Foto : Simpanan Peribadi
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat
Malaysia khasnya dan kepada sesiapa jua yang membaca catatan saya hari ini.
Hari ini saya nak berkongsi sedikit kisah dan rasa suka duka
pengalaman saya mula bergelar cikgu.
Saya seorang cikgu. Istimewanya saya bergelar cikgu kepada anak-anak kecil yang belajar di TADIKA. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, anak-anak ini memanggil saya dengan suatu gelaran istimewa iaitu cikgu. Pada anak-anak ini bila di TADIKA, cikgulah segalanya, Bila tidak faham buat aktiviti, cari dan tanya cikgu. Hendak bermain, kena tanya cikgu. Hendak ke tandas pun tanya cikgu, semuanya kena cari cikgu. Kiranya, cikgulah segalanya bila di TADIKA.
Saya seorang cikgu. Istimewanya saya bergelar cikgu kepada anak-anak kecil yang belajar di TADIKA. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, anak-anak ini memanggil saya dengan suatu gelaran istimewa iaitu cikgu. Pada anak-anak ini bila di TADIKA, cikgulah segalanya, Bila tidak faham buat aktiviti, cari dan tanya cikgu. Hendak bermain, kena tanya cikgu. Hendak ke tandas pun tanya cikgu, semuanya kena cari cikgu. Kiranya, cikgulah segalanya bila di TADIKA.
Pada awalnya pendidikan saya bukanlah dari bidang pendidikan
awal kanak-kanak ataupun perguruan. Tetapi disebabkan excited untuk memulakan perniagaan TADIKA sendiri di awal usia saya memasuki 30 an, maka bermulalah
gelaran dan peranan cikgu itu pada diri saya.
Tetapi, pelik juga kerana sebelum saya mula bisnes TADIKA
lagi, orang yang tidak mengenali saya, bila nampak sahaja kelibat saya terus tanya, ‘cikgu
ke ni,?” Tak sangka pula, rupanya penampilan seorang cikgu itu sudah memang ada pada diri saya.
Mula saja bisnes TADIKA ini, pada awalnya macam rasa
janggal saja panggilan cikgu itu, sebab
saya memang bukan bidang perguruan sehinggalah akhirnya panggilan itu benar-benar
sebati dengan saya. Dari anak didik TADIKA hinggalah ibu bapanya semua memanggil
saya cikgu. Bukan mereka sahaja, bahkan jiran sekeliling rumah pun panggil saya
cikgu. Betapa bernilai dan berharganya panggilan cikgu itu, mana-mana kita
pergi, orang tetap ingat bahawa kita adalah seorang guru. Saya pun kenalah bawa imej sebagai cikgu kemana-mana jua saya
pergi. Yang saya ingat bila saya beli permainan untuk anak-anak saya, saya juga
akan tergerak untuk belikan permainan untuk anak-anak TADIKA saya juga.
Saya seorang cikgu. Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah
hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru untuk saya apatah lagi menjadi
guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.
Memang sungguh mencabar buat saya tapi itulah hakikatnya.
Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri buat diri saya. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka. Hmm, dah besar remaja anak-anak didik saya ini sekarang ini.
Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri buat diri saya. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka. Hmm, dah besar remaja anak-anak didik saya ini sekarang ini.
Tugas utama saya di TADIKA selain pengurusan TADIKA ialah
untuk mengendalikan sesi kelas dan aktiviti bersama anak-anak TADIKA yang
memang ada seribu macam kerenah dan tingkahlaku yang berbeza. Hendak kata tak
pening, memang memeningkan dan sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran saya
sebagai seorang guru TADIKA berhadapan dengan kerenah anak-anak ini. Cuma
bezanya hendak jadi guru TADIKA mesti juga
selalu menunjukkan keceriaan, berwajah manis dan happening
lah kata orang. Kalau nak tahu, inilah rahsia awet muda guru dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak ini., selalu bersama anak-anak ahli-ahli syurga
ini. Menjadi guru kepada kanak-kanak kecil, kita juga kekadang perlu jadi seperti
anak-anakkecil juga.
Itulah sebahagian daripada rasa suka ketika mengendali
anak-anak di TADIKA. Yang duka, adalah juga tetapi kalau di TADIKA, sebenarnya
anak-anak bukanlah menjadi masalah utama. Tapi, selalunya rasa duka itu datang daripada
penilaian yang diterima dari ibubapa. Nak tahu, apa ?
Sebenarnya anak-anak
memang berbeza dari segi penerimaan sesuatu pembelajaran itu, ada yang serap
cepat, ada yang banyak main, tak fokus malah ada yang tetap blur. Tapi mereka masih anak-anak yang mana dunia mereka hanyalah bermain . Kena selalu sabar
menunggu mereka benar-benar bersedia untuk menerima pembelajaran awal di
TADIKA. Kalau pergi TADIKA, semua peraturan dan displin kena ikut walhal mereka
masih anak-anak lagi. Akan tetapi, bila tak dapat membaca atau menulis, tu dia,
bukan anak yang jadi masalah, ibu bapa pula yang tak mahu faham perkembangan
kanak-kanak . Waktu ini lah sebagai
cikgu di TADIKA, kena sabar dan tabah
pula berhadapan dengan kerenah dan runggutan ibu bapa. Satu lagi, pantang kalau anak
terjatuh atau luka sikit, biasalah anak-anak bukan boleh duduk diam, tapi
cikgulah yang akan jadi mangsa hentaman ibu bapa. Sekali lagi, selalu saya pujuk
hati ini, “sabarlah wahai hati”. Ada pada suatu ketika dulu, dalam bisnes
TADIKA itu, saya makan hati betul dengan kerenah ibu bapa.
