Pages

Wednesday, 5 May 2021

PERSEKITARAN LUAR VS KETAHANAN IMUN KANAK-KANAK


PERSEKITARAN LUAR VS KETAHANAN IMUN KANAK-KANAK

Konsep persekitaran hutan@forest floor  - 

TASKA di Finland mengubah lalu membina ketahanan sistem  imun anak-anak  secara semulajadi.

Saya terbaca satu artikel dalam bahasa Inggeris yang saya terjemahkan tajuknya seperti di atas ini. 


Bila saya baca  artikel ini, yerr.....saya lalu teringat  dan saya pernah terbaca satu artikel tempatan lain yang juga ada menyebut bahawa  kanak-kanak yang biasa dari awal usia telah diberi peluang meneroka pelbagai  aktiviti messy@kotor seperti main pasir, pijak lecah, kutip batu-batuan, main air, main masak-masak daun  dan apa sahaja yang berkaitan akan mampu membina imumnya sendiri dari  kuman dan penyakit  kerana  main aktiviti yang kotor@messy  tersebut.


Jadi, nak risau apa?

Cikgu, tolong jangan bagi anak saya kena panas matahari.
Cikgu, tolong jangan bagi anak saya pijak rumput.
Cikgu, jangan bagi anak saya join aktiviti-aktiviti yang boleh kotorkan tangan dan baju dia.


Ohhh...no,!!
kesian anak-anak  kini , tidak dapat merasai keseronokan bermain dengan alam secara semulajadi.


Ibu bapa sangat alergik dengan aktiviti-aktiviti  yang messy@kotor , katanya.


Membaca keseluruhan artikel ini, bukan sekadar  telah membuktikan tentang keajaiban sistem imum kanak-kanak terhadap aktiviti messy@kotor bahkan.....saya mengakui negara Finland  adalah antara negara  yang benar-benar memahami dan mengaplikasi  dunia pendidikan awal   kanak-kanak dari akar umbi secara dengan tepat dan berkesan.


Kita di sini, yang dikatakan pendidikan awal kanak-kanak,  adakah kita benar telah faham dan menghargai maknanya dengan sepenuh  hati. Atau mungkin kita masih lagi dibelenggu dengan minda masyarakat dan ibu bapa yang kurang faham......yang semua serba nak cepat lihat anak jadi ahli  cerdik  pandai. 

Lalu bila lagi nak ubah minda ke arah  yang lebih bernas lagi faham. 

Tepuk dada,  lihat institusi pendidikan  awal kanak-kanak  masing-masing.

Kesian kanak kanak di premis yang berorientasikan akademik melebihi dari keperluan  main bagi seorang kanak-kanak.

Ok, jomm kita fikir-fikirkan bersama, kita mampu mengubahnya. 

Remember...
They are just a kid.

Catatan, 

#norazura
#TrainerandFacilitator

Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment