Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Entri 25
Salam sejahtera semua. Untuk catatan hari ini, saya ingin kongsikan contoh bagaimana menyediakan dokumen syarat dan pereturan TASKA bagi bakal-bakal pengusaha di TASKA.
Dokumen Syarat dan Peraturan TASKA ini juga boleh menjadi rujukan kepada para ibubapa yang sedang survey TASKA untuk anak masing-masing. Sekurang-kurangnya ibubapa sedia maklum akan apa syarat dan peraturan umum yang perlu diikuti di kebanyakan TASKA.
********************************************************************************
NAMA DAN LOGO TASKA
PERATURAN TASKA DAN SOP IBUBAPA
1. PENGURUSAN
TASKA
ü TASKA __________________ adalah TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan No
Perakuan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak __________ dan diuruskan dan diusahakan sepenuhnya oleh _____________________ .
ü Berikut adalah kakitangan yang
terlibat dengan operasi TASKA :
Pengurusan & Pembimbing Awal Kanak-Kanak (PA)
·
·
·
·
·
2. KEHADIRAN
ü Sila pastikan kehadiran
yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada sering tidak hadir
ke TASKA.
ü Kedatangan
terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum 7.00 pagi) hendaklah dielakkan
kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan PA.
ü Menghantar
anak-anak terlalu lewat ( selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual
aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian daripada
program yang telah dijalankan.
ü Pihak TASKA perlu dimaklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir di atas sebarang
sebab.
3. WAKTU OPERASI
ü Masa : 7.00 pagi - 6.00 petang
ü Masa : Sabtu (8.00 pagi – 1.00 petang)
ü Hari : Isnin –Jumaat dan Sabtu (minggu
ii& iv sahaja)
4. BUKU LOG HARIAN
ü Ibubapa
dikehendaki mengisi Buku Log Harian yang perlu dibeli dari pihakTASKA dengan
harga RM15.
ü Ibubapa juga perlu
mencatatkan keadaan kesihatan dan fizikal anak serta sebarang maklumat yang
perlu dimaklumkan kepada pihak TASKA.
ü Ibubapa juga perlu
memaklumkan kepada pihak TASKA sekiranya anak mendapat kemalangan di rumah
(Lakarkan bahagian yang cedera dalam buku log)
ü Buku Log Harian perlu
dibawa setiap hari ke TASKA untuk dikemaskini.
5. MENGHANTAR DAN MENJEMPUT ANAK
ü Pastikan anak dihantar
terus kepada pengasuh yang bertugas. JANGAN
SEKALI-KALI MEWAKILKAN TUGAS MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK KEPADA ORANG LAIN!! Jika
tiada pilihan, wakil mesti datang disertai bersama surat perwakilan yang
ditandatangani oleh ibu bapa.
ü Kanak-kanak
hanya dibenarkan pulang bersama ibubapa ataupun mereka yang diwakili oleh ibubapa
secara bertulis seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran.
ü Ibubapa
dikehendaki ‘punch in’ di tempat yang disediakan sebagai bukti kehadiran
kanak-kanak ke TASKA.
ü Selepas
kad di ‘ punch in’ ibubapa dikehendaki membawa kad tersebut untuk disahkan oleh
pendidik yang menyambut anak dan kemudian perkara yang sama perlu dilakukan
oleh ibubapa sebelum ‘punch out’ keluar anak dari Taska.
ü Sewaktu menghantar
kanak-kanak, Ibubapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan secara lisan keadaan
kanak-kanak sekiranya mereka tidak sihat pada hari itu. (selain dari menulis
dalam Buku Log harian Kanak-Kanak)
ü Anak yang masih menyusu
botol perlu disediakan 1 botol susu yang siap dibancuh dari rumah
ü Semasa mengambil anak
(sebelum meninggalkan premis) harap pastikan :-
-
Anak
tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan Taska)
- Jika
ada tanda-tanda tercedera, sila bertanyakan terus kepada PA kanak-kanak.
- Keperluan
untuk di bawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor
dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.
-
Kasut dan selipar ada pada anak.
- Buku Log harian dan surat pekeliling (sekiranya
ada) dibaca untuk tindakan lanjut.
Dengan ini adalah penting, pihak ibubapa
mengamalkan komunikasi/hubungan yang baik dengan PA kanak-kanak dan pihak TASKA.
