Disunting oleh : Nor Azura Ismail
Teks Asal : Penulisan LPKT calon DKM ( Bab Pendahuluan)
pnnorazuraismail@gmail.com
Ada yang masih keliru dengan definisi TASKA?
Menurut Akta TASKA 1984,
TASKA adalah mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut. Menurut peraturan JKM juga, TASKA terdiri dari 4 kategori iaitu TASKA Institusi, TASKA di Rumah, TASKA Komuniti dan TASKA di Tempat Kerja.
Apakah agensi yang bertanggungjawab dalam pematuhan peraturan penubuhan TASKA?
Penubuhan premis TASKA perlu
didaftarkan dan dipantau di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mana TASKA diwajibkan
mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepertimana di dalam Akta TASKA dan seperti yang termaktub di bawah Peraturan-Peraturan TASKA 2012.
Siapakah pengurusan TASKA?
Semua TASKA tersebut boleh diusahakan dan diuruskan oleh
individu perseorangan atau mana-mana agensi dengan disyaratkan pemilik TASKA
telah lulus Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP).
Dengan kata lain, Pengurusan TASKA adalah terdiri
daripada pihak yang mengusahakan TASKA dan yang bertanggungjawab memastikan
TASKA diuruskan pula mengikut prosedur ketetapan peraturan JKM. Adalah penting setiap TASKA diselia dengan
baik bagi memastikan pula kelancaran operasi rutin sesebuah TASKA. Di siniah peranan seorang individu yang
bergelar penyelia TASKA bagi memastikan kelancaran operasi rutin di TASKA. Di sesetengah TASKA, tugas penyeliaan dipikul
bersama oleh pengusaha TASKA sendiri.
Besarnya peranan penyelia justeru itu,
tanpa penyeliaan harian berkala
yang efektif, sesuatu tugasan yang dijalankan mungkin tidak akan dapat
dijalankan dengan berkesan.
Operasi
di TASKA meliputi rutin aktiviti dan juga rutin perkembangan serta hal-hal yang berkaitan dengan
pentadbiran pengendalian rutin TASKA seperti pendaftaran kanak-kanak, bayaran
bulanan yuran, pengemaskinian rekod TASKA, pengendalian pekerja dan beberapa
perbincangan bersama ibu bapa.
Kebiasaanya operasi TASKA boleh diselia
oleh Penyelia di TASKA dengan pemantauan daripada pihak pengurusan TASKA. Peranan penyelia sememangnya sangat besar
bagi memastikan operasi di TASKA berjalan mengikut yang ditetapkan oleh
pengurusan TASKA. Operasi TASKA yang
dapat berjalan dengan lancar tentu sahaja dapat pula meningkatkan kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan di sesebuah TASKA. Manakala TASKA yang tidak diselia dengan baik,
tentu akanmengalami pelbagai masalah dalaman yang sekaligus mencerminkan
ketidakcekapan sesebuah operasi TASKA.
Kesannya tentu sangat besar kepada hak yang sepatutnya diperolehi oleh
kanak-kanak di TASKA.
Secara
umumnya, mengikut Peraturan TASKA 2012 ( Bahagian V – Penyelia Taman Asuhan
Kanak-Kanak), pernyataan jawatan penyelia
TASKA digariskan seperti berikut;
Kelayakan
Penyelia
12(1) Pengusaha taman asuhan kanak-kanak di tempat
kerja, komuniti atau di institusi hendaklah mengambil bekerja atau melantik
seorang penyelia bagi taman asuhan kanak-kanak itu.
(2) Penyelia hendaklah seorang yang;
(a) merupakan
warganegara Malaysia
(b)
berumur lapan belas tahun dan
ke atas; dan
(c) telah
lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.
Kewajipan
penyelia
13(1) Seorang penyelia hendaklah mempunyai
kewajipan yang berikut;
(a) Untuk menyelia pengasuh
kanak-kanak berdaftar dan pekerja sesuatu taman asuha kanak-kanak.
(b) Untuk menyelaraskan
semua aktiviti yang dirancang di taman asuhan kanak-kanak.
(c) Untuk memaklumkan
pengusaha dengan segera atau jika pengusaha tiada, ibu atau bapa atau penjaga,
jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan.
(d) Untuk memaklumkan
pengusaha dengan segera, ataujika pengusaha tiada, untuk merujuk kanak-kanak
dengan segerakepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan segera, jika
penyelia itu mempercayai bahawa terdapat suatu wabak atau penyakit berjangkit
yang boleh mengancam kesihatan kanak-kanak itu.
(e) Untuk memastikan bahawa-
(i) makanan bagi kanak-kanak
disediakan dan dibuat mengikut skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
dan
(ii) kanak-kanak diberi susu
mengikut kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima
(f) untuk menjalani
pemeriksaan perubatan dalam satu bulan selepas diambil bekerja atau dilantik
sebagai penyelia taman asuhan kanak-kanak; dan
(g) untuk mematuhi semua
syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 8 Akta.
(2) Seseorang penyelia yang tidak mematuhi
subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tiak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Berikut adalah beberapa perkara yang diambilkira berkaitan jawatan penyelia TASKA.
i.
Kualiti penyelia TASKA
Kualiti penyelia
akan dilihat daripada kelayakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh
penyelia di kedua-dua TASKA yang dinyatakan. Seorang penyelia TASKA perlu telah terampil dalam tugasannya
sebagai seorang penyelia di TASKA.
ii.
SOP atau peraturan yang
ditetapkan oleh TASKA
Bagi menjamin
kelancaran sesebuah operasi TASKA, adalah menjadi satu keperluan untuk pihak
TASKA menyediakan SOP untuk semua tugasan yang dilaksanakan di TASKA. SOP ini boleh dipertanggungjawabkan kepada
penyelia untuk menyusun dan menetapkannya dengan pemantauan dari pihak
pengurusan TASKA. Dengan adanya SOP sangat memudahkan penyelia untuk
melaksanakan penyeliaan terhadap operasi TASKA
iii.
Penyeliaan TASKA vs kelancaran
operasi
Seorang penyelia yang dapat menyelia TASKA dengan baik sehingga dapat memastikan
semua operasi rutin di TASKA berjalan dengan lancar secara tidak langsung dapat juga meningkatkan kualiti perkhidmatan di sesebuah TASKA.