Pages

Sunday, 14 June 2020

Bila pendidik tidak pandai mengajar

Saya ada dengar kata-kata seorang  coach parenting ...

Katanya.. 
Bukan anak tidak pandai belajar tapi si pengajar yang tidak tahu bagaimana untuk mengajar anak.

Aduhh...
Pedih tu kan bunyinya. 

Berapa ramai pendidik yang secara tidak sedar telah membanding-bandingkan anak didiknya...

Lalu kemudian melabelkan anak itu.. 

Yang ini pandai dan rajin, yang ini tak pandai...., yang ni slow, yang ni malas..., sedangkan teknik/pendekatan atau cara dia mengajar semua anak itu sama saja, ikut cara dia. 

Dia lupa, kebolehan, potensi dan tahap pencapaian seseorang anak itu adalah berbeza antara satu sama lain. 

Pendidik mungkin juga tidak peka apa dan bagaimana yang anak-anak ingini dalam mempelajari sesuatu sebaliknya ada pendidik hanya nak anak-anak faham apa yang diajar mengikut caranya sendiri. Dia rasa dia telah mengajar dengan sebaiknya. Dia mungkin syok sendirilah tu. 

Sedangkan anak-anak mempelajari sesuatu mengikut pendekatan yang sesuai dengan keupayaan, emosi, minat serta kebolehan dirinya sendiri.

Jadi.... 
Jangan hanya salahkan anak jika dia sukar faham apa yang diajar. Sebaliknya fikir-fikirkan apa sepatutnya yang pendidik harus buat supaya anak itu mudah faham.

Ingat yer... setiap anak adalah berbeza tetapi unik.

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator
HRDF TTT
Personel Kemahiran

Anak-anak sekarang, bermain kah seperti zaman kita dulu?

Oleh:Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com 


Adakah kanak-kanak kini, bermain seperti zaman kanak-kanak kita dulu? 


Semasa zaman kanak-kanak saya dulu, apa sahaja permainan yang saya tidak pernah main? 


Cuba sebut permainan kanak-kanak dulu? 

Main Teng Teng, galah panjang, panjat pokok, main dalam bendang, Polis Entry, main lompat getah, main baling selipar, main batu seremban, main dalam anak air, main Datuk Harimau,  main bola baling, main tutup botol, main masak-masak, main cikgu-cikgu', main jual-jual, aduhaiii.. macam-macam jenis permainan ada. Memang wajib tahu dan mahir semua cara mainnya. Hebatnya saya bermain, ibarat seperti kanak-kanak lelaki 


Ahhh, masa itu tidak terfikir pun beza antara perempuan dan lelaki. Saya tinggal di kampung di mana rumah sepupu - sepupu rapat antara satu sama lain. Main jer lah kerja kami. Gaduh pun main juga. Kami kan kanak-kanak riang, gembira, ceria dan hidup bahagia dengan bermain sahaja. 


Sedari celik bangun pagi, ligat jer otak ni nak memikir apa yang nak main pada hari itu. Selalunya waktu siang, saya dan kawan-kawan sepupu sepapat itu, akan mainlah pelbagai aktiviti 'indoor' dulu'. Main sambil buat selerak dalam rumah, itu merupakan kerja hakiki zaman kanak-kanak saya. 


Waktu petang nanti, barulah kami semua akan wajib bermain permainan lain yang lebih lasak. 

Penat bermain, saya ubah pula kekreatifan zaman kanak-kanak saya. Habis satu kampung saya 'explore'.  Saja jalan-jalan keliling kampung. Nanti, dah hujung petang, baru saya balik rumah. 

Tu dia, riuh dan membebel lah para  mak berleter, panjang berulang-ulang sampai boleh hafal skripnya. Mak tak tau, sebelum itu saya dan kawan/sepupu dok puas 'explore sambil mencari pengalaman berkeliling kampung. Dahsyat tu, banyak yang saya dapat belajar asbab merayau keliling kampung itu. Yang penting, sebelum senja berlabuh, kaki mesti sudah kena jejak rumah. Nanti, kena sorok dek hantu kalau main masa nak masuk Maghrib, kata orang tua-tua dulu. Padahal mana ada hantu. Orang tua-tua semua itu, sekadar nak ajar anaknya berdisplin, jangan dok merayau lagi waktu malam. 