6. APA YANG PERLU DIBAWA DARI RUMAH
ü Anak-anak perlu dibekalkan
dengan barang dan keperluan individu seperti :
·
Pakaian (4 set setiap hari)
·
Lampin pakai buang (6 keping setiap hari)
·
Bedak, minyak bayi, krim badan dan sikat
·
Keperluan mandian (sabun dan syampu, berus gigi
dan ubat gigi)
·
Tuala (ditukarkan setiap minggu)
· Susu formula untuk bayi (diletakkan didalam
‘compartment susu’) milo, nestum serta botol susu untuk bayi dan kanak-kanak
dibawah umur 2 tahun sahaja. Kanak-kanak lebih 2 tahun tidak digalakkan menyusu
botol , tetapi menggunakan ‘sip cup’
·
Plastik beg
·
Beg baju pagi/Beg baju petang
·
Keperluan perubatan (jika ada)
ü Semua
barang keperluan kanak-kanak yang perlu
dibawa tidak ditinggalkan di TASKA kecuali tuala (seminggu sekali)
ü Semua barangan kanak-kanak perlu dilabelkan
oleh ibubapa
ü Buku Log
Harian
7. APA YANG TIDAK BOLEH BAWA DARI RUMAH
ü Barang
permainan
ü Barang
kemas
ü Alat-alat
atau bahan permainan yang merbahaya dan boleh mencederakan
ü Makanan
ringan atau snek yang tidak berkhasiat
8. PENDEKATAN / KURIKULUM DUAL PERMATAKU
CHILDCARE
ü Konsep utama ialah ‘LEARN
THROUGH PLAY” atau belajar sambil bermain
ü Tumpuan sepenuhnya
diberikan kepada konsep perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak berasaskan
peraturan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM)
ü Mengaplikasikan penggunaan
‘National Occupational Skills Standard’ (NOSS) Asuhan Kanak-Kanak , Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), iaitu satu standard pekerjaan sebenar dalam
penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
ü Menjadikan Kurikulum
PERMATA sebagai garispanduan dalam pelaksanaan aktiviti dan rutin harian di
TASKA.
9. JADUAL MENGIKUT UMUR
ü Setiap kumpulan umur
kanak-kanak mempunyai jadual dan rutin harian tersendiri yang disusun mengikut
keperluan, kebolehan dan perkembangan kanak-kanak.
Sila rujuk pada jadual yang dipamerkan
10. KESIHATAN
ü Ibu bapa dikehendaki
memaklumkan secara bertulis kesihatan anak-anak (di dalam buku Log harian ) yang
perlu diberi perhatian oleh pengasuh contohnya alergi, lelah (astma), G6PD,
alahan susu dan makanan tertentu.
ü Makluman secara lisan juga
perlu bagi memastikan PA peka dengan keadaan kesihatan anak yang dihantar.
ü Ibu bapa perlu memaklumkan
kepada pihak TASKA sekiranya anak-anak perlu mengambil ubat tertentu.
ü Kanak-kanak yang sakit dan
menghidap penyakit berjangkit seperti beguk, campak, sakit mata, cacar air
tidak digalakkan hadir ke TASKA sehingga disahkan sembuh oleh doctor.
11. PEMAKANAN
ü Makanan akan disediakan
oleh pihak TASKA bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan pemakanan
kanak-kanak. Menu disediakan bagi setiap kumpulan umur. Jadual pengambilan
makan adalah seperti di dalam jadual rutin setiap kumpulan umur.
ü Ibu bapa atau penjaga
dibenarkan membawa makanan lain yang berzat dari rumah.
ü Sila
maklumkan jika anak alah pada sesuatu makanan.
12. KESELAMATAN
ü Pihak TASKA akan
memastikan persekitaran fizikal , pengalaman
dan pembelajaran bayi dan
kanak-kanak berada di dalam keadaan selamat.
ü Pintu
utama TASKA dipasang ‘door bell’ / alarm dan akan sentiasa ditutup bagi
memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak
di TASKA
Semua aktiviti perniagaan adalah dilarang semasa
waktu TASKA beroperasi.
13. PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
ü Pihak TASKA akan
mengadakan penilaian kanak-kanak secara berterusan. Oleh itu ibu bapa boleh mengadakan
perjumpaan atau perbincangan dengan pihak TASKA dari semasa ke semasa untuk
mengetahui perkembangan kanak-kanak.
