Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri : 24
Adakah anda sedang tercari-cari bisnes yang sesuai untuk anda? Adakah anda seorang ibu yang mempunyai anak yang masih kecil atau mungkin anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Apakah perniagaan yang sesuai anda jalankan dan dalam masa yang sama anak-anak dapat anda jaga sendiri? Saya cadangkan bisnes yang mudah untuk anda iaitu perniagaan TASKA dimana ia boleh bermula di rumah anda sendiri. Ketahui rahsia perniagaan TASKA ini.
Realiti semasa
Semua orang sedia maklum bahawa mencari
rezeki dan menafkahkan keluarga adalah tanggungjawab utama seorang suami dalam
sesebuah keluarga. Kalau pada suatu waktu dahulu, hanya suami yang akan keluar
bekerja menyara keluarga, tetapi di zaman semua harga barangan adalah tinggi,
untuk menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih sempurna, semuanya
memerlukan duit. Justeru itu para isteri juga telah turut sama keluar untuk
membantu suami mencari rezeki. Bila suami keluar bekerja, isteri juga turut
keluar demi membantu meringankan beban suami, jadi bagaimana pula dengan si
anak?
Siapa
yang akan menjaga anak? Hantar kepada kedua ibubapa ke ? Kesian pada ibubapa
yang telah banyak berkorban untuk kita selama ini, hanya menyusahkan orang tua. Ambil pembantu
rumah? Aduh, macam-macam dah yang kita
dengar tentang pembantu rumah ini, apatah lagi kos mendapatkan khidmat pembantu
rumah dewasa ini adalah tinggi. Jadi, pilihan ibubapa ialah samada hantar ke rumah pengasuh atau pun
hantar ke Taska.
Kini
timbul pula persoalan lain, di TASKA yang bagaimanakah yang perlu dipilih
oleh ibubapa untuk anak-anak mereka?
Kalau hantar di rumah pengasuh, apakah ciri-ciri pengasuh rumah tersebut? Para
ibubapa tentu inginkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan yang terbaik untuk
anak-anak mereka.
Inilah antara rahsia perniagaan TASKA ini kerana atas alasan inilah munculnya peluang kepada usahawan yang berminat untuk memulakan
perniagaan TASKA ini. Peluang yang ada ini perlu diisi segera tetapi bukan
hanya membuka TASKA membuta tuli tanpa mengikut prosedur dan garis panduan yang
telah ditetapkan. Sebaliknya seorang bakal usahawan TASKA perlulah mempunyai
ilmu dan kemahiran yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan TASKA ini.
Perlu diingat perniagaan TASKA berlainan dari perniagaan biasa yang lain kerana
produk perniagaan ini bukan barangan tetapi adalah nyawa kanak-kanak.
PerniagaanTASKA memerlukan komitment, keikhlasan dan rasa kebertanggungjawapan
terhapap diri kanak-kanak dan dunia persekitarannya.
Sekiranya
anda serius untuk menubuhkan sebuah TASKA, tubuhkanlah TASKA yang benar-benar berkualiti serta menepati
peraturan yang telah ditetapkan. Apa lagi rahsia perniagaan TASKA yang perlu anda ketahui ?
Ya, cuba lihat potensi perniagaan TASKA di Malaysia.
Jika
dilihat sekarang ini persaingan untuk menubuhkan sebuah TASKA ibarat cendawan tumbuh. Mana-mana kita pergi,
kita akan dengar ada sahaja TASKA yang baru buka dan sentiasa mendapat
permintaan yang tinggi dari pihak ibubapa. Paling penting adakah TASKA
tersebut ditubuhkan mengikut garispanduan
yang telah ditetapkan?
Kerajaan
sendiri sekarang ini, sangat menggalakkan
penubuhan TASKA di tempat-tempat samada di sektor awam maupun sektor swasta.
