Friday, 19 January 2018

KURSUS ASUHAN PERMATA FEB 2018


KHAS UNTUK BAKAL PESERTA SEKITAR SEREMBAN@NILAI


KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA

- KURSUS HUJUNG MINGGU - ( Sabtu Ahad)

TEMPOH - 3 bulan ( termasuk praktikal)

TEMPAT - SEREMBAN.


YURAN - HANYA RM850


CEPAT DAFTAR.

HUBUNGI SAYA. - Norazura 016 7235080







Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger






Monday, 8 January 2018

Isu keselamatan kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Isu keselamatan kanak-kanak bukan hanya dirujuk kepada aspek persekitaran bahkan juga kepada aspek penderaan dan pengabaian yang berlaku secara tidak sedari pada diri kanak-kanak.  Dari aspek keselamatan persekitaran, didapati masih terdapat kurang kesedaran dan kepekaan dikalangan personel TASKA dalam memastikan langkah keselamatan diaplikasi sepenuhnya setiap masa.  Personel yang leka dan cuai menyebabkan berlakunya kemalangan kecil yang boleh dielakkan jika personel lebih berhati-hati.  Umum mengetahui isu semasa di mana di dapati pelbagai kemalangan berlaku di TASKA akibat kecuaian pengendali di TASKA.  Wujudnya kemalangan kerana kecuaian pengasuh dalam memastikan semua langkah keselamatan di TASKA dipatuhi dan diikuti sewajarnya.



Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kecuaian adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian aspek keselamatan di TASKA.  Didapati personel TASKA tidak mengaplikasi secara bersungguh peraturan yang ditetapkan dalam usaha mengelakkan kemalangan di TASKA.  Sesetengah pengasuh mempunyai pengetahuan berkaitan langkah kecemasan seperti rawatan kecemasan tetapi masih terlalu rendah kemahiran mengendalikannya.  Begitu juga dari aspek keselamatan lain seperti latihan kebakaran, keselamatan ruang tertentu dan keselamatan penggunaan bahan dalam sesuatu aktiviti.  Personel sering bersikap acuh tidak acuh terhadap keperluan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA.  Ini bagi memastikan atau mengesan langkah awal jika terdapat kecederaan atau sebarang unsur pengabaian dan juga penderaan terhadap diri kanak-kanak.   Di TASKA sendiri ada masanya wujud pengabaian dari segi memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi samada dipenuhi oleh ibu bapa maupun pihak TASKA.  Keperluan asas kanak-kanak seperti makanan yang berkhasiat dan keperluan diri kanak-kanak perlu dipastikan mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak. Penderaan secara tidak langsung juga boleh dikatakan berlaku jika tidak wujud sikap dan nilai yang positif dalam diri pengasuh ketika mengendalikan kanak-kanak.  



Kanak-kanak akan sentiasa berada di dalam persekitaran yang selamat sekiranya wujud kerjasama di antara personel TASKA dan juga ibu bapa.  Namun di dapati kerana kesibukan mengejar masa, ada kalanya ibu bapa cuai dengan keperluan kanak-kanak. Pihak TASKA sukar mencari ruang bagi berbincang dengan ibu bapa dalam bersama memastikan semua aspek keselamatan kanak-kanak dipenuhi.

Kerana merotan murid...

Sedihkan....

Bila mendengar ada kisah guru didakwa atas kesalahan memukul anak murid, seperti halnya kisah Cikgu Azizan baru-baru ini. Tetiba muncul pula kisah seorang guru lagi,  Cikgu Idzahril, atas kesalahan yang sama, kali ini telah pun siap didakwa dan sedang dibicarakan di mahkamah.
Tragis juga kisah ini kerana seorang pendidik yang selama ini menabur bakti mendidik anak bangsa,  tiba-tiba terpaksa merengkok seketika di dalam lokap bersama para penjenayah yang lain. Terpaksa pula bergelumang perasaan melalui coretan hitam dalam hidupnya hanya kerana  menjadi guru yang ingin mendidik.

Sedihkann...
Adakah??
Anak-anak kini sudah tidak boleh dirotan lagi. Usahkan anak murid, anak sendiri pun tidak boleh dirotan lagi, silap haribulan ada yang buat laporan polis.

