Pages

Friday, 20 October 2017

Kualiti personel di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


TASKA adalah satu institusi di mana ia menawarkan perkhidamtan asuhan dan didikan awal kepada anak-anak sementara ibu bapanya keluar bekerja.  Peranan industri  TASKA sangat penting dalam membantu ibu bapa mendapatkan khidmat asuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  


Antara kriteria yang paling penting dalam memilih sesebuah TASKA ialah berkaitan kualiti personel di TASKA.  Personel TASKA terdiri daripada pengusaha, penyelia, pengasuh@pendidik maupun sesiapa sahaja yang bertugas di sesebuah TASKA.  Persoalannya, bagaimanakah kualiti personel di TASKA sediada kini?


Semua pihak samada ibu bapa atau pengusaha  TASKA menginginkan kualiti personel di TASKA yang terbaik.  Dari sudut perniagaan TASKA sendiri, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha bagi memastikan TASKA mereka dapat memberikan perkhidmatan asuhan yang berkualiti, antaranya tentunya dengan memastikan juga kualiti personel di TASKA.  Antara caranya, pengusaha mesti memastikan yang setiap personel di TASKA adalah terdiri dari mereka yang terampil dalam menjalankan tugas-tugas di TASKA, disamping mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi. 


Jika dapat dikenalpasti kelemahan dari aspek tersebut, maka pengusaha TASKA perlu mendapatkan latihan yang berterusan untuk semua personel di TASKA.  Inilah antara pendekatan yang dilaksanakan  untuk menjaga kualiti personel di TASKA supaya sentiasa berada di tahap yang baik dan memuaskan semua pihak terlibat terutama ibu bapa. 


 Hakikatnya, kelemahan penyediaan latihan dan kekurangan latihan berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya beberapa insiden di TASKA akibat dari kecuaian dan kurangnya latihan yang diperolehi oleh pengasuh@pendidik di TASKA.  Pihak pengurusan TASKA lebih-lebih lagi, perlu menyedari hakikat ini dan berusaha memastikan pekerja mereka mendapat latihan yang diperlukan sebagai seorang personel TASKA yang professional. Terdapat juga pengasuh@pendidik TASKA kurang berminat dengan pekerjaan mereka menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran diri melalui latihan tertentu.  


Adakah anda tergolong dalam individu yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan TASKA?   Maka, anda sebagai bakal pengusaha TASKA juga perlu memastikan kualiti personel di TASKA yang bakal anda tubuhkan.


Bagi individu yang merancang memulakan perniagaan TASKA  juga perlu membuat perancangan dan persediaan asas yang awal dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka.  Mereka tidak boleh sama sekali menganggap bahawa perniagaan TASKA adalah satu perniagaan yang mudah dan semudah itu boleh dimulakan pada bila-bila masa tanpa asas pengetahuan dan kemahiran yang jitu dan kukuh.  


Dari segi pemantauan operasi TASKA, pihak yang berkuasa perlu kerapkali turun ke TASKA bagi memastikan semua personnel TASKA mematuhi peraturan TASKA yang telah di tetapkan.  Dengan ini, sangatlah di harapkan industri TASKA dapat menyumbang kualiti perkhidmatan pengasuhan yang baik sejajar dengan peningkatan pertumbuhan perniagaan TASKA dewasa ini.  Mudahan industri pengasuhan di pandang tinggi oleh semua pihak yang berkaitan.


Berikut, dinyatakan cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti personel di TASKA

  1. Pihak agensi penguatkuasaan ke atas premis dan operasi TASKA mewajibkan pengurus , pengasuh mengikuti latihan yang ditetapkan beberapa kali dalam setahun.  Tetapkan cadangan kursus yang wajib dihadiri dari semasa ke semasa. Latihan boleh dijalankan oleh pihak berkuasa sendiri ataupun melalui pelbagai agensi latihan swasta yang diiktiraf.

  1. Pihak pengurusan TASKA mengadakan latihan ‘in house’ sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Sentiasa membuat penilaian terhadap prestasi kerja pengasuh.  Latihan ‘ in-house’ boleh sahaja diberi secara tidak formal kepada setiap personnel di TASKA.  Cadangan adalan latihan wajib   pada hari Sabtu dalam minggu tertentu di TASKA.  Adakan juga rekod penyertaan latihan kepada personnel berkaitan.  Bagi meningkatkan motivasi pekerja di TASKA, pihak pengurusan boleh memberi ganjaran kepada personnel yang menunjukkan kualiti kerja yang baik.

