Pages

Tuesday, 12 May 2015

Rahsia anak pintar dan cerdas

Nama & Teks  : Nor Azura Ismail
Foto: Simpanan peribadi


Entri 32



Setiap anak dilahirkan dengan kepintaran dan kebolehan yang berbeza. Ini mungkin kerana setiap individu itu adalah berbeza dan juga terdapat faktor seperti keturunan dan persekitaran yang mempengaruhi perkembanagan setiap kanak-kanak itu.

Siapakah anak-anak   yang dikatakan pintar  dan cerdas itu? Mungkin dalam hati anda sebagai ibubapa anda sangat menginginkan anak yang pintar dan cerdas.  Ramai ibubapa salah faham bila mentafsirkan anak yang pintar dan cerdas seawal usia ini ialah anak yang sudah  boleh membaca pada usia yang awal seperti  usia 3 tahun.  Bagi sahaja apa pun buku, anak  sudah boleh membacanya. Tapi,  adakah mereka faham apa yang dibaca ? Tentulah mereka tidak faham apa yang dibacanya kerana mereka sebenarnya menghafal bukan membaca.  Mungkin ibubapa  ada menghantar anak ikut program  latih tubi belajar membaca .Oleh kerana ciri semulajadi anak-anak memang cepat serap apa yang diajar sebab itulah mereka boleh membaca.  Tapi saya belum mahu mengkategorikan ciri  anak ini sebagai pintar cerdas, rasanya belum cukup untuk dikatakan pintar dan cerdas hanya kerana boleh membaca.  

Jom, saya nak kongsi pula pada pandangan saya anak yang pintar dan cerdas ini ialah  anak yang aktif dan cenderung serta menyerlah dari banyak aspek.  Dari aspek apa ya? Lihat ciri-ciri di bawah ini.

Aspek perkembangan bahasa. Anak ini pandai bercakap dengan lancar menggunakan ayat dan perkataan yang sama seperti orang dewasa. Mereka cepat memahami perbualan orang dewasa. Mereka juga sangat pandai menjawab dengan lancar apa yang ditanyakan kepada mereka.

Mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat sangat dalam, jadi anak ini akan banyak bertanya serta tak berhenti bertanya  dan inginkan jawapan yang berbeza untuk setiap pertanyaan mereka walaupun kekadang soalan yang diberi adalah sama. Hmmm, agak boleh ke kita  dengar dan jawab setiap setiap pertanyaan anak ini dengan sabar.



Anak pintar dan cerdas juga tidak pandai duduk diam.  Mereka sangat aktif melompat, berlari, berjalan, memanjat dan berbuat sesuatu yang mereka suka. Ada sahaja perkara@aktiviti yang ingin dilakukan. Mereka sangat kreatif dan mempunyai idea yang pelbagai. Mereka boleh berfikir dengan hebat untuk menghasilkan sesuatu di luar jangkaan orang dewasa. Daya imiginasi mereka sangat tinggi.

Anak-anak pintar dan cerdas ini  sangat cepat menguasai sesuatu kemahiran yang diberi tak kiralah apa sahaja. Pada usia yang masih awal ini, mereka cepat serap apa sahaja kemhiran yang diberi atau yang mereka lihat. Jadi, berhati-hati dengan apa yang ada dedahkan kepada kanak-kanak terutamanya yang berkaitan dengan gaget.

Mereka tidak pandai duduk diam. Mereka suka berkawan dan ada sahaja idea permainan ketika bersama kawan sebaya. Mereka memang sangat pandai bersosial, berkawan dan bermain bersama.

Anak-anak yang pintar cerdas juga ialah seorang kanak-kanak yang suka berfikir jauh.  Apa sahaja arahan yang diterima dari orang dewasa atau apa sahaja jawapan yang diberi dari setiap pertanyaan mereka, mereka akan fikir dalam-dalam kemudian mereka akan mula bertanya semula.

Anak-anak ini juga mempunyai tenaga yang banyak, kekadang hingga tidak tahu letih dan penat bermain dan membuat pelbagai aktiviti. Hmm, memang susahlah nak suruh anak-anak ini tidur pada waktu tengahari.

