Pages

Friday, 7 December 2018

Penjagaan anak, manakah pilihan terbaik? TASKA, rumah orang atau atok nenek jaga?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Penjagaan anak, manakah pilihan terbaik - Hantar ke TASKA, rumah orang atau  atok/neneknya yang jaga?

Sebentar tadi, ada orang bertanyakan pada saya soalan si atas.
Lalu..beginilah jawapan dari  saya yang telah sekian lama berkecimpung dalam industri  pendidikan awal kanak- kanak ini.


Pada pandangan saya, pilihan  terbaik dan berhikmah buat ibu bapa yang bekerja  ialah hantar ke TASKA. Tak kiralah nak pilih TASKA institusi atau sekadar TASKA di rumah, yang penting, pastikan ia TASKA berdaftar dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkaitan. Jangan risau!  TASKA yang berdaftar, sepatutnya mempunyai para pengasuh@ pendidik yang terlatih.


Paling utama apabila dijaga  di TASKA, perkembangan anak- anak dapat dipantau dan dirangsang dengan baik. Aktiviti untuk anak pun pelbagai dan anak boleh bersosial dengan baik.
Serius....saya tak tipu. Saya kenal ramai pengusaha TASKA yang sentiasa akan pastikan TASKA mereka  berkualiti dan dapat memberikan perkhidmatan penjagaan yang terbaik buat anak- anak. Tentu tiada pengusaha yang akan  buat sambil lewa sahaja melainkan jika TASKAnya tidak berdaftar.
Eh ! saya memang  kenal ramai pengusaha TASKA dan mereka adalah pengamal industri yang terbaik di kalangan yang  paling baik.  Jadi....hantar anak  ke TASKA adalah pilihan paling baik. InsyAllah..fikir dan doa yang baik- baik.


Hantar ke rumah orang?
Saya kurang setuju dengan pandangan ini. Takkan di zaman ini, kita masih nak hantar anak di rumah pengasuh yang  tidak terlatih, yang sambil jaga anak, boleh pula  buat macam- macam aktiviti rutin peribadi sendiri di rumahnya. Anak dibiarkan tonton tv atau main sendiri. Pastu ....kalau jaga anak ramai- ramai dalam satu masa,  siapa pula yang nak pantau? Mereka ikut standardkah?
Kalau ada pengasuh di rumah lagi, sila minta mereka ikut kursus dan tolonglah suruh mereka  berdaftar sebagai TASKA Rumah.Saya juga dah lihat banyak TASKA di Rumah kini sedang menuju ke tahap perkhidmatan penjagaan anak yang lebih profesional. Terbaik.gitu...


Hantar pada ibu bapa kita yang semakin tua? Macamana?
Sedih pula lihat gambar ibu yang tua ini, tersirat seribu  emosi yang sukar diungkapkan.
Hakikatnya ramai daripada kita akan minta ibu bapa yang jaga anak kita atau mungkin memang atuk dan neneknya yang beria- ria volunteer nak jaga.
Dari satu sudut,  kita pasti merasa lebih lega dan senang hati jika ibu bapa kita yang tolong jaga anak kita sementara kita pergi kerja. Tentu lebih selamat dan anak kita akan disayangi dan dimanjai sepenuhnya.

Tapi.....bila anak kita meragam....
bila anak kita buat kerenah....
bila anak kita sakit....
bila anak kita nangis tak henti- henti...
Bila anak.kita sukar ditidurkan...
Bila anak kita aktif sepanjang hari...
Kesiannya si ibu tua nak kendalikan anak kita.  Kita pun tahu kan.....penatnya menjaga anak. Mungkin ibu bapa kita tak cerita.....tapi kita sendiri perlulah berfikir sebaiknya.


Satu lagi....kita nakkah suatu hari nanti...melukakan hati ibu dan ayah kerana anak kita?
Seperti kisah saya dulu.....
Anak saya cucu sulung. Saya bekerja dan mak saya yang jaga anak penuh dengan kasih sayang. Ayah pula setiap hari tak sabar- sabar nak balik dari kerja,  nak main dengan cucu katanya. Mak ayah saya memang masih sihat dan kuat sahaja ketika itu.
Seronoknya dapat bersana cucu....
Sayang dan kasihnya mereka kepada cucu seolah melebihi kasih yang ditunjukkan kepada anak sendiri dulu.
Sayang dan kasih sehinggalah suatu hari bila mereka perlu dipisahkan dari cucunya.
Tahukah apa perasaan mereka? Hati  dan jiwa hancur kerana kasih yang kami sendiri pupuk dan kemudiannya kami juga yang meleraikannya secara terpaksa.
Kenapa?
Kerana...kita mungkin tak selamanya duduk di rumah ibu bapa kita atau dekat dengan rumah mereka. Suatu hari nanti kita akan pindah juga kann....mungkin kita akan duduk jauh dari mereka kan. Kita akan tukar pengasuh anak kan..
Sedangkan selama ini..mereka yang jaga anak kita.

Begitulah secebis kisah  saya dulu.
Kisah anak sulung saya bersama atuk dan neneknya dulu.
Ibarat diluah mati bapa ditelan mati mak...
Namun, yang menanggung kesedihan, yang remuk hatinya tentulah mak dan ayah kita sendiri.
Saya tahu walaupun mereka tak cerita.
Semoga mereka ampunkan  khilaf  kami yang dulu ...


Tapi kan..
Kini....
Atuk pun dah tak kisah cucu- cucunya lagi. ...sebab dah ramai sangat cucu dan semuanya dah besar panjang pun.
Arwah mak dan ayah...Semoga Allah merahmati kalian berdua.



Catatan;
#Norazura.
# Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment