Nama :
Nor Azura Ismail
Teks :
Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi
Entri 18
Bersedia mendengar taklimat
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Saya
ingin mengabadikan catatan saya hari ini khas buat semua pelajar saya yang mengambil program Persijilan Kemahiran Malaysia(SKM) dalam bidang Senior
Childcare Provider (Tahap 3) yang
baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir
teori dan amali pada 13 & 14 April 2015 baru-baru ini.
Contoh portfolio pelajar
Tahniah
saya ucapkan pada semua pelajar kerana telah berjaya mengharungi suka duka
penat lelah bersama saya sepanjang satu tahun ini. Terimakasih kerana memberi
ruang berkualiti untuk menyiapkan semua tugasan dan kerja amali yang saya beri. Walaupun tugasan banyak tapi akhirnya anda berjaya
juga menyiapkannya. Sebenrnya pengalaman anda semua dalam menyiapkan portfolio disamping
kena pula menjalani sesi amali dan duty kerja
di TASKA amatlah berharga dan
bernilai untuk anda bawa dalam menjana masa depan anda yang seterusnya.
Tahniah
juga atas kesungguhan anda menyiapkan bahan-bahan untuk sesi amali akhir
tersebut. Saya suka dan teruja kerana
tak sangka anda semua bakal pendidik dan penyelia TASKA yang kreatif.
Baiklah,untuk
pembaca semua, nak tahu apa kaitannya
saya dengan pelajar SKM Senior Childcare
Provider di atas? Saya merupakan pengajar mereka dimana di pusat
bertauliah kami saya dipanggil Pegawai Penilai kepada pelajar ini. Saya bukan
cikgu tetapi saya lebih kepada fasilitator ataupun pemudahcara . Peranan saya bukan mengajar seperti guru di sekolah maupun pensyarah di Universiti tapi lebih kepada membimbing dan menunjukajar
pelajar-pelajar ini.
Sebelum
tu, saya kenalkan dulu bidang yang diceburi oleh pelajar-pelajar ini atau
kekadang boleh juga dipanggil pelatih. Tapi disini saya akan gunakan perkataan
pelajar . Program SKM Senior Childcare
Provider merupakan satu bidang kemahiran yang berkaitan dengan penyeliaan di
TASKA atau pusat jagaan. Bidang in dijalankan
hanya di Pusat Bertauliah yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dimana
cara pelaksaan program ialah melalui 30% kelas teori dan 70% kelas amali.
Sebelum
ini, pelajar tersebut telah menghabiskan masa selama 6 bulam untuk mengikuti
program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) ini di tahap 2 iaitu Childcare Provider.
Pada tahap 2 ini pelajar didedahkan kemahiran mengasuh da n mendidik
kanak-kanak di bawah 4 tahun. Mereka belajar memahirkan diri dalam pengasuhan
kanak-kanak di bawah 4 tahun . Mereka juga belajar mengenalpasti serta memahami
setiap tahap perkembangan kanak-kanak di bawah 4 tahun. Matlamat program ialah
untuk melahirkan tenaga kerja yang professional, mahir dan beretika sebagai
seorang pengasuh, pendidik atau penyelia TASKA.
Seterusnya jom ikuti sedikit rentetan kisah sebahagian
pelajar saya menjalani peperiksaan akhir dimana saya fokuskan kepada peperiksaan
amali mereka.
Untuk peperiksaan
amali ini mereka kena pilih soalan , kemudian demo dan beri penerangan . Sebelum
itu mereka telah pun menduduki peperiksaan akhir teori yang mengandungi 60
soalan objektif.
Ini Najaa,
telah memilih tajuk Pelaksaan Aktiviti
Kanak-Kanak 3 – 4 tahun. Tahniah kepada Najaa kerana menjadi pelajar pertama
yang volunteer untuk menjalani peperiksaan amali tersebut. Tahniah juga kerana telah menjalankan ujian amali ini
dengan baik walaupun nampak risau di awalnya. Saya perasan sepanjang amali,
Najaa dok asyik memandang wajah saya. Ada jawapan kut kat muka saya ni.
Yang ini
Nini, juga memilih tajuk Pelaksaan Aktiviti kanak-Kanak 3-4 tahun. Aktiviti
yang dijalankan oleh Nini sangat menarik dan boleh dijadikan contoh pada Taska
yang ingin menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak. Penerangan yang diberi oleh
Nini juga jelas menunjukkan Nini faham dengan apa yang disampaikannya.Tahniah
Nini.
Norlida
pula memilih tajuk pemakanan kanak-kanak di Taska. Juga tahniah pada norlida
kerana telah menjalankan amali dengan baik dan jayanya. Norlida membuat demo
tentang makanan yang disediakan di Taska untuk bayi dan juga kanak-kanank.
Selain itu ada aktiviti mengenai tingkat aras dalam piramid makanan. Norlida
juga antara pelajar yang menggunakan slide show untuk sesi penerangannya.
Menarik, hiasan pada roti itu.
Yang ini
pula Mimi Amira. Dari sebelum peperiksaan dah nampak macam tak sabar-sabar
untuk masuk bilik amali. Tajuk yang dipilih ialah Pelaksanaan Aktiviti 1 – 2 tahun
di Taska. Bahan penerangan dari Mimi sangat kreatif dan menarik. Tahniah juga pada mimi atas kesungguhan menyiapkan bahan
untuk amali. Mimi juga menjalankan demo penerangan dan demo aktiviti
kanak-kanak dengan baik. Saya suka.
Untuk
makluman semua, pelajar yang lulus dalam peperiksaan ini disebut telah Terampil. Maknanya mereka telah mahir untuk
menjalankan tugasan sebagai penyelia di TASKA. Mereka bukan sahaja boleh
menjadi penyelia TASKA bahkan sangat terampil dalam mengasuh serta mendidik
kanak-kanak TASKA. Inilah hasil kemahiran yang telah mereka perolehi melalui
program ini.
Buat
yang kurang terampil sila cuba lagi ya.
Apapun, buat semua, sekalung tahniah atas kesungguhan dan keterampilan
anda. Di harap selepas ini anda semua akan meneruskan kerjaya anda dalm bidang
pendidikan awal kanak-kanak ini. Biarlah walau bermula dari bawah sebagai
seorang pengasuh@pandidik TASKA tapi
anda boleh belajar dari pengalaman. Saya doakan satu hari nanti anda semua akan berjaya samada sebagai pengusaha Taska
atau sebagai pengajar ,@juralatih kepada bidang kemahiran ini. Ingat pesan
saya, sekali lagi , pada yang belum terampil, ulang lagi ya. Ingat juga pesan saya pada anda semua sebelum ini, anda dapat ilmu dan kefahaman bila anda belajar
teori mengenai sesuatu tetapi anda akan jadi mahir dan berpengalaman bila anda mula
buat apa yang anda telah tahu.
Sekian. Semoga sukses seterusnya.
Pada
sesiapa yang ingin belajar SKM Childcare
Provider ini atau sekiranya ada mengenali
sesiapa yang ingin belajar kemahiran ini, jangan segan-segan bertanya atau
terus pm sya . Boleh juga bertanya melalui emel.
Hubungi:
**fanpage
facebook Nor Azura /Norazura childcare practitioner.
**pnnorazuraismail@gmail.com
Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)