Rimas dengan anak-anak yang tidak tidak boleh duduk diam ketika datang berkunjung?
Dalam kunjung-mengunjung di hari raya ini, ada orang memperkatakan isu tentang kerenah anak-anak kecil yang ada kalanya dilihat keterlaluan nakalnya dan tidak beradap.
Salah siapa? 🤫
Memang fitrah anak-anak suka bermain dan suka meneroka apa sahaja yang ada di persekitarannya namun tidak bermakna anak-anak tidak perlu dilatih mendisplinkan diri dan menzahirkan adap, apatah lagi jika berkunjung ke rumah orang.
Teringat lagi saya ketika kecil, aduhai kalau di rumah sendiri, memang kitalah yang hebat meneroka luar dan dalam rumah. Kita yang bukan generasi 'hp' ini, maka ada sahaja projek yang kita dulunya akan buat.
Hmmm..
Istilah menyelerak, menyelongkar, buat sepah sana sini, memang sinonim dengan kita jika di rumah sendiri. Lepas itu, tengoklah mak-mak kita, akan menjerit menjengil. Suruh kemas balik selepas habis main sebab sebentar lagi ayah kita akan balik dari kerja. Mahu melenting ayah kita nanti, bila tengok rumah yang hampir terbalik itu.
Betul tak?
Dan saya masih ingat lagi, punyalah mak-mak kita dulu pesan betul-betul kepada kita tatkala nak di bawa berkunjung ke rumah orang.
Siap diajarnya kita menundukkan kepala merendahkan badan sedikit ketika lalu di depan orang tua-tua. Pantang sekali menyampuk atau melopong mendengar orang tua-tua bercerita.
"Duduk diam-diam nanti, jangan usik itu, usik ini pulak!, kalau tak reti nak duduk diam, tinggal rumah, tak payah ikut", siap diugutnya kita pula.
Tatkala di rumah orang, kalau kita cuba mengelat jer sikit, mak kita dah mula menjengilkan matanya sambil menjeling tajam tanda amaran. Kut kalau dia memang duduk berdekatan dengan kita, siaplah kita...., diam-diam cubitan petir menyinggah ke peha kita.
Tetiba jer terasa ibarat semut api datang menggigit. 😁
Sebab itu, selalu kita dengar acik-acik cakap begini,
' Baiknya budak ni, diam jer duduknya,... pemalu betul budaknya, "
Sedangkan bila di rumah sendiri, dialah yang jadi heronya.
Betul tak?
Mama-mama, ibu-ibu sekarang, macamana?
.
Saya sendiri pernah melihat situasi si mama sekarang yang buat tak kisah jer bila anak-anaknya mula beraksi nakal.
Bagi teguran pun tidak apatah lagi nak menjengilkan mata, dia rilek tenang jer.
Kenapa yer?
Memang anak-anak kecil sekarang tak boleh dimarah ker?
.
Berlari sana sini depan orang tua-tua, bukak katup tv atau radio., suka hati usik ini usik itu, buat aksi itu aksi ini tapi si mamanya tetap sabar jer sedang tuan rumah dah mula susah hati.
Nak ditegur, kut terasa pulak hati tetamu, si mama tadi. Memang ada jenis orang, anak dia jangan ditegur atau dimarah. Sensitif.. . 😜
.
Sudahnya, sabar jer lah sambil berharap tetamu tersebut cepatlah beredar balik.
Sepatutnya tetamu datang membawa rezeki, tetapi akhirnya ia datang mengundang keresahan.
Pada pandangan saya, anak-anak sememangnya tak boleh duduk diam (itu tanda dia anak pintar dan cergas) namun anak-anak juga boleh diajar adap mudah yang baik ketika di rumah orang tak kiralah rumah sesiapapun walaupun rumah adik beradik.
Macamana nak latih adap dan displin ketika di rumah orang? Caranya; pesan selalu adap yang baik itu, pesan banyak kali, ingatkan walau berjuta-juta kali sekalipun, sehinggalah anak itu faham,
'rumah orang bukan rumah sendiri'
Sesekali.. beri amaran!!
Jangan sampai tuan rumah menjadi rimas tahap gaban.
Kita tak tahu apa yang ada dalam hati tuan rumah.
Kalau keadaan ini berlarutan sama, lain kali dia serik nak ajak kita datang bertandang ke rumahnya lagi. Dengar jer kita nak datang, dia dah mula poning.
Ok, fitrah anak - anak memang suka bermain tapi fitrah anak-anak juga mudah dilentur dengan adap serta displin yang baik sedari kecil dalam kehidupannya.
Salam Aidilfitri.
Bermaaf-maafan lah kita.
InsyAllah, Tuhan memberkati
Hari raya kita.
Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator.
No comments:
Post a Comment