Pages

Friday, 3 May 2019

Boss Vs pekerja

Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Seorang boss sedang memberi arahan kepada pekerjanya;
" Saya mahu awak.... bla.. bla.. bla.."
-
Adakah boss suka pekerjanya jawab;
" ok, beres boss, saya akan cuba buat yang sebaiknya"
atau....
"Alaa.. saya sibuklah boss, tengoklah nanti camner"
-
Agak-agak jawapan yang kedua tu, boss anda suka tak? Kalau selalu anda jawab begitu, memanglah boss tak akan pandang anda lagi.
-
Bagaimana anda berbicara dengan ketua anda, samada penuh keyakinan atau sekadar bicara yang bosan didengari, semuanya akan mencerminkan siapa diri anda di mata boss anda.
Bagaimana prestasi kerja anda, akan dinilai terus ketika itu juga.
-
Hakikatnya, anda boleh mengubah status jawatan dan gaji anda jika anda dengan penuh yakin dapat membuktikan sesuatu tentang kehebatan anda sebagai pekerja.
-
Jangan biarkan ketua anda menzahirkan rasa menyesal mengambil anda bekerja dengannya.
-
Pastikan..
Tatkala pandangan dan cadangan anda mula didengari dengan tekun, tatkala bicara anda penuh berhemah, tatkala boss mula bimbang jika anda ingin melangkah pergi meninggalkanya.
Ketika itu, senyumlah.., anda telah berjaya memenangi hati boss dengan siapa anda sebagai seorang pekerja.
*********
Ada yang minat nak baca penuh penulisan ini? tunggu..... 😍


Norazura
Trainer & Fasilitator.
Personel kemahiran.

No comments:

Post a Comment