Jadinya, bagaimana?
Mungkin definisi rotan itu,  perlu lebih diperjelaskan lagi, .tahap mana yang boleh dan tahap mana yang tidak boleh.
Atau, sememangnya tidak boleh dirotan sama sekali.

Apakah kesan kepada anak-anak ini nanti, apabila mereka tersalah...adakah kita hanya senyum memerhati sambil beri nasihat, atau biarkan sahaja.
Ah! Lantaklah mereka nak jadi apa.
Mungkinkah itu bicara kita kelak.

Teringat cerita yang dimaklumkan oleh seorang pelajar, katanya.....
Di kawasan asrama tempat dia tinggal, persekitarannya sangat menakutkan. Bukan sebab ada hantu, tetapi katanya ada di kalangan kawan-kawannya yang mengambil dadah dan ramai pula yang sosial melampaui batas pergaulan.  Perempuan lelaki bebas keluar malam,  tidur sebilik tanpa rasa malu dan bimbang. Lepak sana sini tanpa tujuan.

Di manakah maruah anak-anak muda kini? Takut memikirkan nya? Adakah ini kerana kesan  dari anak-anak yang tidak boleh dijentik apatah lagi dirotan.
Apakah peranan kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa?

Berapa ramai lagi anak-anak muda yang akan hanyut dalam dunia keremajaannya?

Sedihnya memikirkan mereka.
Semoga Allah memelihara dan melindungi anak-anak kita, biar di mana pun mereka berada.
Amin.

Kata ilmuan, pendidikan yang utama ialah  pendidikan akhlak.

#Norazurapakarpengajardpin

Mencapai kejayaan dunia akhirat

oleh: Nor Azura Ismail

Ada ketikanya...
bila kita menetapkan ingin mencapai kejayaan dunia, fikirkan seolah-olah kita akan hidup beribu tahun lagi. Carilah harta dan kekayaan, jika dengan itu kita boleh menaikkan imej dan ekonomi orang Islam dan boleh menjadi hambaNYA yang selalu bersedekah.

Ada ketikanya juga...
bila kita menetapkan ingin mencari kejayaan di negara akhirat, selalu rasakan bahawa kita akan mati pada esok harinya. Bukalah seluasnya ruang muhasabah dan menelusi diri mencari keredhaan dan belas kasihan dari ALlah.

Semoga kita hebat di dunia wa akhirat.

Norazura.

Sunday, 7 January 2018

9 tahun, usia kematangan kebolehan membaca kanak-kanak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak telah merumuskan bahawa;
Dijangka apabila seorang kanak-kanak telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia 9 tahun, boleh membaca dengan lancar sekiranya di beri bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Sehubungan itu, saya juga ingin menulis pandangan saya.


Tidaklah perlu  terlalu awal dan tidak sabar-sabar  memaksa kanak-kanak dan  meletakkan target yang tinggi supaya anak boleh membaca apatah lagi seawal usia 3 tahun.
Jika benar anak telah boleh membaca seawal itu ( setelah ibu bapa berusaha ke arah itu),  saya rasa ada sesuatu yang telah menganggu emosinya sepanjang memperolehi kebolehan membaca awal yang tentunya bukanlah tahap kebolehan semulajadi bagi seorang  kanak-kanak seusia 3 dan 4 tahun.




Jika boleh juga membaca awal, perhatikan adakah mereka faham apa yang dibaca atau sebenarnya anak itu hanya menghafal kerana sememangnya di usia awal, kebolehan menghafal memang sangat tinggi.


Apapun, saya sangat bersetuju bahawa kanak-kanak usah dipaksa membaca  kerana mereka akan mendapat sintom stress tanpa ibu bapa menyedarinya.
Usah meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak boleh membaca dengan lancar sebelum usia 7 tahun.
Jika rasanya perlu anak awal usia diajar membaca, gunakanlah pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan sesuai dengan tahap kebolehan usianya.




Benar sekali, di tahap kematangan usia anak  pada 9 tahun itu, apabila dia sepenuhnya telah boleh membaca dengan lancar, dia bukan sekadar boleh baca tetapi faham akan apa yang di baca.
Akan tetapi, mungkinkah pada setengah ibu bapa merasakan agak terlambat jika usia 9 tahun baru boleh membaca lancar?