Lalu, tatkala malam berlabuh, usai habis belajar mengaji barulah kami semua (kanak-kanak) akan berkumpul ramai-ramai melangok depan TV yang siarannya tamat pada pukul 12 malam. Siaran TV pun banyak cerita mat salleh jer. Kalau mak bising, barulah tutup TV lebih awal. 


Nak cari 'games' atau 'hp', memang tak kenal lagi pun akan kebolehwujudannya pada masa itu. 


Ok, bila pergi sekolah, saya pun main lagi. Berkejaran sana sini dengan kawan-kawan tanpa letihnya. Paling best, dapat main rebut tiang. Leka dan ralit  sungguh main rebut tiang ini. 

Kalau aktiviti indoor di sekolah, mulalah saya main 'namakan - nama, negeri, buah dll). Ehhh.. ada lagi macam-macam permainan, lupalah pulak.

Main dan terus main, itu pasal  umur saya 6 tahun, masih tidak  boleh baca buku lagi. Masuk darjah satu pun begitu juga. Masuk darjah 2, merangkak-rangkak baru nak pandai membaca. Lepas tu, entah bilalah pulak tetiba pandai jer saya baca, tulis dan kira dengan sendirinya. 

Mak ayah pun tak kalut. 
Cikgu-cikgu di sekolah pun tak stress. Bila tiba masanya, saya tahu untuk belajar betul-betul. Tu dia, ayah saya pegang rotan. 


Hakikatnya, saya dan yang sebaya telah belajar banyak perkara dan menyerap nilai potensi serta perkembangan awal kanak-kanak secara semulajadi hanya melalui bermain. 


Saya tetap belajar pelbagai perkara dari persekitaran dan pengalaman asbab dari main yang macam-macam tadi.

Sehingga akhirnya, Alhamdullillah saya menjadi juga manusia yang berjaya dan seterusnya berjaya pula menempuhi zaman kanak-kanak yang ada di dalamnya macam-macam aktiviti main yang menerujakan. 

Bagaimana anak-anak kita kini? 

Jangan lupa kuasa main bakal melahirkan kanak-kanak yang lebih berpotensi dimasa akan datang. Sesuaikan mainnya dengan suasana dan keadaan di zaman digital ini.

Biar apa zaman sekali pun, kanak-kanak dan bermain sentiasa hidup seiring dan senada. Manakan bisa dipisahkan atau dihapuskan dari kamus hidup seorang kanak-kanak. 

Biarkan  kanak-kanak terus menjadi kanak-kanak.
Sebab.. itu adalah hak hakikinya. 

Catatan, 
Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE 

Monday, 8 June 2020

Rimas bila bawa anak berkunjung raya

Rimas dengan anak-anak yang tidak tidak boleh duduk diam ketika datang  berkunjung?

Dalam kunjung-mengunjung di hari raya ini, ada orang memperkatakan isu tentang kerenah anak-anak kecil yang ada kalanya dilihat keterlaluan nakalnya dan tidak beradap.

Salah siapa? 🤫

Memang fitrah anak-anak suka bermain dan suka meneroka apa sahaja yang ada di persekitarannya namun tidak bermakna anak-anak tidak perlu dilatih mendisplinkan diri dan menzahirkan  adap, apatah lagi jika berkunjung ke rumah orang.

Teringat lagi saya ketika kecil, aduhai kalau di rumah sendiri, memang  kitalah yang hebat meneroka luar dan dalam rumah. Kita yang bukan generasi 'hp' ini, maka ada sahaja projek yang kita dulunya akan buat.

Hmmm..
Istilah menyelerak, menyelongkar, buat sepah sana sini, memang sinonim dengan kita jika di rumah sendiri. Lepas itu, tengoklah mak-mak kita, akan menjerit menjengil. Suruh kemas balik selepas habis main sebab sebentar lagi ayah kita akan balik dari kerja. Mahu melenting ayah kita nanti, bila tengok rumah yang hampir terbalik itu. 

Betul tak?

