Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian goggle
Entri 38
Pengenalan TASKA Rumah
TASKA RUMAH ialah mana-mana premis@individu yang menjaga anak berumur bawah 4 tahun lebih daripada 4 orang dan tidak melebihi 10 orang dalam satu-satu masa di premis sendiri dengan menerima upah.
Kesimpulannya:
·
Premis TASKA adalah rumah anda sendiri
·
Anda tidak perlu mengubahusai rumah kediaman
anda seperti TASKA
·
TASKA perlu perlu berdaftar dengan JKM
·
TASKA perlu ada perakuan syarikat dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
· Boleh menjaga anak sehingga 10 orang dalam
satu satu masa dan anda boleh mengenakan bayaran atas jagaan tersebut.
· Tidak wajib menggaji pekerja tambahan.
Terpulang kepada diri anda sendiri, jika anda perlukan pembantu, ambillah hanya
seorang pekerja sahaja.
·
Perlu mematuhi syarat dan peraturan
·
Modal yang minima
· Anda juga perlu ada sijil Kursus Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA@ sekurangnya Sijil TASKA RUMAH.
·
Anda adalah boss dan anda juga adalah pekerja
di rumah anda sendiri
Sekarang
ini ramai betul kita dapati individu yang mengambil upah menjaga anak di rumah
sendiri. .Kebanyakan mereka terdiri daripada para surirumah tangga. Pada
asalnya mereka cuma ingin suka suka mengisi masa lapang di rumah.Mula mula jaga
seorang kanak-kanak, selepas itu bertambah kepada 3 orang, 4 dan ada juga yang
menjaga sehingga sepuluh orang
kanak-kanak dalam satu satu masa.
Adakah
anda tergolong dalam kumpulan yang menjaga anak jiran di rumah. Atau anda
memang berniat utuk mengambil upah menjaga anak jiran
Atau
anda pernah ditanya oleh jiran di sebelah rumah yg berkerja utk menjaga
anaknya. Tapi anda masih was-was, samada perlu daftar atau tidak.
Sebenarnya
wajib daftar dengan JKM dan wajib berdaftar dengan SSM.
Untuk
memulakan TASKA Rumah ,hanya perlu bermula di rumah anda sendiri. Anda duduk di
rumah sambil;
-
Jaga anak
-
Buat kerja rumah
-
Jalankan perniagaan sampingan
-
Tiada kos pengangukutan @ sewa rumah
-
Ada peneman anda.
Sama
seperti usahawan TASKA Institusi , ciri berikut juga perlu ada pada usahawan
TASKA Rumah.
·
Minat
·
Sayangkan kanak-kanak
·
Mempunyai ilmu pengasuhan.
· Mungkin anda tinggal seorang diri di rumah
dan ingin jadikan anak-anak jagaan sebagai peneman anda.
·
Anak anda semua telah dewasa jadi anda
mempunyai banyak ruang dan masa untuk menjaga anak orang lain pula. Jadikan ia
satu bisnes yang mulia.
·
Memahami kerenah anak-anak
· Jika anda memang telah pun mula menjaga anak
di rumah – merupakan satu kelebihan untuk meneruskan perniagaan TASKA Rumah ini
mengikut prosedurnya.
Senelum bercadang memulakan TASKA Rumah, anda perlu lihat pasaran semasa;
Cuba
lihat di sekelililng kawasan tempat tinggal anda. Ramaikah jiran –jiran anda yang suami isteri
bekerja. Di manakah mereka meletakkan anak mereka sewaktu mereka bekerja.
Adakah terdapat TASKA yang berdekatan.
Kalau
ada, cukupkah keperluan TASKA tersebut untuk
menampung sejumlah kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan anda. Lihat pula
pada charge yang dikenakan oleh TASKA sekitar. Lihat juga adakah TASKA tersebut berdaftar dan memenuhi kriteria
sebagai sebuah TASKA yang berkualiti. Lihat pula guru pengasuh di TASKA
tersebut, .adakah mencukupi nisbah keperluan/permintaan ibubapa di sekitar.
Budget@Kos
memulakan TASKA Rumah dengan kos yang minima.
