Pages

Friday, 7 December 2018

Kisah masa kecil mempengaruhi emosi dan jati diri anak. 

Teks:Nor Azura Ismail 
pnnorazuraizmail@gmail.com 

Kisah masa kecil mempengaruhi emosi dan jati diri anak. 


Orang kata saya pakar kemahiran pendidikan awal kanak- kanak. Alhamdullillah, saya memang hebat ketika berbicara mengenai perkembangan awal kanak- kanak kerana itulah bidang saya sejak berbelas tahun  dahulu. 


Tapi saya nak cerita satu kisah. Ia memang kisah saya dan anak-anak saya.
Betullah.. 
Kisah masa kecil boleh mempengaruhi emosi dan jati diri seseorang apabila telah dewasa. 


Saya nak bagi tahu bahawa saya dibesarkan di dalam keluarga yang tegas. Ayah saya agak garang, sangat berdisplin dan tegas selalu orangnya. Mungkin sebab ayah seorang yang aktif dalam askar wataniah. Mak pula mungkin kerana penat seharian sebagai surirumah yang menjaga lima orang anak yang masih kecil. Ketika saya kecil, saya  jarang mendapat sentuhan dan belaian dari ibu dan ayah. Saya tak salahkan mereka kerana mungkin sebagai anak sulong saya lebih banyak berdikari sendiri. Mungkin mak dan ayah sibuk menguruskan anak-anak yang lain. Saya faham itu. 

Kalau dulu-dulu, sebagai  anak sulung ni, kecil lagi dah mesti boleh  tolong mak buat kerja rumah dan tolong jaga adik-adik yang lain. Benar... ehh saya sendiri selalu rasa kurang dapat kasih sayang walau mungkin bukan itu maksud ibu bapa saya. Mungkin memang begitu corak didikan mereka.
Saya jer rasa teremosi begitu. 

Namun... Emosi masa kecil saya terbawa-bawa sehingga dewasa. 


Saya kemudiannya berumahtangga diawal umur 20 an dan saya dikurniakan ramai  anak. Ketika anak- anak ini masih bayi dan masih kecil, saya senang sahaja memeluk, membelai dan mencium mereka sepuasnya. Namun, tatkala mereka mula membesar sehinggalah ke usia remaja, saya mula jadi  sepertimana yang saya rasa masa saya kecil dulu. Serius..., makin kurang sentuhan dan belaian terhadap anak- anak. Saya sukar jadikan anak- anak yang kian remaja ini sebagai teman baik dan teman berbual. Sungguh saya tak reti dan saya rasa sangat janggal. Sungguh saya tidak buat-buat perasaan ini. Anak- anak pun tahu, ibunya agak serius dan selalu guna kuasa veto sebagai ibu. 

Alhamdullillah, suami saya tidak seperti i saya. Dia boleh sahaja menyantuni dan berbual mesra dengan anak-anak, bahkan boleh bergurau senda walaupun mereka kian meningkat remaja. Sungguh hati saya merasa terjentik tatkala melihat dia dengan anak-anak. 

Kenapa saya tidak boleh buat begitu juga? Keras sungguh hati saya ini walau suami saya selalu menasihati saya. Dia tidak marah kerana dia memahami apa saya lalui ketika kecil.


Dijadikan kisah, di tempat kerja saya pula, ada seorang ibu tunggal yang berpisah dengan suaminya. Hak penjagaan anak tunggalnya di bawah suaminya. Saya selalu melihat kesedihan dia kerana rindukan anaknya yang selalu berjauhan  darinya. Selalu juga saya dengar dia buat video call dengan anak gadis ciliknya yang berusia 9 tahun itu. Dia menggunakakn perkataan yang penuh mesra terhadapnya.


Pernah juga, ketika cuti sekolah, rakan kerja saya itu minta izin dari saya untuk bawa anaknya ke tempat kerja kami. 
Waktu itulah, saya asyik nampak dia mencurahkan sepenuh kasih sayang dan belaian kepada anaknya.
Dia panggil anaknya dgn perkataan sayang mama.
Sayang mama nak makan?
Sayang mama nak tidur?
Sayang mama ...begitu begini.. 

Dia sangat-sangat menyantuni seorang anak yang jarang ada bersamanya. Sesekali terdengar dia mengeluh mengenangkan nasib kerana terpaksa berpisah dan bertemu begitu dengan anaknya  sehinggalah anak itu berumur 18 tahun nanti. 

Masya-Allah, kisah rakan kerja saya itu seolah memberi teguran inspirasi kepada jiwa saya yang keras ini. Ia juga umpama satu teguran atau tamparan hati dari Allah buat saya.

Apa tidaknya.. 
Anak-anak saya semuanya dalam peliharaan dan ada di sisi saya tetapi mengapa saya sukar menyantuni mereka.


Mengapa hati saya sungguh keras..
Impak dari itu...hati saya mula terkesan sedikit demi sedikit. 
Tentu masih belum terlambat untuk saya sebagai seorang ibu. 
Saya ingin berubah...
Saya pasti akan cuba ubah sikap saya ini.. 


Sepertimana saya selalu maklumkan dalam sesi latihan pendidikan awal kanak-kanak, bahawa kita sebagai ibu bapa atau pendidik perlulah membentuk emosi yang sihat lagi positif di kalangan anak-anak  sedari mereka kecil lagi. Antaranya, belajar menyantuni dan berkasih sayang serta berlemah lembut dengan kanak-kanak. 


Saya selalu juga ingatkan bahawa anak yang membesar tanpa pembentukan emosi dan sahsiah yang positif bakal membesar menjadi insan yang kurang keyakinan diri dan kurang pula menghargai diri sendiri. 

Maka.. itulah saya pada suatu ketika dulu.
Sungguh.. Kisah lalu.. banyak sikap kita kini. 
Dan..saya ingin mengubahnya. InsyAllah..



No comments:

Post a Comment