Pages

Thursday, 14 May 2015

PENTINGNYA PENGLIBATAN IBUBAPA DI TASKA TADIKA

Nama & Teks : Nor Azura Ismail
      Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

Foto : Koleksi peribadi
Entri   33
Rujukan : Modul PERMATA Negara
    


Menghantar anak ke TASKA TADIKA telah menjadi perkara biasa dan rutin bagi setiap ibubapa masakini. Bagi ibubapa yang bekerja sepenuh masa, mereka akan menghantar anak yang berumur 4 tahun ke bawah untuk mendapatkan asuhan dan didikan awal di TASKA. Manakala ibubapa yang mempunyai anak berumur 4 - 6 tahun akan menghantar anak ke TADIKA untuk memperoleh pendidikan awal. 

    Apabila ibubapa menghantar anak-anak ke TASKA atau TADIKA, ini tidaklah bermakna ibubapa boleh  lepas tangan dan menyerahkan segala urusan asuhan dan didikan anak kepada pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA. Sebaliknya ibubapa sangat perlu memahami peranan mereka bagi membantu perkembangan anak dan juga bagi bekerjasama dengan pihak TASKA TADIKA.



      APAKAH MAKSUD PENGLIBATAN IBUBAPA DI TASKA TADIKA ?

Penglibatan ibubapa atau kolaborasi  ibubapa bermaksud ibubapa menjadi rakan kongsi dalam asuhan dan didikan kanak-kanak.

Melibatkan diri dalam semua aspek yang melibatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di TASKA TADIKA  samada dari aspek perkembangan diri maupun perkembangan pembelajaran kanak-kanak.


APAKAH PENTINGNYA  PENGLIBATAN IBUBAPA DI TASKA TADIKA?
      
Paling penting ibubapa akan dapat bersama memahami perkembangan anak- anak dan seterusnya mengetahui sejauhmana perkembanagn anak-anak mereka  di TASKA TADIKA

Kanak-kanak, ibubapa dan pengasuh akan rasa senang dan selesa antara satu sama lain kerana mereka dapat mengenali antara mereka dengan lebih rapat lagi.Dengan kata lain pengasuh pendidik TASKA TADIKA dapat membina siraturrahim yang baik dengan ibubapa. Ini memudahkan pihak TASKA TADIKA  untuk mendapatkan kerjasama dan maklumbalas berterusan daripad ibubapa

Wujud kesinambungan  pembelajaran di TASKA TADIKA  dengan amalan di rumah. Maksudnya apa sahaja yang diperolehi atau yang dipelajari oleh anak-anak ketika di TASKA TADIKA dapat diteruskan di rumah dengan bantuan, galakan dan dorongan dari ibubpa. Contohnya kalau pihak TASKA ingin mengajar anak latihan ke tandas, ia akan menjadi lebih mudah jika ibubapa juga           meneruskan latihan  tersebut ketika di rumah

 Ibubapa dapat menyumbang kebolehan dan kepakaran mereka di TASKA TADIKA. Sebagai contoh, jika ibubapa merupakan seorang doktor, mereka  boleh memberi tip penjagaan kesihatan kanak-kanak kepada pengasuh@pendidik TASKA TADIKA. Ibubapa dapat bersama menerapkan                 keprihatinan terhadap amalan kesihatan anak-anak di TASKA TADIKA.

Penglibatan ibubapa yang berterusan menunjukkan mereka memberi  sokongan terhadap aktiviti di TASKA TADIKA  dimana  ibubapa dapat memberi semangat@motivasi kepada pengasuh@pendidik untuk bekerja dengan lebih  bersemangat.


 Ibubapa lebih memahami keperluan anak-anak dan dapat mempelajari kemahiran keibubapaan melalui pihak Taska.

 Ibubapa dapat dapat mengikuti perkembangan anak-anak dan bersama sama merancang pembelajaran anak-anak di TASKA TADIKA  dan di rumah.


 Ibubapa dapat berkenalan dan bertukar fikiran dengan pengasuh@pendidik TASKA     TADIKA untuk mengenali masaalah yag dihadapi berkaitan dengan anak-anak dan cara mengatasinya. Selain itu ibubapa dapat memberi idea, komen dan pandangan yang bernas untuk memperbaiki lagi kualiti di TASKA  TADIKA.

