Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : carian google
emel : pnnorazuraismail@gmail.com
entri 39
Rujukan : Modul PERMATA
Apakah yang dimaksudkan dengan Perkembangan Sahsiah Kanak-Kanak?
Perkembangan Sahsiah kanak-kanak ialah merujuk kepada proses
pembinaan akhlak dan bagaimana memupuk pembinaan peribadi kanak-kanak . Pada
dasarnya, apa yang terzahir dan terlihat@terbentuk pada sikap@diri seseorang individu telah
bermula sejak dari awal kehidupan individu tersebut dan dipengaruhi juga dari
faktor persekitaran dia membesar dan mendapat asuhan@pendidikan.
Sahsiah yang ada pada diri anak-anak
adalah berbeza antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak lain .
Mengalakkan dan membentuk sahsiah yang positif dan sihat perlu diterapkan@dibina
di awal usia lagi demi untuk melahirkan
individu berakhlak dan berkeperibadiaan
yang mulia. Sahsiah juga boleh disebut sebagai personaliti iaitu ciri dalaman
seseorang yang unik yang ada pada dirinya yang dapat dilihat dari sikap dan tingkahlakunya.
Dengan kata lain, sahsiah bermaksud akhlak atau
peribadi @ cara berfikir kanak-kanak yang ditunjukkannya melalui tingkahlaku.
Sahsiah sangat penting bagi membentuk personaliti dan kualiti hidup seseorang
kanak-kanak.. Sahsiah sangat mempengaruhi aspek perkembangan lain
kanak-kanak. Sebagai contoh;
Sahsiah yang baik dapat melahirkan kanak-kanak yang
boleh berfikir secara positif.
Sahsiah yang baik juga dapat melahirkan kanak-kanak
yang boleh berinteraksi dan berkomunikasi dangan baik.
Sahsiah yang baik membantu
kanak-kanak mengurus diri dan kehidupan.
Paling penting sahsiah yang baik juga
dapat mewujudkan hubungan yang baik juga dengan Tuhan.
Apakah pula yang
membentuk sahsiah@personaliti diri
kanak-kanak? Jawapannya ialah
konsep kendiri iaitu bagaimana seseorangkanak-kanak
menilai dirinya sendiri dan konsep penghargaan
diri (self esteem) iaitu bagaimana perasaan
kanak-kanak dalam menghargai diri sendiri.
Maksudnya;
Konsep kendiri ialah
bagaimana seseorang kanak-kanak merasa siapa dirinya, itulah yang akan
membentuk personalitinya. Contohnya jika kanak-kanak berasa tidak yakin maka
mungkin dia akan membentuk personaliti sebagai seorang kanak-kanak yang pemalu.
Contoh lain untuk kanak-kanak yang mempunyai kendiri yang
positif bila kanak-kanak mengatakan
‘Saya lah yang paling kuat’ atau ‘Saya
yang paling cantik’
Manakala konsep Penghargaan
diri (self esteem) pula ialah bagaimana perasaan kanak-kanak dalam menghargai
diri sendiri, iaitu bagaimana kanak-kanak
merasa @memikirkan mengenai dirnya sendiri.
Contonya kanak-kanak selalu rasa dirinya
dihargai @disayangi oleh orang sekeliling atau kanak-kanak selalu merasakan
dirinya serba kurang.
Apakah peranan ibubapa, pengasuh@pendidik dalam membantuk mengalakkan
sahsiah positif dan membentuk personaliti yang baik pada kanak-kanak?
Tip yang mudah untuk membentuk konsep kendiri dan
penghargaan diri yang positif pada
kanak-kanak ialah dengan memberikan mereka banyak pujian dan galakan dalam jua
aspek. Sebaliknyajika kanak-kanak sering dimarahi atau sering menerima kritikan
yang negatif maka tidak mustahil kanak-kanak ini akan membentuk konsep kendiri negatif
juga dan seterusnya melahirkan personaliti yang negatif juga.
Jika sekiranya seseorang kanak-kanak ada menunjukkan kendiri dan self esteem yang negatif,
ibubapa, pengasuh@pendidik perlu memahami faktor yang berkaitan dan mesti cuba
untuk memulihkan kanak-kanak tersebut. Jika tidak, dikuatiri kanak-kanak
tersebut akan membesar dengan pelbagai personal yang rendah@negatif.
Ibubapa, pengasuh@pendidik boleh menyediakan pelbagai
aktiviti perkembangan pembelajaran yang dapat membina konsep kendiri yang
positif, self estem yang tinggi, jati diri yang berdisplin serta melahrkan
kanak-kanak yang boleh berfikir dengan baik.
Saya kongsikan di sini , bagaimana seseorang kanak-kanak
yang mempunyai konsep kendiri yang positif .
Yakin, berani dan tidak mudah kecewa
Aktif dan cuba mencuba dan mengambil risiko
Mempunyai imej diri yang baik dan suka bersosial
Mudah berkawan dan murah hati
Puas hati dengan pencapaian diri
Suka memuji orang lain
Berdisplin dan ceria
Puas hati walau tidak berjaya
Tidak risau atau cemas
Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula akan mempunyai personaliti berikut:
Tidak yakin dan mudah kecewa
Pasif, kurang berani mencuba dan takut mengambil risiko
Simpati kepada diri
Berasa diri kekurangan daripada orang lain
Selalu menunjukkan kasihan dan mencari simpati
Suka menyalahkan orang lain
Suka berangan-angan@risau dan bimbang
Suka minta tolong
Selalu beri komen yang menyingung
Selalu tidak puas hati
Kanak-kanak mempunyai Penghargaan diri (self esteem yang tinggi@positif)
Berasa dirinya dihargai
Bangga dengan apa yang berjaya dilakukan
Bertindak dengan bebas
Suka terima tanggungjawab
Suka pada cabaran
Dapat mengahadapi rasa kecewa dengan baik
Merasa diri ada kebolehan
Kanak-kanak mempunyai Penghargaan diri
(self esteem yang rendah@negatif)
Berasa diri tidak dihargai, tiada kebolehan dan kemahiran
seperti orang lain
Suka menyesali diri
Memandang rendah pada diri sendiri
Suka salahkan diri sendiri
Selalu gelisah, takut dan bimbang
Pemalu dan tidak berani
Suka menyendiri
Kesimpulannya, bagaimana sahsiah yang terbentuk kepada
kanak-kanak banyak juga bergantung kepada bagaimana kita orang dewasa mengasuh
dan juga mendidik kanak-kanak . Justeru itu sangalah penting ibubpa, para pendidik @pengasuh juga mempunyai sahsiah diri yang baik dan
menjadi role model terbaik untuk
anak-anak sendiri atau anak didik kita.
Saya pendidik professional, Ebook pilihan saya PANDUAN
MENDIDIK ANAK.
DAPAT EBOOK DI SINI.
Klik BORANG TEMPAHAN
No comments:
Post a Comment