Dan saya masih ingat lagi, punyalah mak-mak kita dulu pesan betul-betul kepada kita tatkala nak di bawa berkunjung ke rumah orang.
Siap diajarnya kita menundukkan kepala merendahkan  badan sedikit ketika lalu di depan orang tua-tua. Pantang sekali menyampuk atau melopong mendengar orang tua-tua bercerita. 

"Duduk diam-diam nanti, jangan usik itu, usik ini pulak!, kalau tak reti nak duduk diam, tinggal rumah, tak payah ikut", siap diugutnya kita pula. 

Tatkala di rumah orang, kalau kita cuba mengelat jer sikit, mak kita dah mula menjengilkan matanya sambil menjeling tajam  tanda amaran. Kut kalau dia memang duduk berdekatan dengan kita, siaplah kita...., diam-diam cubitan petir menyinggah ke peha kita.
Tetiba jer terasa ibarat  semut api datang menggigit. 😁

Sebab itu, selalu kita dengar acik-acik cakap begini,

' Baiknya budak ni, diam jer duduknya,... pemalu betul budaknya, "

Sedangkan  bila di rumah sendiri, dialah yang jadi heronya.

Betul tak?

Mama-mama, ibu-ibu sekarang, macamana?
.

Saya sendiri pernah melihat situasi si mama sekarang yang buat tak kisah jer bila anak-anaknya mula beraksi nakal.

Bagi teguran pun tidak apatah lagi nak menjengilkan mata, dia rilek tenang jer.
Kenapa yer?

Memang anak-anak kecil sekarang tak boleh dimarah ker? 
.

Berlari sana sini depan orang  tua-tua, bukak katup tv atau radio., suka hati usik ini usik itu,  buat aksi itu aksi ini tapi si mamanya tetap sabar jer sedang tuan rumah dah mula susah hati.

Nak ditegur, kut terasa pulak hati tetamu, si mama tadi. Memang ada jenis orang, anak dia jangan ditegur atau dimarah. Sensitif.. . 😜
.

Sudahnya, sabar jer lah sambil berharap tetamu tersebut cepatlah  beredar balik.

Sepatutnya tetamu datang membawa rezeki, tetapi akhirnya ia datang mengundang keresahan. 

Pada pandangan saya, anak-anak sememangnya  tak boleh duduk diam (itu tanda dia anak pintar dan cergas) namun anak-anak juga boleh diajar adap mudah yang  baik ketika di rumah orang tak  kiralah rumah sesiapapun walaupun rumah adik beradik.

Macamana nak latih adap dan displin ketika di rumah orang?  Caranya; pesan selalu adap yang baik itu, pesan banyak kali, ingatkan walau berjuta-juta kali sekalipun, sehinggalah anak itu faham,

'rumah orang bukan rumah sendiri'

Sesekali.. beri amaran!! 

Jangan sampai tuan rumah menjadi rimas tahap gaban. 
Kita tak tahu apa yang ada dalam  hati tuan rumah.

Kalau keadaan ini berlarutan sama, lain kali  dia serik nak ajak kita datang bertandang ke rumahnya lagi. Dengar jer kita nak datang, dia dah mula poning.

Ok, fitrah anak - anak memang suka bermain tapi fitrah anak-anak juga mudah dilentur dengan adap serta displin  yang baik sedari kecil dalam kehidupannya.

Salam Aidilfitri.
Bermaaf-maafan lah kita.
InsyAllah, Tuhan memberkati
Hari raya kita. 

Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator.

Wednesday, 3 June 2020

DAPATKAN BUKU KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Ramai individu yang menceburi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan mungkin mengimpikan sebuah kerjaya yang indah sebagai seorang Pendidik di TASKA. Hakikatnya, menjadi seorang pengasuh@pendidik di TASKA, ia masih kelihatan seperti sebuah kerjaya yang remeh dan  masih dipandang 'low profile' oleh kebanyakan orang. Ini mungkin juga disebabkan oleh sikap individu itu sendiri yang bekerja di TASKA atau seumpamanya, TIDAK KREATIF, TIDAK PEKA, TIDAK TERAMPIL dalam melaksanakan peranannya sebagai seorang pengasuh@pendidik. Namun, sedarkah anda bahawa dari tugas-tugas pengasuhan dan pendidikan awal inilah bakal membantu peribadi dan keterampilan anak-anak menjadi individu yang  berjaya ketika dewasnya kelak. MAKA PARA PENGASUH@PENDIDIK HARUS BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG!

