Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
JOM BERBENGKEL BERSAMA SAYA!!!!
Kanak-kanak banyak belajar mengenal dunia persekitarannya melalui proses penerokaan, membina pengertian dan berhubung dengan pengalaman yang dilaluinya. Maksudnya kanak-kanak seawal 3- 4 tahun dapat belajar pelbagai perkara jika anda beri peluang kepada mereka untuk meneroka dan merasai pengalaman sendiri.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah 'Nature Walk' iaitu membawa kanak-kanak berjalan di taman sekitar rumah atau taman di TASKA atau taman permainan berdekatan.
Apa yang kanak-kanak akan belajar dan perolehi dari aktiviti berjalan di taman ini?
Kanak-kanak dapat menggunakan semua derianya untuk melihat persekitaran seperti melihat burung terbang, mendengar bunyi tiupan angin atau bunyi kenderaan, merasa tekstur daun dan sebagainya. Bimbing kanak-kanak untuk belajar melalui persekitaran di sekelilingnya.
Anda boleh juga minta kanak-kanak untuk membawa pulang beberapa bahan yang dijumpainya semasa berjalan di taman tadi. Contoh seperti daun, ranting, batu atau kertas. Untuk keselamatan pastikan apa yang dikutip oleh kanak-kanak bukanlah bahan yang merbahaya. pastikan juga jika memetik bunga atau daun, tidak ada yang melarang untuk berbuat demikian. takut pulak terpetik bunga dan daun di rumah orang.
Daripada bahan yang dibawa balik tadi, anda boleh bimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti kreativiti seperti gambar2 di bawah.
Kolaj Kura -Kura diperbuat daripada daun.
Capan Ikan dengan menggunakan ranting , kayu dan daun kecil.
Itik di kolam - Tampalan@ capan daun, lalang dan bunga kecil.
pemandangan tepi sungai - cenkerang @ batu kecil, daun
Selamat meneroka dan berkreativiti bersama anak-anak.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment