pnnorazuraismail.blogspot.com
TASKA TADIKA, apakah perbezaanya?
Ramai betul yang bertanya kepada saya perbezaan antara TASKA dan TADIKA. Yang bertanya itu kebanyakannya adalah ibu bapa yang ingin menghantar anak mungkin ke TASKA dan TADIKA tetapi kurang jelas dengan perbezaan antara keduanya.
Jadi hari ini saya nak bantu memberi penjelasan supaya tidak lagi timbul kekeliruan di kalangan ibu bapa maupun orang perseorangan yang lain.
TASKA TADIKA, apakah perbezaanya?
TASKA ialah satu premis di mana ia menyediakan khidmat asuhan, jagaan dan didikan untuk anak-anak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun. TASKA juga menerima kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun yang transit dari TADIKA sebelah pagi ataupun sebelah petang.
Kebiasaannya di TASKA, selain memberi khidmat jagaan dan asuhan , TASKA yang berdaftar tentunya akan menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh membantu menggalakkan perkembangan anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Kalau ada yang bertanya pada saya tentang kesesuaian menghantar anak ke TASKA berbanding di rumah pengasuh, saya sangat galakan asalkan ibu bapa pastikan dulu kualiti TASKA tersebut.
Bagaimanakah memastikan sesuatu TASKA itu berkualiti?
Selain perlu berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat, pengasuh maupun pendidik TASKA perlulah yang terlatih dan te;ah mendapat latihan yang sepatutnya. Perlu diingat, TASKA bukan tempat untuk anak-anak menjadi pandai, tetapi selain memberi jagaan terbaik , TASKA berperanan melahirkan anak2 yang bersahsiah mulia dan anak2 yang dapat digilap potensinya dalam pelbagai aspek perkembangan awal kanak-kanak.
Secara umumnya TASKA adalah tempat anak-anak mendapat keseronakan untuk bermain dan mencari kawan sepeninggalan ibu bapa nya bekerja. Justeru itu, pastikan anda periksa dulu TASKA yang anda cadangkan untuk anak-anak anda. Elakkan TASKA yang sekadar memberi jagaan tetapi tiada sebarang aktiviti perkembangan dijalankan untuk anak-anak. Pastikan pengasuh@pendidik TASKA adalah terdiri dari mereka yang telah mendapat latihan melalui latihan yang diiktiraf.
Apa pula yang dimaksudkan dengan TADIKA?
TADIKA sepatutnya menerima kemasukan anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun dimana anak-anak ini dapat mempelajari dan melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang sepatutnya menyeronokkan dan tidak berbentuk akademik yang berlebihan.
TADIKA adalah tempat anak-anak belajar bersosial , mempunyai keyakinan diri di samping mengembangkan lagi pelbagai potensi dan keupayaan diri mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Elakkan menghantar anak ke TADIKA yang sekadar mementingkan pendidikan akademik tanpa memikirkan hak dan naluri anak-anak. Jangan hantar anak ke TADIKA yang berlatih tubi minta anak-anak belajar itu ini dan membebankan anak-anak seawal 4, 5 dan 6 tahun itu dengan pelbagai 'homework'.
Perbetulkan kefahaman anda mengenai konep pendidikan awal kanak-kanak. TADIKA bukanlah sepatutunya dijadikan saluran untuk memaksa anak-anak sehingga boleh membaca suratkhabar dan boleh membuat kiraan matematik campur dan tolak. Tidak mengapa kalau anak-anak memang mempunyai potensi akademik yang baik dan menyerlah di awal usia lagi. tetapi bagaimana jika anak-anak ini be;um bersedia untuk mempelajari pendidikan akademik dan sangat belum bersedia untuk di nilai pencapaian akademiknya. Bahkan jika mereka telah bersedia sekali pun, berikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, melalui konsep bermain misalnya.
Jadi , untuk ibu bapa sekalian, para guru di TADIKA , sila betulkan persepsi anda mengenai pendidikan awal anak-anak. Cari apa potensi anak, belajar mengilap potensi semulajadi yang ada dalam diri anak-anak selain hanya sibuk nak bagi anak pandai membaca.
Maka ibu bapa semua, jangan dera anak-anak dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berat sehingga menafikan keinginan dan kehendak semulajadi anak-anak.
Umumnya, fitrah anak-anak adalah bermain. Samada mereka di hantar ke TASKA atau pun TADIKA, tentunya mereka ingin banyak bermain. Jadikan TASKA dan TADIKA tempat yang menyeronokkan untuk anak-anak.
Kesimpulanya, TASKA tempat untuk anak-anak mendapat asuhan, jagaan dan didikan awal melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang menyeronokkan.
Manakala TADIKA adalah tempat untuk anak-anak diberi pendedahan awal pembelajaran melalui konsep yang menarik dan menyeronokkan.
KETEPIKAN KEPUASAN DIRI, FAHAMI DAN HARGAI EMOSI DAN HAK ANAK-ANAK.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com