ü Perkembangan kanak-kanak
akan dicatatkan di dalam rekod senarai semak perkembangan kanak-kanak mengikut
bidang pembelajaran berkaitan
ü Pemerhatian terhadap
kanak-kanak akan dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
14. KAWASAN LARANGAN DI DALAM TASKA
ü Bilik bayi adalah kawasan
larangan di dalam TASKA, hanya PA yang bertugas sahaja dibenarkan berada di
dalam bilik tersebut. Ibubapa yang menghantar bayi dibenarkan masuk sekejap
sahaja untuk menghantar bayi (kecuali untuk menyusu)
15. INSURAN
ü Kanak-Kanak berumur 2
tahun ke atas wajib dicarumkan dalam insurans berkelompok dan ditanggung oleh
ibubapa. (Tiada caruman insuran untuk bayi di bawah 2 tahun)
16. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
ü Berhawa
dingin / kipas
ü Barang
permainan selamat dan sesuai
ü Ruang
tidur / rehat yang selesa
ü Bahan /
alat bantuan mengajar yang menarik
ü Bahan
bacaan kanak-kanak
ü Ruang
aktiviti yang luas, ceria dan menarik
ü Menu
makanan yang seimbang
ü Jadual
aktiviti yang menyumbang kepada perkembngan menyeluruh kanak-kanak
ü Penjagaan
yang cekap dan teratur oleh PA Kanak-kanak terlatih
ü Playground
17 PROTOKOL UMUM
IBUBAPA
·
Memberi keutamaan
dan sentiasa peka kepada kebajikan kanak-kanak serta menghormati hak-hak
mereka.
·
Berpakaian sopan , bersesuaian dan berpenampilan diri yang kemas ketika
berada di TASKA.
·
Berkelakuan baik serta sopan dan mewujudkan
perhubungan yang baik dan selamat atas dasar percaya kepada satu sama lain.
·
Tidak merokok dan meludah di persekitaran luar dan
dalam TASKA dan di hadapan kanak-kanak.
·
Dilarang bermain permainan yang melibatkan
perjudian , minum minuman keras dan mengambil bahan terlarang.
·
Dilarang
berkelakuan kasar dan menuturkan
perkataan yang kasar dengan kanak- kanak.
·
Dilarang menggunakan bahasa yang berunsur lucah atau isyarat yang tidak sesuai dengan
kanak-kanak.
·
Dilarang mengambil gambar kanak-kanak di TASKA untuk apa jua tujuan (kecuali untuk
kegunaan TASKA) tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan TASKA.
· Menjadi role model kepada kanak-kanak samada dari
segi perlakuan, perbuatan atau pertuturan.
·
Segala yang berkenaan dengan kanak-kanak di TASKA adalah menjadi amanah dan kerahsiaan
mereka yang berkenaan.
· Ibubapa digalakkan melibatkan diri di dalam
aktiviti yang dicadangkan oleh pihak TASKA.
·
Ibubapa dikehendaki memberi maklumat yang betul
mengenai kanak-kanak dan memaklumkan segala permasaalahan berkenaan
kanak-kanak.
·
Ibubapa perlu mematuhi syarat dan peraturan yang
terdapat di TASKA.
· Ibubapa di
minta untuk memberikan kerjasama kepada kakitangan TASKA sekiranya diperlukan
· Bagi ibu yang menyusukan anak perlu mengikuti
peraturan yang telah digariskan di dalam peraturan TASKA.
· Ibubapa yang ingin melawat anak perlu mematuhi
peraturan ketika lawatan. Masa yang diberi untuk melawat anak adalah selama ½ jam.
· Ibubapa yang ingin melawat anak perlu mematuhi
peraturan ketika lawatan .
· Ibubapa dilarang menggunakan TASKA sebagai tempat
untuk berehat.
· Ibubapa dikehendaki menyediakan keperluan peribadi
kanak-kanak dan memastikan barang-barang yang dibawa dilabelkan.
·
Ibubapa berhak untuk membuat sebarang aduan
mengenai sesuatu perkara di taska yang berkenaan dengan anak-anak mereka.
·
Pihak TASKA sentiasa mengalu-alukan sebarang
cadangan dari pihak ibubapa demi untuk kepentingan perkembangan anak-anak di
Taska.
18. PENDAFTARAN
ü TASKA menerima kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.
ü Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak
transit.
ü Pendaftaran
kanak-kanak hendaklah dibuat menggunakan
borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak TASKA. Sertakan satu salinan
surat beranak @ Mykid.
ü Semua pembayaran hendaklah dibayar kepada
penyelia yang bertanggungjawab.
ü Semua butir-butir serta
maklumat yang diberikan dalam borang pendaftaran adalah sulit dan untuk
kegunaan pihak pengurusan TASKA sahaja.
A. Yuran Pendaftaran
·
Yuran Pendaftaran sekali seumur hidup, adalah bayaran yang
ditetapkan dan tidak dikembalikan kecuali jika tempat tidak ditawarkan.
·
Pendaftaran ini menjamin tempat anak Tuan/Puan sepanjang masa
dan di mana-mana cawangan TASKA.
·
Pendafttaran hendaklah disertakan dengan yuran sekali sebanyak
RM100.00 dan Yuran Tahunan adalah sebanyak RM100.00.
B. Yuran Bulanan
·
Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap
bulan. Yuran mesti dijelaskan di TASKA dan pastikan resit Taska dikeluarkan.
