pnnorazuraismail@gmail.com
image : carian google
Tahun 2016 melangkah datang dan meninggalkan tahun 2015 setapak ke belakang kita. Bila masuk tahun baru sibuklah semua orang memasang azam baru walhal rasanya macam banyak juga azam 2015 tak tercapai-capai lagi. Tak perlu memandang ke belakang lagi. Lihat terus pada matlamat yang ingin anda capai, maju dan terus mara ke hadapan.
Selamat datang 2016. Terasa bertambah tua usia ini menginjak ke depan.
Bagaimana pula dengan para ibu bapa yang mempunyai anak di bawah 6 tahun?
Awal awal tahun ini, ramai yang sibuk menghantar anak ke TADIKA dan TASKA. Lalu, berlumbalah para ibu bapa mencari institusi TASKA maupun TADIKA yang terbaik untuk anak-anak. Masing-masing teruja mencari TASKA TADIKA pilihan, sehingga kadang kala terlupa matlamat sebenar menghantar anak ke TASKA dan TADIKA.
Jom lihat pada keperluan menghantar anak ke TASKA. Rata- rata menghantar anak ke TASKA kerana ibu bapa bekerja dan ingin memastikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sepanjang tempoh mereka keluar bekerja. Maka pastikan TASKA yang dipilih adalah berdaftar dengan JKM dan sekaligus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh agensi penguatkuasa. Pastikan para pengasuh@pendidik di TASKA benar-benar terlatih dan berkualiti serta kreatif bagi memastikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Pendidikan yang saya maksudkan bukanlah pendidikan akademik tetapi ia adalah pendidikan melalui pelbagai aktiviti yang sesuai dan menarik yang dapat menggalakkan setiap aspek perkembangan kanak-kanak. Pastikan juga kadar yuran yang dikenakan setimpal dengan kualiti pengasuhan dan pendidikan yang diterima.
Bagaimana pula dengan ibu bapa yang berlumba-lumba menghantar anak ke TADIKA atau Pusat Perkembangan Kanak-Kanak? Apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh ibu bapa?
Saya pasti, rata-rata ibu bapa menghantar anak ke TADIKA sebab nak anak cepat pandai membaca, menulis dan mengira. Rata rata ibubapa sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk membayar kadar yuran TADIKA. Dan ramai juga ibu bapa yang berkemampuan menghantar anak ke TADIKA seawal usia 3 atau 4 tahun. Salah kah?
Pada dasarnya, tidak salah. tetapi tolong buat pemerhatian terhadap anak anda sebelum anda memaksa anak-anak untuk mendapatkan pendidikan akademik seawal usia. Berikan anak-anak hak untuk memilih.
Cuba ingat dulu, pada umur berapakah ibu bapa anda mula menghantar anda ke TADIKA? Tidaklah terlalu awal tetapi anda tetap jadi orang yang berjaya, kan? Lagipun, cuba ingat dulu, macamana TADIKA tempat anda di hantar? Buat aktiviti, makan dan main sahaja, melebihi dari belajar, betul tak?
Cuba jawab persoalan ini, benarkah anak-anak perlu diberi pendidikan akademik seawal usia 3, 4 dan 5 tahun?
Mengikut salah satu prinsip dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba, mengeksperimen dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik anak-anak ialah melalui bermain dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan , selamat dan penuh kasih sayang.
TAK ADA SATU PUN prinsip dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah untuk anak cepat pandai membaca dan menulis seawal usia.
Maka, bila anda mencari TASKA TADIKA pilihan, fikirkan hak anak anda.
Kalau nak masukkan anak ke TADIKA, carilah TADIKA yang mempunyai prinsip di atas.
Bukan TADIKA yang memaksa anak-anak belajar umpama di sekolah rendah, bagi homework banyak-banyak, asyik marah anak-anak yang suka bermain sekaligus menafikan hak anak untuk bermain sebaliknya memaksa anak membaca hingga pandai.
TADIKA begini sekadar mengaut keuntungan dengan memancing hati ibu bapa supaya memastikan anak-anak pandai di awal usia.
Pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya perlu menekankan pelbagai aspek perkembangan anak-anak bukan semata pendidikan akademik , Usah biarkan anak-anak menjadi mangsa keterujaan anda untuk melihat anak pandai membaca misalnya seawal 4 atau 5 tahun. Kena ingat, satu lagi prinsip pendidikan awal kanak-kanak ialah
" Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang perlu dihormati, dikembangkan dan disanjung". Dan potensi tersebut bukanlah semestinya dari sudut penilaian akademiknya.
Tepuk dada tanyalah diri masing-masing. Yang di atas adalah pandangan peribadi saya. Saya sendiri merealisasikan pada anak-anak saya. Saya biarkan mereka bermain sepuasnya tapi dalam pada itu tetap memberikan mereka dorongan dan bimbingan mengikut kesesuaian umur dan minat serta potensi unik diri mereka masing-masing.
Adakah anda ingin anak menunjukkan kepandaian seawal usia tapi anak anak selalu dimarahi guru, dibebani dengan 'homework' , terlalu banyak 'worksheet' dan sentiasa tertekan belajar ataupun anda ingin anak-anak yang sentiasa merasa gembira dengan dunia kanak-kanak mereka dan sentiasa mengisi masa mereka dengan keseronokan bermain. BERMAIN ITU KERJA HAKIKI ANAK-ANAK.
Kena ingat, dunia kanak-kanak hanya sekali, separuh daripada kehidupan kanak-kanak bermula dari sekolah rendah ialah belajar dan menelaah. Tak kan lah umur 3 ke 6 tahun pun perlu dipaksa untuk belajar akademik sampai pandai. Apa pun, terserah pada ibu bapa untuk membuat pilihan terbaik untuk anak-anak sendiri.
Mencari TASKA dan TADIKA pilihan, semuanya di tangan anda sebagai ibu bapa.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment