Pages

Sunday, 21 July 2019

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sportingnya ibu bapa, Ibu bapa tak kesah pun!

Wahai ibu bapa, jangan dekatkan anak dengan zina!
********
Cuba cari dalam Al-Ouran banyaknya ayat yang merujuk kepada larangan zina. Sangat Allah melaknati perzinaan ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.



Justeru, andai ibu bapa sekalian mempunyai anak-anak yang kian meningkat remaja.
Jauhi mereka dari muqadimah zina. Hindari unsur-unsur zina. Jangan sesekali biarkan mereka  cuba dekati zina atau terdedah dengan mudahnya kepada awal-awal zina. 

Peliharalah anak-anak lelaki dan perempuan kita dari awal-awal bicara zina.  Zina dan muqadimahnya membawa kemudaratan dalam kehidupan insan.

Saya dan dunia persekitaran saya yang sering dikelilingi oleh anak-anak sendiri , anak-anak rakan taulan hatta para pelajar saya yang kian meningkat dewasa.  Saya melihat anak-anak muda dan remaja di persekitaran saya dengan sedikit kerisauan. Kekadang sedih. Ada kalanya, pedih juga hati melihatnya.

Terkesima tatkala ada  ibu bapa yang rupanya antara pemberi sokongan terkuat untuk anak menghampiri zina tanpa disedari. Ibu bapa sporting era ini? Tanpa disedari...

Apa sahaja anak nak, kita bagi. Nak smartphone, kita bagi. Nak kebebasan melayari dunia tanpa sempadan, ok jer. Nak kereta, nak motor.. oohh, kita mampu belikan!.
Nak berkawan tanpa had mahram, nak dating sampai ke malam, silakan.
Nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kita pantau??
Aduhaii, sportingnya ibu bapa.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!
Tidak bimbangkah melihat mereka, anak-anak kita itu?

Tadi, saya mendengar perbualan sekumpulan remaja. Dalam mereka berbual, terlihat kepulan asap bertebaran di ruang tempat mereka berkumpul itu. . Aduhai, ada antara mereka terang-terang menghayati asap vape tanpa rasa bersalah. Muda sangat umur mereka itu, di awal belasan tahun. Kemudiannya terdengar juga bicara mereka tentang awek.

Aduhaii.. sekolah lagi dah hisap rokok@vape.
Aduhai..sekolah lagi, sudah berbicara tentang makwe.
Alahai....budak-budak sekolah semuanya.
Bimbang berdesing di hati..
Hah itu anak orang lain, bagaimana jika itu anak kita sendiri?

Teringat pula baru-baru ini , salah seorang pelajar yang saya kenali, hantar status dalam whatapp nya, sedang bergambar dengan seorang remaja perempuan di atas katil. Bangga sungguh tayang gambar.
Bila di tanya, kat mana ni,  rupanya dalam bilik tidurnya di rumahnya sendiri, di mana ibu bapa turut ada dalam rumah.
Allahu... Ibu bapa zaman ini ibu bapa sportinglah konon.
Tidak bimbangkah??
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Cuba tengok aurat anak anak perempuan kita. Bertudung singkat. Berbaju senteng, berseluar ketat, menonjol di bahagian -bahagian tertentu, tak kisah di pegang-pegang, murahnya maruah diri...
mudah sahaja dijenjeng sana sini.
Adakah kita yang merelakan? Kita ibu bapa  biarkan sahaja?
Kenapa tak marah?
Kenapa tak tegur?
Kenapa tak bimbing?
Kenapa tak jauhkan?
MasyaAllah, justeru itu tidak hairanlah ramainya terdengar kisah bayi terbuang sana sini lantaran hasil perzinaan.

Salah siapa?

Teringat lagi satu cerita lain, saya pernah kendalikan kisah seorang pelajar yang terlanjur dengan beberapa lelaki yang akhirnya tak tahu benih siapa yang dikandungnya.Sangat menakutkan, anak perempuan yang ditatang bagai emas selama ini akhirnya membuat onar.  Sebabnya, mudah sangat di ajak keluar dan di ajak mencuba. Ibu bapa pula memberi sepenuh kepercayaan.


Aduhaiii...
Tiada guna lagi tangisan ibu yang menyesali kisah tragis itu sedang si anak rilek jer.
Aduhai ibu...
Aduhai bapa..
Anak-anak itu amanah kita, bakal di tanya Allah nanti akan peranan kita sebagai ibu bapa@penjaga.

Telahkah kita bentuk asas imannya, beri dia bimbingan. Tunjukkan dia jalan yang benar.Pantau siapa kawannya. Kawal aktivitinya. Prihatin di mana dia berada.  Tidak sesekali mendedahkan dia kepada sebarang bentuk awal-awal zina.

Atau kita yang rasa bangga.Anak dara kita bergaya moden. Anak dara kita dijenjeng sana sini oleh sang lelaki yang tak keruan.

Lupa kut!  Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja. Perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik juga. Lalu, kitalah rupanya yang menjerumuskan anak kita ke arah kekhilafan dunia, tanpa kita sedari.
Sportingnya kita, tak takutkah kita kepada amarah Allah?? 😪😪
Fikir...
Tolong...
Hidup yang sekali usah dibazirkan dengan dosa.
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator

No comments:

Post a Comment