Hakikatnya juga, daripada elemen pengasuhan daN pendidikan awal kanak-kanak yang berakar umbi serta bermula di institusi TASKA ini jugalah yang akan membantu menggilap dan membentuk potensi serta tahap perkembanagn kanak-kanak secara semulajadinya. Maka, besarlah tanggungjawab para pengasuh@pendidik awal dalam merealisasikan peranannya di TASKA.

Umum sepatutnya memahami bahawa kanak-kanak bukan sekadar individu yang perlu diasuh dan dipastikan keperluan rutin hariannya sahaja tatkala berada di TASKA, bahkan lebih dari itu seorang kanak-kanak memerlukan perhatian selain dari  pelbagai aktiviti dan corak didikan yang kreatif dalam menzahirkan ciri-ciri semulajadi dan sikap hakiki seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak sangat perlu dididik dan diasuh dalam keadaan yang kondusif gabungan dari faktor persekitarannya dan juga faktor peranan pengasuh@pendidik yang diamanahkan untuk tujuan itu. Kanak-kanak perlu juga diasuh dan dididik mengikut acuan sebenar kerja hakiki seorang kanak-kanak iaitu keperluan untuk bermain dan merasa seronok.

Justeru, bagi merealisasikan asuhan dan didikan yang professional di TASKA, setiap yang bergelar pengasuh@pendidik perlulah dipastikan telah memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran serta keterampilan dalam melaksanakan tugas-tugas dan peranannya sebagai sebagai seorang pengasuh@pendidik di TASKA. Untuk menjadi seorang pengasuh@pendidik awal yang hebat, bermakna individu tersebut berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang pengasuh@pendidik yang memahami konsep hakiki pendidikan awal kanak-kanak. Dengan itu, dia berjaya juga melaksanakan peranannya dalam mengasuh dan mendidik kanak-kanak melalui dunia keseronokan zaman kanak-kanak mereka.

Tidak dapat dinafikan pengasuh ibarat ibu ganti kepada kanak-kanak bahkan lebih dari itu dalam mendidik serta memahami tahap perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, tidak hairanlah jika pengasuh yang hebat itu ibarat bunga yang sentiasa mekar di hati kanak-kanak.


NAK TAHU LEBIH LANJUT?
DAPATKAN SEGERA BUKU KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK INI.











BUKU KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK

Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com





DAH SIAP PUN PENULISAN BUKU INI, SETELAH DIPERAM HAMPIR SETAHUN !!!

Dapatkan Buku Kemahiran Asuhan Kanak-Kanak ini. Sangat sesuai bagi mereka yang berkhidmat di TASKA, atau untuk para pengusaha TASKA, ibu bapa dan sesuai juga untuk pelajar yang sedang mengikuti bidang pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak.

Dapatkan segera buku ini bagi memantapkan serta meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan anda dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Jika anda berhasrat menjadi yang terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak, MAKA anda perlu dapatkan segera buku ini.

Dibuka kini kepada tempahan awal.

DISKAUN KHAS HANYA KEPADA 30 TEMPAHAN AWAL BUKU KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK INI.

NAK TEMPAH? JANGAN LUPA, ISIKAN MAKLUMAT ANDA DALAM BORANG DI BAWAH SEKALI.


KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT BUKU






ATAU....






Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
https://www.facebook.com/nor.azura.39794

*******************************************


Produk EBOOK, Buku & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy@ Words softcopy)


1. Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak





2. Ebook Panduan Perniagaan TASKA





3. Ebook Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)

RM60


Koleksi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang wajb disediakan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA.  TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai pelbagai  tema sebagai asas bagi pelaksanaan aktiviti kanak-kanak di TASKA.



4. PERKHIDMATAN 

 i. Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA 
ii. Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan TASKA TADIKA


5. Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA


6. Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia

Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



** Gambar : Hanya sebagai contoh sahaja


7. EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA 

Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian ( sebelum, semasa, selepas) kanak-kanak di TASKA

RM 20


8. BUKU ASIHAN KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK



DAN

Anda boleh terus tempah EBOOK, BUKU dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com