Hakikatnya, kerana persekitaran dan keadaan yang memaksa begitu.
Sedangkan zaman saya kecil dulu, bukan pada usia 3,4 5 atau 6 tahun saya boleh baca buku, tetapi tanpa disedari,  bila sahaja saya  masuk sekolah rendah , kebolehan membaca datang dengan sendirinya. Sedang sebelum itu, dunia awal kanak-kanak saya penuh dengan bermain.
Dan jangan kata, saya tidak menjadi insan berjaya kerana lambat lancar baca buku.


Apapun, sebagai pengamal pendidikan awal kanak-kanak, saya tetap dengan pendirian saya.
Anak perlu banyak bermain dari banyak belajar secara formal.
Pendidikan awal kanak-kanak ialah untuk  memahami dan menggalakkan potensi tahap perkembangan kanak-kanak mengikut usianya dan bukanlah sama sekali untuk membentuk pencapaian akademik yang tinggi.


Jangan jadikan anak-anak seperti robot. Anak-anak juga ada kemahuan, emosi  dan perasaan sebagai seorang kanak-kanak.


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak






Friday, 5 January 2018

Kemaskini rekod TASKA anda

Adakah anda seorang pengusaha atau penyelia TASKA?.
2018 semakin mernghampiri, menunjukkan
pengalaman mengendlikan TASKA kian bertambah tahunnya. Namun, adakah TASKA anda sentiasa memastikan  sistem mendokumen dan penyediaan rekod@laporqn sentiasa dilengkapkan dan dikemaskini.?

Pengalaman saya ketika membimbing dan menyemak dokumen bukti pengalaman untuk portfolio calon SKM pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak,  rata-rata calon tidak dapat menyediakan bukti yang sepatutnya ada.
Kata calon,  rekod atau dokumen yang saya cadangkan tidak pernah ada di TASKA. Misalnya saya minta kertas kerja atau agenda pelaksanaan suatu program bersama ibu bapa yang telah dijalankan  di TASKA atau saya tanya rekod cuti kakitangan.
Jawap calon, selama ini mereka tidak pernah buat sebarang kertas kerja untuk apa jua program. Selalunya yang ada hanya perbincangan lisan yang tidak direkodkan.

Banyak lagi yang TASKA  tidak dokumenkan sehingga ia menjadi antara sebab calon sukar untuk menyediakan bukti sedia ada.
Justeru itu......jom berubah.

Masa tidak akan mengubah apa-apa sehingga kitalah yang berusaha untuk mengubahnya.

Sediakan dan lengkapkan  rekod TASKA anda. Jadilah  TASKA yang professional.

L

Thursday, 4 January 2018

Kos belanja beli barangan rumah

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


RM250 cukup beli barangan keperluan sekeluarga sebulan??

Catatan lalu;
Aku dan keluarga besarku.

Suatu ketika dulu, aku shopping barangan kering keperluan rumah sebulan sekali sahaja yakni masa dapat gaji. Dengan kos belanja lebih kurang tidak sampai rm250 itu lah,  macam-macam barang dapat dibeli. Settle lah beli barang kering dapur untuk sebulan, termasuk juga lampin pakai buang bayi dan juga susu formula. Ditambah lagi dengan susu tepung penuh  krim yang wajib diminum seisi keluarga, al maklum lah anak-anak masih kecil ketika itu.  


Dengan  rm250 itu juga, barangan asas rumah dapat dibeli termasuk jugalah beli jajan-jajan. Kiranya, bila pergi shopping bulanan itu, penuhlah  troli dengan barang hingga kekadang terpaksa ambil dua troli.
Ha,  seronoknya berbelanja masa itu, masih boleh shopping besar dengan nilaian wang yang berbaloi. Namun jangan terperanjat pula, masa itu aku usahakan TADIKA dengan yuran bulanannya cuma rm70 ke rm80 sahaja.

Itu dulu....
Setelah berbelas tahun yang lalu...waktu itu di awal-awal tahun 2000.
Sekarang.....??
Bagaimana kos perbelanjaan keperluan keluarga aku??
Kos belanja beli barangan rumah kini.... cukupkan dengan rm250 itu juga?

