Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Aktiviti Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik.
Assalam.
Mungkin ada pendidik TASKA yang tiada idea untuk jalankan aktiviti bersama kanak-kanak berkaitan Perkembangan awal matematik dan Pemikiran Logik. Di sini, saya kongsikan 2 aktiviti yang perkembangan berkaitan yang boleh dijalankan bersama kanak-kanak berumur 2 - 4 tahun di TASKA. Bergantung kepada umur kanak-kanak, adalah penting pendidik menyesuaikan cara aktiviti dijalankan ikut kebolehan mereka.
Sebelum buat aktiviti ini, fahami dulu secara asas konsep Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik ini. (PAMPL)
Berikut adalah antara konsep yang berkaitan PAMPL:
1. Ruang
2. Perbezaan warna
3. Saiz
4. ketinggian
5. Kedudukan
6. Masa
7. Nombor
8. Bentuk
9. Seriasi
10. Turutan
12. Perbandingan
PAMPL juga berkaitan kaitan sesuatu perkara dengan objek dalam persekitaran. Misalnya , jika hari hujan, memerlukan payung.
AKTIVITI 1 : CANTUMKAN PUZZLE BESAR
Bahan-bahan : Kotak dan warna air sahaja.
AKTIVITI 2 : MENCUCUK BUNGA PADA TAPAK MENGIKUT WARNA YANG SAMA.
Bahan-bahan : Kotak, kertas warna dan lidi sahaja
Untuk makluman, bahan aktiviti di atas adalah dari bahan buat sendiri yang dihasilkan oleh pelajar saya yang mengikuti program:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 - Pendidikan dan penjagaan Awal kanak-Kanak
Pelajar yang mengikuti program ini belajar 70% latihan 'hands on' dan hanya 30% sahaja berkaitan teori. mereka adalah pelajar yang bakal digilap hingga berketerampilan sebagai seorang pendidik di TASKA.
Ada sesiapa yang ingin belajar SKM ini?
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
RM 40 / RM 30
HUBUNGI SAYA DI 0167235080
No comments:
Post a Comment