Pages

Thursday, 5 December 2019

Cabaran bisnes TASKA - Anak kena gigit di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Cabaran bisnes TASKA - Anak kena gigit di TASKA

Nak tahu apa ceritanya, jemputlah baca.....


Apapun keadaannya, pastikan proses pendaftaran TASKA anda berlaku dengan segera..!
Follow up selalu agensi yang berkaitan..
Jika tidak, mungkinkah ini kesannya!!
Inilah cabaran bisnes TASKA.
Salah seorang ex-client yang saya guide pada awalnya tentang bisnes TASKA, sedang dirundung kesedihan.
Operasi TASKA nya sedang diuji Allah.
Seorang inspektor polis berjumpa dengannya lalu memaklumkan bahawa dia telah dituduh jalankan operasi TASKA tanpa berdaftar.😢
Sedangkan pihak JKM sendiri menyedari dan sedia maklum, sejak mula operasi TASKA lagi, dia sudah submit permohonan pendaftaran TASKA.
TASKA nya sedang melalui proses demi proses permohonan perakuan pendaftaran TASKA.
Memang ramai pengusaha sedia maklum...
Bukan mudah.. dan bukan pun secepat kilat prosesnya.
Namun, rupanya pertuduhan itu dibuat oleh ex-parents yang hantar anak ke TASKA nya. Laporan polis telah dibuat tanpa krompomi lagi.! ðŸ˜­
Nak dijadikan cerita, rupanya anak parents tersebut menjadi mangsa kena gigit di TASKA nya. Parents tersebut tidak boleh terima walaupun penjelasan telah dibuat dan maaf telah dipohon. Lalu laporan polis dibuat atas tuduhan penderaan.
Namun setelah polis siasat, tidak ada bukti kuat untuk pertuduhan penderaan tersebut.
Kalau sesiapa biasa bekerja di TASKA, bab gigit menggigit ni mesti akan berlaku walau pengasuh sentiasa berusaha untuk mengelakkanya.
Anak-anak dalam lingkungan umur 1 ke 2 tahun lebih memang ada tabiat semulajadi suka menggigit. Tidak ada sesiapa yang ajar pun.
Mungkin itu antara cara mereka dapatkan perhatian orang dewasa. Maka peranan pengasuhlah untuk cuba elak dari berlakunya kes gigit ini secara serius.
Saya sendiri pernah handle kes gigit ini ketika uruskan TASKA dulu. Beri penerangan sebaiknya kepada parents sambil disulami dengan rasa maaf berkali-kali. Alhamdullillah sehingga parents boleh faham dan kes selesai.
Memang kalut dibuatnya jika ada yang tetiba menangis kena gigit. Aduhaii.. bukan seorang dua anak yang nak dijaga di TASKA tu, ramai kan...
Yang pandai tuduh-tuduh tu, cubalah duduk jaga anak-anak yang ramai di TASKA ini..
Memanglah harus parents kepada anak yang kena gigit itu akan marah namun kalau parents boleh faham dan boleh bertolak ansur.., alangkah baiknya. Rasanya hal ini boleh sahaja diselesaikan dengan baik.
Berbalik kes kawan saya tadi..
Oleh sebab kes gigit itu gagal dikaitkan dengan penderaan, parents tersebut tidak puas hati lalu menukar laporan polis kepada menjalankan operasi TASKA secara tidak berdaftar.
Kesian kawan pengusaha saya ini..., begitu sekali dia mencurahkan keresahannya kepada saya.
Penjara minima 2 tahun, denda sehingga RM10k jika pendakwaan berjaya dibuktikan.
Saya nasihatkan dia untuk rujuk kepada JKM dan cari lawyer. Pertahankan maruah diri sendiri.
Apa lagi yang boleh dibuat...
Mudahan dia diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusannya.


Catatan,
Nor Azura Ismail
Jurulatih dan Fasilitator Pendidikan Awal kanak-kanak.


Nak kan RPA  TASKA? 

Atau.. Nak jemput saya untuk apa sahaja topik berkaitan modul TASKA?  Hubungi saya!

Nak dapatkan idea RPA atau SOP TASKA!

JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642













#Norazura

No comments:

Post a Comment