Yuran TADiKA pun, sudah seperti yuran masuk kolej, itu yang aku dengar, semuanya sebab  kos yang semakin meningkat.

Yang pasti kini, rasanya dalam sebulan berkali-kali aku mesti kena pergi membeli barangan rumah dan setiap kali beli barangan rumah,  walaupun seplastik sahaja , mesti melayang lebih dari rm100. Kata orang rm50 sudah seperti nilai rm10 sahaja.

Kalau dulu aku membayar lebih  kerana membeli susu dan diapers anak,  tetapi kini tiada lagi (sebab anak-anak semua sudah besar) namun kini aku tetap perlu pula membayar lebih lagi ketika berbelanja.


Itulah realiti kehidupan kini;
aku  dan mereka-mereka sekeliling aku.
Semua merasa.

Hishhh......belum lagi ambil kira perbelanjaan sekolah dan keperluan anak-anak yang lain.
Sangatlah mencabar keadaan ekonomi kini, lalu wanita seperti aku sudah pasti tidak boleh duduk diam menunggu sang suami cover segalanya. 

Tidak kiralah di mana, surirumah atau wanita yang membina kerjaya luar.....
Wanita seperti aku kini, mesti bangun dan terus mara  bergerak ke hadapan demi membantu ekonomi keluarga tersayang.
Inilah pilihan yang pasti.

Lupakan seketika usia yang kian menginjak ini,  kerana aku masih boleh terus bangkit berusaha.
Aku ingin kaya untuk keluarga dan kaya juga untuk membela nasib insan- insan yang memerlukan.
Tetapkan dalam diri apa yang ingin dicapai.
InsyAllah, DiA AlLAH akan sentiasa  bersama aku. DIA yang mengizinkan segalanya. Maka DIA lah sebaik-baik perancang.

Fikir positif.
Fikir boleh.
Fikir kejayaan.
Fikir yang baik-baik.
Itulah aku.
Agar selalu nanti...rm berapa pun,
aku pasti mampu jua..
InsyAllah....InsyAllah.





Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak




Tuesday, 2 January 2018

Penyelia TASKA

Disunting oleh : Nor Azura Ismail 
Teks Asal : Penulisan LPKT calon DKM ( Bab Pendahuluan)
pnnorazuraismail@gmail.com


Ada yang masih keliru dengan definisi TASKA?
Menurut Akta TASKA 1984, 


TASKA adalah mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun  melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.  Menurut peraturan JKM juga, TASKA terdiri dari 4 kategori iaitu TASKA Institusi, TASKA di Rumah, TASKA Komuniti dan TASKA di Tempat Kerja.  

Apakah agensi yang bertanggungjawab dalam pematuhan peraturan penubuhan TASKA?
Penubuhan premis TASKA perlu didaftarkan dan dipantau di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mana TASKA diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepertimana di dalam Akta TASKA dan seperti yang termaktub di bawah Peraturan-Peraturan TASKA 2012.   

Siapakah pengurusan TASKA?
Semua TASKA tersebut boleh diusahakan dan diuruskan oleh individu perseorangan atau mana-mana agensi dengan disyaratkan pemilik TASKA telah lulus Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP).
Dengan kata lain, Pengurusan TASKA  adalah terdiri daripada pihak yang mengusahakan TASKA dan yang bertanggungjawab memastikan TASKA diuruskan pula  mengikut prosedur ketetapan peraturan JKM.   Adalah penting setiap TASKA diselia dengan baik bagi memastikan pula kelancaran operasi rutin sesebuah TASKA.  Di siniah peranan seorang individu yang bergelar penyelia TASKA bagi memastikan kelancaran operasi rutin di TASKA.  Di sesetengah TASKA, tugas penyeliaan dipikul bersama oleh pengusaha TASKA sendiri.  Besarnya peranan penyelia justeru itu,  tanpa penyeliaan harian berkala  yang efektif,  sesuatu tugasan  yang dijalankan mungkin tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan.