Pelbagai dana telah disediakan bagi membantu mereka yang berminat untuk
mengusahakan perniagaan TASKA ini. Antaranya pada beberapa tahun yang lepas
pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarat telah memperuntukan geran pembukaan
TASKA baru sebanyak antara Rm10k hingga
Rm20k kepada mana-mana pengusaha TASKA yang layak. Selain itu, ada juga pemberian subsidi pengasuhan kepada
kanak-kanak yang dihantar ke TASKA berdaftar di Malaysia.
Begitu
juga mereka yang membuka TASKA di Rumah, juga mendapat keistimewaan seperti
TASKA Institusi. Kini, kebanyakan pengasuh di rumah telah mula sedar akan kepentingan mendaftarkan
anak yang di jaga di rumah mereka
sendiri. Oh ya, untuk makluman bagi anda yang berminat memulakan TASKA di rumah anda sendiri, anda boleh mula mengambil upah menjaga anak orang dan anda boleh jaga sehingga sepuluh. Dah boleh buat bisnes, yang penting perlulah TASKA di Rumah anda itu didaftarkan di JKM.
Potensi
dan masa depan Perniagaan TASKA memang sangat luas memandangkan terdapatnya
keperluan yang tinggi di kalangan ibubapa yang bekerja untuk mendapatkan
khidmat asuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Ramai orang ingin membuka TASKA dan ramai juga yang telah pun mengusahkannya. Persoalannya, semudah itukah membuka
TASKA dan benarkah sesiapa sahaja boleh
menubuhkannya, pada bila-bila masa dan di mana-mana premis. Jawapan dari saya
ialah tidak.
Berkemungkinan
mereka yang begitu mudah dan cepat
menubuhkan TASKA, telah menubuhkan TASKA
tersebut tanpa sebarang kelulusan atau permit dari agensi
penguatkuasaan.
Dari
segi pekerja ,mereka mungkin mengaji pekerja yang tidak diiktiraf sebagai
pengasuh berdaftar oleh agensi penguatkuasan.
Mereka mungkin belum cukup ilmu dan pengalaman dalam pendidikan awal
kanak-kanak . Justeru itu tidak hairanlah saban waktu kita didedahkan dengan
berita kemalangan di TASKA akibat
kecuaian pekerja tidak bepengalaman atau akibat ceteknya ilmu para pengusaha
tersebut.
Lebih
tepat lagi TASKA tersebut tidak berdaftar menyebabkan mereka menjalankan
operasi TASKA tanpa berpandukan syarat
dan peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan. Dengan kata lain
TASKA yang beroperasi tanpa didaftarkan tidak kira dari mana keteogori TASKA
sekalipun boleh disebut sebagai TASKA HARAM. Menjalankan operasi TASKA tanpa
didaftarkan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan penalti oleh
agensi penguatkuasaan berkaitan.
Jadi,
kepada bakal usahawan TASKA pastikan anda tahu semua langkah permulaan dalam
penubuhan TASKA ini. Bukan itu sahaja, anda perlu ada semua pengetahuan dan
kemahiran mengenai kanak-kanak di bawah 4 tahun. Anda juga sangat perlu untuk tahu semua rahsia perniagaan TASKA ini.
Pada
saya, potensi perniagaan TASKA ini memang sentiasa ada justeru kerana sentiasa
terdapatnya permintaan yang tinggi di kalangan ibubapa. Sokongan dari kerajaan
juga sangat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang perlu
disediakan di TASKA untuk kanak-kanak. Penggunaan kurikulum seperti kurikulum
PERMATA juga serta pelbagai inisiatif dari JKM terus membuka ruang untuk
menaikan lagi potensi perniagaan dalam bidang ini.
Dengan kata lain, jika anda
masih terfikir utuk mencari idea memulakan perniagaan sendiri, mungkin
perniagaan TASKA boleh menjadi pilihan anda.
KEPADA YANG INGIN TAHU LEBIH TIP ATAU RAHSIA BISNES TASKA INI, BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA INI.
Harga Ebook : RM30
Untuk tempahan ebook, sila isi klik pada borang tempahan di bawah
Pembayarn boleh dibuat ke acc berikut:
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 7612806903
Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)