Pages

Thursday, 31 January 2019

Anak insan unik

Oleh:Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak  insan unik...

Yeahhh... Aqil dapat tempat pertama dalam acara lari merentas desa di sekolahnya.
Tapi...,
Cikgu kata..
'Cikgu tak percaya awak boleh menang.."
" Camner awak boleh menang..?'
"Awak ikut jalan short cut ker..?"


Hah.. Tulah cerita yang Aqil sebut berkali-kali.
Cikgu tak kata tahniah ker? Tanya saya.
Dia tidak menjawab...
Tercalarkah emosi Aqil?
Laaa.. Cikgu ni pun.. 


Ingat tak cerita Aqil yang pernah saya catatkan hari tu..
Cikgu cubit Aqil sebab tulisan Aqil buruk.
Cikgu mungkin kurang ada bonding dengan Aqil sebab Aqil kurang pandai belajar.
Aqil kampung boy...tak cute pun.. kekadang, selekeh budaknya.
Aqil tidak menonjol di sekolah..

Ahh.. kisah Aqil, sama persis kisah tentang diri saya dulu, yang menang pertandingan syarahan di sekolah tapi cikgu hairan camner saya yang menang.

Anak insan unik..
Jadi....
Perlu ker cikgu cantas kebolehan anak murid?
Susah ker untuk  cikgu cuba melihat kecemerlangan murid dari pelbagai sudut potensi  yang berbeza.
Ucapkan lah tahniah,
awak memang hebat hari ini.


Keesokannya..
Saya bagi belanja sekolah extra rm2, tanda motivasi buat diri Aqil.
Lain kali kita beli hadiah.
Aqil tersenyum lebar menerimanya.
Esok. Aqil teruskan latihan merentas desa untuk wakil daerah pula..


Makanya...
Mungkin anak kita,  anak murid kita, anak didik kita..,
kurang dari sudut akademik.
Jangan lupa..
Pandanglah dia lebih positif di sudut yang lain pula.
Janganlah buat  lupa juga..
Allah ciptakan setiap insan itu ada keunikannya sendiri.
Kita pendidik.
Mereka amanah kita.
Anak insan unik..


Catatan,
#Norazura
Trainer Pendidikan Awal kanak-kanak

No comments:

Post a Comment