Operasi di TASKA meliputi rutin aktiviti dan juga rutin perkembangan  serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran pengendalian rutin TASKA seperti pendaftaran kanak-kanak, bayaran bulanan yuran, pengemaskinian rekod TASKA, pengendalian pekerja dan beberapa perbincangan bersama ibu bapa. 

Kebiasaanya operasi TASKA boleh diselia oleh Penyelia di TASKA dengan pemantauan daripada pihak pengurusan TASKA.  Peranan penyelia sememangnya sangat besar bagi memastikan operasi di TASKA berjalan mengikut yang ditetapkan oleh pengurusan TASKA.  Operasi TASKA yang dapat berjalan dengan lancar tentu sahaja dapat pula meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di sesebuah TASKA.  Manakala TASKA yang tidak diselia dengan baik, tentu akanmengalami pelbagai masalah dalaman yang sekaligus mencerminkan ketidakcekapan sesebuah operasi TASKA.  Kesannya tentu sangat besar kepada hak yang sepatutnya diperolehi oleh kanak-kanak di TASKA.


Secara umumnya, mengikut Peraturan TASKA 2012 ( Bahagian V – Penyelia Taman Asuhan Kanak-Kanak),  pernyataan jawatan penyelia TASKA digariskan seperti berikut;

Kelayakan Penyelia
12(1)    Pengusaha taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, komuniti atau di institusi hendaklah mengambil bekerja atau melantik seorang penyelia bagi taman asuhan kanak-kanak itu.
(2)        Penyelia hendaklah seorang yang;
            (a)        merupakan warganegara Malaysia
            (b)        berumur lapan belas tahun dan ke atas; dan
            (c)        telah lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.


Kewajipan penyelia
13(1)    Seorang penyelia hendaklah mempunyai kewajipan yang berikut;

(a) Untuk menyelia pengasuh kanak-kanak berdaftar dan pekerja sesuatu taman asuha kanak-kanak.
(b)   Untuk menyelaraskan semua aktiviti yang dirancang di taman asuhan kanak-kanak.
(c)  Untuk memaklumkan pengusaha dengan segera atau jika pengusaha tiada, ibu atau bapa atau penjaga, jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan.
(d)   Untuk memaklumkan pengusaha dengan segera, ataujika pengusaha tiada, untuk merujuk kanak-kanak dengan segerakepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan segera, jika penyelia itu mempercayai bahawa terdapat suatu wabak atau penyakit berjangkit yang boleh mengancam kesihatan kanak-kanak itu.
(e)       Untuk memastikan bahawa-
(i)      makanan bagi kanak-kanak disediakan dan dibuat mengikut skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat; dan
(ii)       kanak-kanak diberi susu mengikut kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima
(f)              untuk menjalani pemeriksaan perubatan dalam satu bulan selepas diambil bekerja atau dilantik sebagai penyelia taman asuhan kanak-kanak; dan
(g)               untuk mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 8 Akta.

(2)        Seseorang penyelia yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tiak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Berikut adalah beberapa perkara yang diambilkira berkaitan jawatan penyelia TASKA.

i.                     Kualiti penyelia TASKA
Kualiti penyelia akan dilihat daripada kelayakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh penyelia di kedua-dua TASKA yang dinyatakan.  Seorang  penyelia TASKA perlu  telah terampil dalam tugasannya sebagai seorang penyelia di TASKA.

ii.                   SOP atau peraturan yang ditetapkan oleh TASKA
Bagi menjamin kelancaran sesebuah operasi TASKA, adalah menjadi satu keperluan untuk pihak TASKA menyediakan SOP untuk semua tugasan yang dilaksanakan di TASKA.  SOP ini boleh dipertanggungjawabkan kepada penyelia untuk menyusun dan menetapkannya dengan pemantauan dari pihak pengurusan TASKA. Dengan adanya SOP sangat memudahkan penyelia untuk melaksanakan penyeliaan terhadap operasi TASKA

iii.                  Penyeliaan TASKA vs kelancaran operasi
Seorang penyelia yang dapat menyelia TASKA dengan baik sehingga dapat memastikan semua operasi rutin di TASKA berjalan dengan lancar secara tidak langsung dapat juga meningkatkan kualiti perkhidmatan di sesebuah TASKA.