 Dengan melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA TADIKA, ibubapa akan dapat memahami tugas dan tanggujawab yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak. Ibubapa tidak akan mudah menyalahkan pihak TASKA TADIKA sebaliknya dapat menimbulkan rasa sayang dan hormat pada pengasuh@pendidik di TASKA  TADIKA.

 Dengan kerjasama dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada  TASKA TADIKA akan dapat membantu mempertingkatkan perkembangan dan  pencapaian anak-anak.

   APAKAH ETIKA SEORANG PENGASUH@PENDIDIK DI TASKA TADIKA UNTUK           MEWUJUDKAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN DENGAN IBUBAPA?

·         Bersopan
·         Merahsiakan hal ehwal pengurusan
·         Menjelaskan komunikasi
·         Menerangkan kurikulum
·         Selalu berhubung
·         Elak menilai ibubapa
·         Ikhlas dan jujur
·         Elak diskriminasi@pilih kasih
·         Jadi pendengar yang baik
·         Bertindak professional
·         Elakkan melabel kanak-kanak

CONTOH AKTIVITI PENGLIBATAN IBUBAPA DI TASKA TADIKA

Membantu menceriakan TASKA TADIKA  dan membantu membaikpulih peralatan fizikal.

                                            Bermain dengan kanak-kanak – menjalankan aktiviti dan boleh membantu rutin                     harian di TASKA TADIKA.


                                            Menjalankan sesuatu aktiviti khas berasaskan kepakaran ibubapa. Bertindak                         sebagai penasihat atau pakar rujuk untuk bidang kepakaran tertentu.


                                            Membantu  menyediakan bahan pembelajaran untuk digunakan di TASKA                            TADIKA. Ibubapa juga boleh memberi sumbangan bahan permainan terpakai.


                       Menjalankan Aktiviti ‘Go Green” iaitu membantu menghijaukan dan mencantikkan                persekitaran TASKA TADIKA dengan tanaman.


                                           Membantu menyediakan bahan untuk ruang pembelajaran


                                          Menghadiri pelbagai program tahunan di  TASKA TADIKA. Ibubapa boleh turut                      membantu menjayakan program tersebut.


                                          Berjumpa dengan pengasuh@pendidik bagi membincangkan perkembangan dan                  pencapaian  kanak-kanak di TASKA TADIKA


                    Memberi sokongan @sumbanag untuk kebaikan bersama.


HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH IBUBAPA UNTUK MELIBATKAN DIRI DENGAN TASKA TADIKA


         Ibubapa tidak dapat melihat keperluan penglibatan mereka.

         Ibubapa menganggap TASKA TADIKA hanya  sebagai tempat selamat untuk menjaga dan mendidik  anak-anak mereka sementara mereka pergi bekerja.


         Ibubapa tidak faham fungsi dan peranan mereka untuk kepentingan anak-anak di TASKA TADIKA.


         Ibubapa sibuk dengan kerjadan tentunya tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri.


         Kekadang terdapat  perbezaan budaya dan bahasa antara pengasuh, pendidik dan ibubapa  maka sukar untuk mereka berkomunikasi.


         Ibubapa merasa rendah diri dengan kebolehan diri sendiri. Malu untuk melibatkan diri dengan program TASKA TADIKA.


         Ibubapa tidak bersikap terbuka malah menyerahkan segala urusan kepada pihak TASKA TADIKA.


Kesimpulan : Sebagai ibubapa, kita harus sama-sama membantu pihak TASKA TADIKA dalam  meningkatkan serta mengalakkan perkembanagan anak-anak kita dalam semua aspek perkembangan. Sekiranya tiada kerjasama yang baik dan berterusan dari pihak ibubapa tentulah sukar bagi pihak TASKA TADIKA untuk melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna dan lancar. Paling utama. bila ibubapa sama-sama dapat melibatkan diri , ibubapa akan dapat bersama memahami betapa mencabarnya peranan pengasuh@pendidik dalam memberi pengasuh serta pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Ini seterusnya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham antara pengasuh, pendidik dan ibubapa.

Ingin memulakan perniagaan TASKA ANDA SENDIRI, dapatkan ebook ini.
PANDUAN PERNIAGAAN TASKA mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti bagi memulakan perniagaan TASKA.

KLIK BORANG TEMPAHAN untuk tempahan anda.

No comments:

Post a Comment