Pages

Wednesday, 16 August 2017

Wanita dan pengorbanan

Oleh :  Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Wanita dan pengorbanan.
Adakah pengorbanan kita wanita,  sebagai isteri dan ibu sekuat pengorbanan Siti Hajar wanita syurga?
Sanggupkah kita berkorban seperti Siti Hajar yang ditinggalkan sendirian bersama anaknya Ismail, di tanah yang kering kontang?

Aduhai, kami wanita, mungkin tidak mampu berkorban sekuat seperti Siti Hajar, namun kami tetap mempunyai niat dan tekad untuk menjadi seperti dia, Siti Hajar penghuni syurga.
Niat kami kerana Allah.
Lihatlah kami, para wanita.
Betapa setia dan taatnya kami wanita sebagai isteri, rela berkorban apa sahaja kerana suami tercinta yang telah Allah rencanakan untuk kami. Sanggup kami bersusah payah dan senang bersama, tanpa mengira apa jua keadaan.

Maka, kasihilah dan hargailah kami sepenuh hatimu wahai yang bergelar suami.
Betapa peritnya kami wanita, melahirkan zuriat amanah Allah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa.  Jerih dan  penat lagi membesar dan mengasuh anak hingga mereka menjadi insan yang sempurna. Maka, ingatilah  kami dan doakan kami ibu mu, wahai anak-anak.
Demi keluarga tercinta, demi kehidupan keluarga yang lebih sempurna, lalu kami wanita ini, sanggup keluar rumah, berpenat lelah, berhempas pulas, tekun berusaha bersama para suami mencari rezeki kehidupan bersama tanpa keluh kesah. Apa yang kami perolehi, semuanya untuk keluarga kami juga, bukan untuk yang lain, jauh sekali untuk keperluan kami semata. Tidaklah pernah kami berkira dalam berkongsi mencari nafkah bersama, walau bukan itu tanggungjawab kami.
Lalu....., lelaki yang bergelar suami,  insan yang bergelar anak, ingatilah dan hargailah sepenuh jiwamu, perit jerih pengorbanan kami ini, para wanita.

Sesungguhnya, kami sedar,  tidaklah sebesar manapun pengorbanan kami jika dibandingkan dengan pengorbanan wanita bernama  Siti Hajar.
Namun, inilah kami.....
wanita, isteri dan ibu yang sanggup berkorban segalanya demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta.
Tiada apa yang di pinta  kerana Allah jua yang mengetahui keikhlasan hati kami.
Justeru itu, dengarkan lah rayuan hati kami,  wahai para suami yang kami cintai kerana Allah, tolong jangan khianati hati wanitamu ini.
Lalu para anak pula, tolong jangan sesekali disakiti hati ibumu ini.

Wahai Allah, rahmati kami , hamba-hambaMU ini.
Siti Hajar,  lambang pengorbanan seorang wanita solehah.



Catatan pandangan seorang wanita
#Norazurachildcarepractitioner





Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






RM 40   /   RM 30

HUBUNGI SAYA DI 0167235080



No comments:

Post a Comment