Mengikut
perkiraan kasar saya;
*********
Kos
bahan permainan : RM 200.00
Kos
pendaftaran TASKA : RM 250.00 ( Untuk 5 Tahun)
Kos
dokumen : RM 100.00
Kos
pendaftaran SSM : RM 30.00
Kursus
PERMATA : Rm 400.00
Jumlah : RM 980.00
Anggaran
Pendapatan dan Perbelanjaan bulanan TASKA Rumah:
· Menjaga 10 orang kanak-kanak @ 350.00 sebulan
= RM 3500.00 Semuanya untuk anda. Kos Cuma untuk makan
sahaja.
·
Kos makan@ lain-lain kos untuk 9 orang kanak-kanak – RM 500.00
Pendapatan
bersih anda, hanya dengan menjaga anak orang di rumah sendiri ialah RM 3,000.00
sebulan.
Sekiranya terdapat banyak permintaan untuk TASKA RUMAH anda, maka anda sudah boleh merancang untuk menubuhkan TASKA INSTITUSI pula iaitu anda sudah boleh mencari premis yang dibenarkan untuk meneruskan operasi TASKA anda.
Nak dapat lebih info mengenai perniagaan TASKA, dapatkan ebook saya ini.
PANDUAN PERNIAGAAN TASKA
Untuk tempahan klik BORANG TEMPAHAN
Assalamualaikum puan... dalam buku tu ada segala details pasal panduan membuka taska rumah ke?
ReplyDeletesalam Puan,, saya bercadang nak buka rumah transit untuk kanak umur 7-14 tahun,, adekah syarat2 dan keperluan nya sama seperti nak buka tadika/taska?
ReplyDeleteAssalamualaikum puan..harga kursus Asuhan Permata ni tahun bila ye??maaf bertanya..tahun lpas sy pergi kursus ni dengan harga rm950
ReplyDeleteLagi satu kursus taska rumah lain ke dari kursus Asuhan Permata??
Salam bagaimana dgn kami yg tinggal dirumah sewa. Contoh saya menyewa di rumah Semi D
ReplyDeleteRM1500. Rumah yg besar tanggungan bil air dan bil letrik juga tinggi.
Sementara kursus Asuhan Permata yuran RM950
Fasilitis asas termasuk kemudahan alat permainan.
Saya juga menawarkan mengajar kanak-kanak Asas Membaca (BM) dan Asas Komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Cina. Dalam 1 jam ke 1 1/2 jam pengajaran AlQuran.
Boleh tak saya kenakan yuran berasingan 1 kepala RM100
Berikut adalah perkiraannya:
1) kos bahan permainan - RM200
2) kos pendaftaran taska - RM250
3) kos dokumen - RM100
4) kos pendaftaran SSM - RM30
5) Kursus Permata - RM950
Jumlah 1530.00
Tawaran kurikulum - RM100
Total semua : RM1630
kalau jumlah kanak-kanak 10 org bermakna
RM3500 tolak duit makan RM500
RM3000. Rasanya tak menepati dgn kos yg dikeluarkan.
Boleh tak saya kenakan yuran RM400 + RM100
Jumlah yuran RM500 sebulan
MOHON PENCERAHAN
Bolehkah taska dirumah yg sedia ada, kemudian ambil juga 3 org kanak2 transit
ReplyDeleteMohon pencerahan
hubungi saya untuk mencari pengasuh area ampang mewah 0173699924(nadya)menerima kanak2 2thn ke atas
ReplyDeletekursus permata rm400.. kalau ada sudah sijil permata , perlu lagi ka bayar kursus permata rm400 tu?
ReplyDeleteapa kelebihan sijil taska rumah dan sijil permata?
ReplyDeletebagaimana caranya serta langkah2 yg perlu di buat utk melayakkan isteri saya membuka taska di rumah.
ReplyDeleteBuku tu ade update yg terbaru ke..???
ReplyDeleteBagaimana cara utk kita brdftar sebagai pengasuh tska d rmh?
ReplyDeleteBagaimana cara untuk saya berdaftar sebagai pengasuh kanak2 dirumah n dlm masa sama sy nk ajar awal pendidikan kanak2 3 tahun.
ReplyDelete