Pages

Monday, 28 May 2018

Personel Kemahiran

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Ada seorang individu ini menghubungi saya dan katanya;
'saya ingin mendapat pengiktirafan kemahiran seperti puan.  Saya ingin jadi personel kemahiran seperti puan. Bolehkah puan tolong saya dapatkan pengiktiran ini segera?'
Lalu saya berfikir sejenak. Dia seperti mendesak saya membantunya memperolehi segera seperti apa yang saya telah perolehi.


Saya merenung semula ke belakang. Mendapat beberapa pengiktirafan kemahiran ini, rasanya bertahun-tahun saya melalui pelbagai pengalaman sebenar dalam industri kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia ini. Bukan satu dua minggu, bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun di ulit suka duka pelbagai rintangan.
Pengalaman bermakna yang bertahun- tahun itu juga lah yang telah membentuk kefahaman mendalam saya terhadap pelaksanan laluan kemahiran ini. Bukan semudah itu rasanya  memahami dan memperolehi pengalaman perjalanan kemahiran ini dalam masa yang singkat.
Jadi, lalui dulu pengalaman ini, baru kita akan tahu dan.kita akan benar- benar faham.
Tak kenal, maka tak cinta.
Bila dah kenal, barulah faham sepenuhnya.
Pelaksanaan persijilan kemahiran Malaysia berlalu seiring perjalanan pengalaman kehidupan saya.
Terima kasih pada mereka  yang telah banyak memberi peluang ini kepada saya.


Antara istilah kemahiran:
SKM, DKM, DLKM
JPK, CIAST
DPIN
PPT
PP, PPD, PPB
PPL
SLDN
NOSS, WIM, KAPA
DESCUM, DACUM
Siapa yang faham, dia memang orang kemahiran.
Kalau tak faham, kena bagi faham dulu.


#Norazura
Trainer dan Fasilitator Kemahiran
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak

No comments:

Post a Comment