Pages

Wednesday, 29 January 2020

KENDALI DULU EMOSI ANAK-ANAK

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

KENDALI DULU EMOSI ANAK-ANAK

Anak-anak di TADIKA, Pra sekolah, Tahun Satu di Sekolah Rendah. Semasa sesi mula masuk sekolah, bagaimana?
Masih adakah drama emosi dari anak-anak kecil ini?

Teringat dulu semasa saya kendalikan TADIKA, pernahlah saya kejar budak sampai dia dapat panjat pagar utama TADIKA. Saya peluk dia yang sedang meronta-ronta sambil dia menjerit-jerit. Saya yang ketika itu, (berat badan pun hanya dalam 39 kg) rasa nak tumbang sekali bersama budak itu. ðŸ˜… Anak siapalah tu yer....pasti anak didik TADIKA saya itu telah pun dewasa kini. ðŸ˜Š Rasa nak pengsan rasanya pada minggu pertama sesi TADIKA bermula. Tentu cikgu-cikgu TADIKA, pra atau Tahun 1, ada cerita dan pengalaman masing-masing tatkala kendalikan kanak-kanak pada awal sesi bermula ini.


Hari demi hari emosi anak-anak kecil ini pasti akan menjadi lebih positif asbab dari usaha dan bertungkus lumusnya para pendidik menstabilkan emosi anak-anak. Pembentukan konsep kendiri dan self esteem (penghargaan kendiri) yang positif di kalangan anak-anak kecil, ini yang paling utama diberi penekanan awal. Sebab itulah juga amat pentingnya tahap Perkembangan sahsiah, sosioemosi digarapkan dalam diri kanak-kanak lebih dari tahap perkembangan kognitifnya.

Tahniah buat anak-anak yang berjaya mengharungi musim TADIKA @sekolah yang baru ini
Lalu....standby lah cikgu- cikgu sekalian.. Apabila nanti berakhirnya episod emosi ini...tempoh bertenang pun bakal bermula memasuki fasa seterusnya. Maka bermulalah mood ibu bapa untuk bersama menyusuri pembelajaran anak-anak.

Its good..!!

Namun....jangan terlalu mendesak anak-anak.
Jangan memaksa keterlaluan..
Jangan juga nak cepat melihat hasilnya..
Rilek yer..

Kenalpasti dulu potensi dan tahap kebolehan anak-anak.
Jangan sampai anak akan ingat amarah ibu bapa yang ibarat singa itu, hanya kerana masalah tak pandai belajar.
Mungkin juga sebab anak itu lambat dapat juga dalam pembelajarannya.

Mohonlah... terutama yang di TADIKA tu. Jangan asyik tanya pada pendidik..
Bila anak saya boleh baca?
Bila anak saya boleh tulis?
Bila anak saya boleh kira?
Sadiss.. ðŸ˜“😓
"Sehingga saya dewasa, saya masih sedikit simpan dendam terhadap ayah saya"


Ooohhh..!!
Sedikit terkejut saya mendengar pengakuan dari seorang insan yang telah pun dewasa itu. Kebetulan kami sedang berbual kisah ibu bapa yang selalu memperkecilkan potensi tersembunyi seorang anak. Lebih-lebih lagi lah jika anak itu tidak pernah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang ketika kecil waktu bersekolah. Apa yang menyebabkan dia masih rasa dendam kepada ayahnya?
Bukan kerana kena buli fizikal yer. Tapi katanya.. semasa dia kecil ibu bapanya selalu memperlekehkannya dan memperkecilkannya, siap perli-perli lagi.. sebab dia tidak pandai sekolah😢
Dia tidak merasa deretan A dalam laporan peperiksaannya. Dia tidak merasa pun jejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh...., sekolah budak-budak pandai, bak kata ayahnya.
Sedihkan....

Dah dewasa, dah jadi individu sukses cemerlang pun kini. Dia mungkin beruntung kerana tidak hanyut sendiri melayan emosi diri. Dia telah bangun sendiri, untuk dia gilap potensi yang ada dalam drinya sendiri. Biarpun ketika itu, ibu bapanya tidak nampak, dia tahu apa kelebihan dirinya sendiri.

Aduhaiii..
Anak-anak itu... dalam gelapnya...., sesekali cubalah...
carilah... kilauan dan kerlipan yang mungkin jauh tersembunyi..


Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Trainer dan Personel Kemahiran
TTT HRDF

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


BUKU FIZIKAL KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK - RM50


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

No comments:

Post a Comment