Pages

Tuesday, 25 September 2018

Bila ramai anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Bila ramai anak...
Dulu- dulu, sedari semua masih kecil... mereka semua ada sahaja di depan mata,   berkejaran, bergurau, bersepahan dan bergelumang  meneroka zaman kanak- kanak mereka di teratak kami yang aman damai ini. Hahah.. maka,  jangan cakaplah keadaan dalam rumah, haru biru dan penat melanda andai tiba waktu mengemas.
Aduhh....memang penatlah tatkala menyusuri bibit- bibit masa membesarkan mereka semua. Beginilah .. kalau anak dah ramai,
Kan....

Bila ramai anak..
Teringat lagi, dulu- dulu... Seharian setiap masa memikirkan tentang hal anak- anak yang sedang membesar.
Ada masanya kasih sayang tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata- kata. Namun, naluri isi hati yang merasanya.
Menjaga anak-anak yang rapat usianya antara satu sama lain, siapa kata tak memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran serta penuh cabaran. Diri sendiri yang lalui, diri sendiri yang rasa, sendiri lah mau ingat.
Bermula dari anak yang pertama,  berentetan diikuti dengan yang kedua, ketiga, aduhai...tak cukup kertas kalau nak diungkaikan dalam catatan ini. Cukuplah ia menjadi kenangan kehidupan yang bermakna dalam mengapai amanah serta tanggunggungjawab kehidupan ini. Yang pastinya, ia bukan suatu kehidupan yang hanya terhenti dan berakhir di dunia sahaja malah pastinya juga saya ingin  mereka ini akan terus kekal bersama hingga ke negeri abadi kelak. InsyAllah.

Bila ramai anak..
Dulu semua kecil- kecil , semuanya memerlukan kami,  ibu bapa untuk membuat keputusan bagi pihak mereka, anak - anak ini.
Kini separuh darinya sudah dewasa dan remaja yang mana adakalanya mereka sudah berhak membuat pilihan dan keputusan sendiri di dalam pemerhatian kami sebagai ibu bapa.
Begitu cepat sekali masa berlalu pergi...
Sedar tak sedar, lebih 20 tahun keluarga ini terbina. Saya sang ibu, dia sang bapa dan mereka anak- anak kami semua.

Seketika, bila memandang ke hadapan , syukur ..semua anak-anak kian membesar. Selalunya mereka tiada lagi dapat berkumpul beramai-ramai seperti dulu. Masing- masing dengan tugas, peranan dan tanggungjawab. Hanya tinggal anak yang masih bersekolah untuk meneruskan legasi meneroka dan menceriakan suasana persekitaran  di teratak aman damai kami ini.
Bila ramai anak..
Merasakan sendiri pengorbanan dan keperitan serta cabaran membesarkan anak- anak, teringat kepada mak dan ayah yang juga bersusah payah membesarkan saya. Pengorbaban sang ibu yang melahirkan dan sang ayah yang bersusahan mencari rezeki,  pastinya ia sebuah pengorbaban yang  tiada tolok bandingnya di dunia ini.

Lain orang lain ujiannya.
Anak ramai, anak sedikit atau tiada anak..masing- masing ada ujian yang Allah datangkan buat menguji ketabahan dan keimanan kita sebagai hambaNYA.
Yang penting kita kena ingat, apapun ujian dari Allah, itu tanda DIA selalu ingat dan sayangkan kita.
Alhamdullillah.,
Nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan.
Sesekali, bila semua dapat berkumpul bersama, itulah nikmat berkeluarga yang tidak boleh diungkapkan.
Hanya hati dan perasaan yang mampu berbisik lalu berbicara.
Justeru itu...wahai anak- anak..apa pun jua kelak ..peliharalah siraturahim dan kasih sayang antara kamu.
Ingat ibu.
Ingat bapa.
Itu tanda sayang dan cinta tulusmu kepada kedua ibu bapamu.
Semoga Allah merahmati kita semua dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.
InsyAllah.


Catatan,
#Norazura

No comments:

Post a Comment