Mempunyai kendiri yang positif iaitu mereka sentiasa menilai diri mereka secara positif. Mereka seorang yang yakin, berani, aktif,suka mencuba, suka mengambil risiko, tidak risau atau cemas. Mereka adaah anak yang mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

Juga mempunyai self esteem yang tinggi iaitu anak-anak ini menghargai diri mereka dengan merasakan bahawa dirinya berkebolehan untuk melakukan sesuatu atau mempengaruhi sesuatu.


Anak-anak ini suka menerima tanggungjawab , suka belajar urus diri sendiri dan sukakan cabaran yang baru serta mereka sangat rajin serta yakin diri. Ada juga masanya anak-anak ini kelihatan degil dan merasakan apa sahaja yang mereka buat adalah betul. Kenalah anda menanggani anak ini dengan betul.

Anak-anak ini juga mempunyai daya ingatan yang tinggi. Mereka akan ingat apa yang anda janjikan kepada mereka. Tidak pandai simpan hati dan tentunya selalu ceria dan gembira serta mempunyai emosi yang sihat dan positif.

APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI IBUBAPA DALAM MENJADIKAN ANAK-ANAK PINTAR DAN CERDAS DALAM PELBAGAI ASPEK?



Sediakan pelbagai aktiviti yang dapat menggalakkan perkembangan anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan.

Sediakan persekitaran kondusif yang menyeronokkan untuk anak bermain. Ibubapa perlu elak berkata jangan usik, tidak boleh, duduk dia, jangan lari. Sebaliknya pastikan persekitaran tempat  anak bermain sesuai dan selamat jadi anak boleh buat dan meneroka apa sahaja di persekitaran tersebut. Bila anda suka berkata tidak boleh pada sesuatu yang ingin anak lakukan anda sebenarnya telah mencantas minat dan kebolehan anak.

Beri peluang, bimbingan, tunjukajar dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak. Anak-anak perlukan ini sepanjang tempoh perkembangan dan pembesaran mereka.

Puji dan sentiasa beri perhatian dan galakan  kepada anak. Anak-anak dapat berkembang dengan positif dan sentiasa merasa diri dihargai.

Latih mereka asas kemahiran urus diri ketika di rumah seperti tolong anda lipat baju, mandi sendiri, pakai baju sendiri dan makan sendiri. Ini sangat membantu anak-anak menjadi individu yang pandai berdikari.

Bercakap dengan anak-anak menggunakan bahasa yang betul dan mudah. Maknanya, jangan bercakap pelat walaupun dengan bayi. Anak belajar bahasa melalui bahasa apa yang dia dengar selalu dari anda. Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan, sebab anak senang meniru. 

Jawab semua pertanyaan anak. Jangan jemu. Jangan marah. (Aduh, boleh tahan ke ni)
Jangan katakan  tidak tahu atau tidak pandai pada setiap pertanyaan anak. Cubalah jawab ikut logik anak dan sedaya yang boleh.  Sentiasa banyak bersabar dengan kerenah anak –anak ini.

Jadi, anda dah tahu ciri-ciri anak yang pintar cerdas ini ? Tukarkan persepsi anda sekarang. Lihat pada anak-anak anda sendiri,  mereka sebenarnya pintar dan cerdas dalam pelbagai aspek yang berbeza.

Tak salah mengajar anak membaca pada awal usia tetapi mesti melalui cara dan aktiviti yang menyeronokkan. Tunggu hingga anak telah bersedia, yang penting jangan paksa anak belajar membaca. Jangan di latih tubi anak berterusan belajar sukukata atau mengeja hingga anak-anak itu bosan dan penuh keterpaksaan. Sebaliknya fahami jiwa anak. Biarkan mereka dengan kerja hakiki mereka iaitu bermain. Belajar membaca pun boleh melalui aktiviti bermain.

Kalau agak-agak nak mulakan teknik membaca dengan anak, anda boleh cuba kaedah melalui ebook ini.

ANAK PINTAR CERDAS


Untuk isi kandungan klik ANAK PINTAR CERDAS


Untuk tempahan, sila klik  BORANG TEMPAHAN ini.

No comments:

Post a Comment