  1. Saya menggalakkan semua yang terlibat untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-Kanak.  Setiap personel di TASKA perlu diberi pendedahan mengenai SKM dan mereka boleh mendapatkan SKM ini secara Pengiktirafan pengalaman Terdahulu (PPT). Dengan adanya pengiktirafan SKM kepada personel TASKA yang layak, adalah di harap imej personel dan profesyen TASKA akan lebih dipandang tinggi oleh masyarakat. Personel TASKA sendiri dapat memberikan perkhidmatan terbaik sejajar dengar pengiktirafan yang telah mereka terima


  1. Personel TASKA digalakkan menyertai persatuan TASKA yang boleh membantu setiap personel di TASKA dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di TASKA. Dengan bersama persatuan, mereka boleh berkongsi idea dan menyelesaikan masalah isu semasa bersama-sama demi untuk industri TASKA.   Selain itu, personel TASKA perlu peka pada kursus @ bengkel luar yang dikendalikan oleh agensi-agensi latihan dan mengambil inisiatif untuk menyertai pelbagai bengkel modul yang ada. Personel tidak  boleh sekadar merasakan apa yang mereka tahu telah mencukupi bagi menjadikan diri mereka sebagai personel TASKA yang professional.  Bakal pengusaha TASKA sendiri perlu tahu dengan jelas mengenai operasi dan pengendalian TASKA sebelum memulakan perniagaan TASKA ini.

  1. Pengusaha TASKA hanya mengambil pengasuh@pendidik yang benar-benar berminat sahaja untuk bekerja dengan mereka.   Dengan minat pengasuh@pendidik ini boleh dibentuk dan dilatih menjadi personnel TASKA yang berkualiti.  Adakan sesi temuduga dan penilaian supaya hanya individu yang layak di beri tugas sebagai personel di TASKA.



KESIMPULANnya,  menunjukkan kepentingan dan keperluan bagi setiap individu yang terlibat dengan peniagaan TASKA untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan tugasan masing-masing melalui saluran latihan, bengkel atau kursus.  Setiap personel TASKA tidak boleh merasa selasa dengan prestasi yang sedia ada.  Perkhidmatan pengasuhan yang baik dan berkualiti tentu sekali dapat meningkatkan lagi prestasi dan kualiti industri TASKA dalam negara. 


Masyarakat semasa yang pada dasarnya selalu memandang rendah dan sepi pada industri pengasuhan , tentunya akan mula membuka dan bersama memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat di dalam industri ini. Hakikatnya, buat masa ini, sejauh mana  kualiti personel di  TASKA   merupakan masalah yang telah menjadi akar umbi dalam industri TASKA sekian lama.  Memang sukar untuk memastikan pengasuh@pendidik khasnya,  bekerja mengikut etika dan peraturan yang sepatutnya.  Masih ramai lagi tidak menunjukkan minat yang mendalam, bahkan menjadikan pekerjaan di TASKA umpama sandaran semata sebelum mendapat pekerjaan lain.   


Hal ini perlu di atasi dengan memastikan mereka yang berada di dalam industri TASKA terus diberi pengetahuan beserta kemahiran yang mendalam lagi.  Tentunya kualiti pengasuhan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak di TASKA. Justeru itu, sangat tidak boleh dinafikan bagi melahirkan personel TASKA professional, perlu berilmu dan berkemahiran yang boleh diperolehi melalui latihan berterusan.
Pencapaian kanak-kanak juga banyak bergantung kepada faktor kualiti personel di TASKA.


*******************************************************************************************************
MEMILIKI Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) MELALUI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (MY PPT)


Apa itu SKM melalui PPT?
Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang diperolehinya melalui pengalaman kerja berdasarkan National Occupational Skills Standards (NOSS) untuk dipersijilkan dengan :

SKM Tahap 1, 2 dan 3
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan kemahiran Malaysia.



Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
Personel Persijilan kemahiran Malaysia#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30











No comments:

Post a Comment