Hmmm, kalau nak dicerita pengalaman menjadi guru di TADIKA,
memanglah banyak, susah nak cerita di sini semuanya . Kesimpulannya ada suka
ada juga kisah yang duka. Yang penting ialah semua pengalaman awal yang ditimba
menjadikan diri saya seperti sekarang ini. (walau masih banyak ilmu pengalaman yang perlu ditimba lagi)
Lapan tahun bergelar guru TADIKA, akhirnya saya mengalah
jua , bukan sebab tugas sebagai guru TADIKA tersebut tetapi lebih kepada
(seperti saya nyatakan tadi) sikap sesetengah ibu bapa yang tidak pandai
menghargai dan menilai pengorbanan serta
penat lelah seorang guru. Sayalah itu.
Selepas menutup perniagaan TADIKA saya, rupanya penampilan sebagai cikgu itu tetap saya bawa bersama hinggalah akhirnya saya tetap terjun juga ke bidang pendidikan awal ini. Saya seorang cikgu. Kali ini saya menjadi guru kepada pelajar-pelajar kemahiran dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Dalam masa yang sama saya juga menjadi guru kepada anak-anak yang lebih kecil iaitu anak-anak di bawah 4 tahun di TASKA yang saya uruskan. Seronak agaknya untuk terus menjadi guru, lalu saya terus komited dengan tugas dan tanggungjawab saya. Azam dan tekad saya untuk memastikan apa jua ilmu dan didikan yang saya beri akan diterima dan diaplikasikan oleh anak-anak, kalau bukan sekarang , bila mereka dewasa kelak.
Hmm, nak kongsi pengalaman saya sebagai cikgu kepada
anak-anak TASKA pula. Berbeza sedikit dari cikgu TADIKA, sebab kurang gangguan dari ibu bapa. Yang penting anak-anak
diasuh dan dididik dengan baik dan
selamat. Walaupun hakikatnya saya tak asuh anak TASKA secara langsung tapi
saya tetap bersama anak-anak ini memantau
aktiviti mereka. Yang paling tercuit di hati saya ialah walaupun saya
tak asuh anak-anak TASKA ini, tapi anak-anak ini sangat mengenali saya dan suka bila
melihat saya berada di TASKA. Mereka akan mula menjerit memanggil nama saya. Yang
kelakarnya mereka panggil saya cikgu puan Nor sebab mereka selalu terdengar
pelajar kemahiran saya memanggil saya pn nor. Terhibur jugalah hati seketika bila dapat melihat
keletah anak-anak ini apatah lagi bila saya melawat ke bilik bayi. Bayi-bayi semua macam anak-anak saya sendiri juga.
Berbeza jauh sekali pula menjadi guru kepada anak-anak yang
telah meningkat remaja, itulah pelajar-pelajar saya yang mengambil bidang Persijlan Kemahiran Malaysia Pengasuhan dan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mereka juga umpama anak-anak remaja saya sendiri. Kehidupan mereka penuh dengan cabaran dan
gelora jiwa anak muda. Justeru itu di samping memberi ilmu dan kemahiran kepada mereka, peranan saya ialah untuk memahami kerenah dan jiwa
mereka sebaiknya. Teharu juga kerana disamping saya ini adalah cikgu mereka ,
mereka juga selalu menganggap saya sebagai ibu dan motivator mereka. Walaupun
mereka adalah pelajar kemahiran tapi mereka tetap mempunyai kelebihan
tersendiri. Terima kasih pelajar-pelajar
saya, kerana terus menghargai dan menyayangi diri saya ini.
Hari ini 16 Mei seperti kebiasaan seperti setiap tahun, negara menyambut sambutan Hari Guru. Saya seorang cikgu. Sedari
pagi tadi bertalu-talu pula pesanan masuk dalam inbox dan whatsapp saya, sekadar untuk menghantar ucapan Selamat Hari Guru. Terima kasih
semua kerana sudi mengingati dan
menghargai pengorbanan saya yang masih
sedikit ini.
Kepada semua guru-guru di luar sana, kejayaan anak-anak didik kita ialah bila mereka berjaya menjadi insan yang berguna, cemerlang dan terbilang bukan sekadar di atas dunia ini malah di akhirat kelak. Percayalah bahawa doa mereka akan mengiringi keikhlasan kita sebagai guru yang mendidik. Dan yakinlah bahawa andai ilmu berguna yang kita salurkan kepada anak-anak didik kita, inilah yang bakal kita bawa bersama ke akhir hayat kita nanti.
HAKIKATNYA, KITA SEMUA ADALAH CIKGU.
SEKIAN, SALAM SAYANG DARI SAYA DAN SELAMAT HARI GURU
No comments:
Post a Comment