Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sedihkan....
pnnorazuraismail@gmail.com
Sedihkan....
Bila mendengar ada kisah guru didakwa atas kesalahan memukul anak murid, seperti halnya beberapa kisah berkaitan yang pernah kita dengari. Mungkin ada juga yang boleh ditahan reman di lokap dan akan dibicarakan
Tragis juga kisah-kisah itu kerana seorang pendidik yang selama ini menabur bakti mendidik anak bangsa, tiba-tiba terpaksa merengkok seketika di dalam lokap bersama para penjenayah yang lain. Terpaksa pula bergelumang perasaan melalui coretan hitam dalam hidupnya hanya kerana menjadi guru yang ingin mendidik.
Sedihkann...
Adakah??
Anak-anak kini sudah tidak boleh dirotan lagi. Usahkan anak murid, anak sendiri pun tidak boleh dirotan lagi, silap haribulan ada yang buat laporan polis.
Jadinya, bagaimana?
Mungkin definisi rotan itu, perlu lebih diperjelaskan lagi, .tahap mana yang boleh dan tahap mana yang tidak boleh.
Atau, sememangnya tidak boleh dirotan sama sekali.
Apakah kesan kepada anak-anak ini nanti, apabila mereka tersalah...adakah kita hanya senyum memerhati sambil beri nasihat, atau biarkan sahaja.
Ah! Lantaklah mereka nak jadi apa.
Mungkinkah itu bicara kita kelak.
Teringat cerita yang dimaklumkan oleh seorang pelajar, katanya.....
Di kawasan asrama tempat dia tinggal, persekitarannya sangat menakutkan. Bukan sebab ada hantu, tetapi katanya ada di kalangan kawan-kawannya yang mengambil dadah dan ramai pula yang sosial melampaui batas pergaulan. Perempuan lelaki bebas keluar malam, tidur sebilik tanpa rasa malu dan bimbang. Lepak sana sini tanpa tujuan.
Di manakah maruah anak-anak muda kini? Takut memikirkan nya? Adakah ini kerana kesan dari anak-anak yang tidak boleh dijentik apatah lagi dirotan.
Apakah peranan kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa?
Berapa ramai lagi anak-anak muda yang akan hanyut dalam dunia keremajaannya?
Sedihnya memikirkan mereka.
Semoga Allah memelihara dan melindungi anak-anak kita, biar di mana pun mereka berada.
Amin.
Kata ilmuan, pendidikan yang utama ialah pendidikan akhlak.
Norazura
Terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)
Jemputan untuk sebarang program@ceramah keibubapaan, bengkel atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.
EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)
Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30
PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan
TASKA TADIKA
Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA
EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA
RM 20
Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya
Terus hubungi saya 016 7235080 / 019 2115642
No comments:
Post a Comment