·
Deposit yuran sebanyak RM200.00 perlu dijelaskan bersama-sama
dengan yuran pendaftran. Deposit yuran akan dikembalikan jika kanak-kanak
keluar dari TASKA.
·
Bayaran yuran masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak
tidak dihantar ke TASKA atas sebarang sebab ( contoh: cuti sakit, cuti sekolah
@ cuti ibu bersalin)
C. Kadar
Yuran
Ø Bayi 2
bulan – 2 tahun : RM400.00
Ø Kanak-kanak
2- 4 tahun : RM 350.00
Ø Yuran
Transit RM 180.00
Ø Daycare RM 30.00
19. TEMPOH PENYESUAIAN
ü Kanak-kanak ada kalanya
memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama orang asing baginya ditempat
baru. Oleh itu, jika ibubapa ingin menemani anak untuk menyesuaikan diri,
ibubapa hanya dibenarkan menemani anak selama 3 hari sahaja pada minggu
pertama. Selepas tempoh tersebut ibubapa haruslah member kepercayaan kepada
para pengasuh untuk proses penyesuaian selanjutnya.
20. AKTIVITI PRA BACA BAGI KANAK-KANAK 3-4
TAHUN
ü Pihak TASKA menyediakan
aktiviti pra-baca dan pembelajaran (play
school) untuk kanak-kanak 3-4 tahun. Oleh itu pihak TASKA akan mengenakan
bayaran jika sekiranya pihak TASKA menyediakan buku, peralatan menulis/mewarna
ataupun bahan pembelajaran lain untuk kanak-kanak.
21. AKTIVITI LUAR DAN AKTIVITI BERSAMA IBU
BAPA / PENJAGA
ü Pihak taska akan merancang
aktiviti tahunan TASKA bersama untuk bayi dan kanak-kanak serta aktiviti
bersama ibu bapa. Sebarang aktiviti yang akan dijalankan akan dimaklumkan
kepada para ibu bapa atau penjaga kanak-kanak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum
aktiviti tersebut dijalankan. (Rujuk Takwim tahunan TASKA)
ü Bayaran tertentu akan
dikenakan kepada ibubapa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang berkaitan
dengan aktiviti luar anak atau aktiviti penglibatan ibubapa.
ü Pihak TASKA sangat
menggalakkan penglibatan ibubapa di dalam aktiviti-aktiviti di TASKA dari
semasa ke semasa.
ü Ibubapa digalakkan
melibatkan diri dalam aktiviti seperti cadangan berikut :
-
Membantu
dalam program yang telah disusun bersama PA dan anak-anak.
-
Memberikan
cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.
-
Membekalkan
bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah jika diminta.
-
Menjadi
pakar rujuk (Resourse Person) di dalam bidang kepa karan masing-masing
-
Membuat
alat bantu mengajar bersama.
ü Ibubapa digalakkan
melibatkan diri dalam aktiviti keraian bagi melatih anak-anak rajin bersedekah
dan bersifat pemurah. Ibubapa digalakkan untuk menggadakan majlis kesyukuran
sempena hari ulangtahun anak-anak di TASKA.
22. MAKLUMAN LAIN
ü Ibu bapa dikendaki
mamklumkan kepada pihak TASKA sebarang
makluman / perubahan tentang anak yang PERLU diketahui oleh pihak TASKA.
ü Semasa menghantar dan
mengambil anak-anak, ibubapa hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang
sesuai tanpa mengganggu aliran perjalanan kenderaan yang lain.
ü Pihak
TASKA berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman video pada bila-bila
masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau diluar premis bagi tujuan
pembelajaran.
ü Pihak TASKA perlulah
dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat rumah, telefon bimbit dan telefon
pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi sekirnya berlaku kecemasan.
23. NOTIS BERHENTI
ü Ibubapa yang ingin menarik
diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan TASKA hendaklah memberi satu
bulan notis bertulis. Sekiranya tiada notis ia masih dianggap menerima
perkhidmatan di TASKA dan yuran bulanan masih perlu dijelaskan seperti biasa.
ü Yuran Pendaftran, Yuran
tahunan dan lain-lain bayaran bulanan yang telah dijelaskan tidak akan
dikembalikan.
## PA Kanak-Kanak - Pembimbing Awal Kanak-Kanak
Untuk bakal usahawan TASKA, nak tahu banyak lagi tentang perniagaan, dapatkan ebook
Panduan Perniagaan TASKA di sini. Klik borang di bawah untuk tempahan.
RM 30
**acc pembayaran:
Nor Azura Ismail
Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903
Nor Azura Ismail
Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903
salam, masih ada lagi ke?
ReplyDeleteDalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)
Saya berminat..masih ada lagi Buku nii
ReplyDelete