhirat  jua.
Akulah pendidik itu..
dan kerana itu adalah aku,
maka........
sebahagian hatiku
telah terpahat di sini
bertaut menjadi cinta
untuk terus bergelar
pendidik.....
memberi ilmu selamanya
akan ku bawa hingga ke akhir hayat
Persijilan Kemahiran Malaysia
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

No comments:

Post a Comment