Pages

Friday, 14 October 2016

Ilmu dan Kemahiran pengasuhan

oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

TASKA adalah didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari penjagaan tersebut.

Apabila ada TASKA beroperasi, maka adalah pengasuh@pendidik yang merupakan individu yang berperanan untuk bertanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak di TASKA tersebut. Pengasuh@pendidik merupakan tulangbelakang yang akan memastikan operasi rutin harian TASKA berjalan dengan lancar.

Memandangkan besar dan pentingnya perkhidmatan pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak ini, adalah penting juga semua pendidik@pengasuh di TASKA perlu mempunyai ilmu dan kemahiran pengasuhan  berkaitan yang sperlu digilap berterusan. Dengan kata lain , selain mempunyai kelulusan dan kemahiran sediada, pendidik@pengasuh perlu terus diterapkan dengan ilmu dan kemahiran pengasuhan yang berterusan selagi mereka bergelar pendidik.


Pendidik@pengasuh TASKA apatah lagi yang masih baru berjinak dalam industri ini, tidak boleh sekadar rasa cukup dengan kelulusan yang ada. Mereka harus sentiasa mencari dan menambah pelbagai lagi ilmu serta kemahiran pengasuhan untuk memperkuatkan lagi ilmu dan kemahiran pengasuhan  mereka.

Untuk menjadi seorang pengasuh@pendidik yang professional, perlu melalui pelbagai pengalaman dalam bidang berkaitan. Selalulah mengikuti perkembangan dalam industri dan jangan lupa menghadiri pelbagai kursus@bengkel berkaitan yang banyak ditawarkan.

Jika anda meupakan seorang pendidik@pengasuh samada d TASKA ataupun TADIKA, jemputlah untuk menghadiri bengkel-bengkel yang saya tawarkan. 

Antaranya,

Bengkel Pengasuhan dan Aktiviti Bayi serta kanak-kanak
Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif
Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA







dan pelbagai lagi yang berkaitan.


atau dapatkan



Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak untuk mengiktiraf kemahiran anda.
Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner


Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






Monday, 10 October 2016

Anak-anak perlu diraikan


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jom meraikan anak-anak kerana anak-anak perlu diraikan.
Kesibukan kita sepanjang hari, sepanjang minggu, pastinya meminimakan saat dan waktu yang berkualiti bersama anak-anak.
Oleh itu, cubalah cari waktu dan saat yang berharga untuk bersama dengan mereka. Tidak semestinya kita perlu membelanjakan banyak duit, cukuplah sekadar kita pandai memanfaatkan situasi untuk meraikan anak-anak.
Manfaatnya bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga kita sendiri.

Sekadar berkongsi kisah saya meraikan anak anak pada cuti Awal Muharam baru-baru ini.
Bila cuti cuti ni, saya sebolehnya ingin mencuri ruang waktu dan kesempatan untuk meraikan anak-anak. Sebab kebiasaannya semua sibuk. Nama sahaja saya berkeluarga besar, mempunyai anak anak yang ramai, tapi bila pada hari hari biasa, tinggal beberapa orang sahaja di rumah. Ada yang telah bekerja, yang bersekolah dan yang tinggal di asrama.
Saya sendiri berkejaran dengan tugas-tugas hakiki dan bisnes saya.  Apatah lagi anak-anak  pun memahami bahawa ibunya asyik  sibuk mengajar, berbengkel , kendali program, kendali pelanggan, menulis dan macam macam lah lagi yang mendatang.

Saya ingin juga meraikan anak-anak. Rancangan awal cuti itu, saya hendak membawa anak-anak jalan-jalan  jauh sikit dari teratak kami yg  hening bening ni.
Akhir sekali, tak jadilah, disebabkan mengenangkan cuti yang pendek dan sebentar cuma.

Akhirnya saya bersetuju membawa dan belanja semua pergi makan besar, makan 'seafood' di tepi laut. Bunyinya macam seronok sahaja, kan?? Memanglah seronok dan teruja semua sebab ibunya nak berbelanja besar khas untuk meraikan waktu berkualiti bersama anak-anak.
Anak sahaja? Eh, encik suami saya pun turut serta meraikan anak-anak.
Bagaimana dengan kos perbelanjaan makan makan ni? Mahal ker? Berhabisan jugalah  tapi niatnya nak meraikan anak-anak, jadi tak kisahlah.
Rancangan meraikan anak-anak dengan program makan besar diteruskan juga.

Alhamdullillah, tibalah kami di restoran terapung atas laut yang indah. Kedengaran jelas bunyi laut yg sedikit berombak yang sesekali berdesir kuat memukul benteng batu di tepian pantai.
Seronok dan bahagia duduk semeja bersama insan-insan tersayang.
Cuma, apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah apabila  emosi masing-masing mula terganggu. Kenapa pula?

Aduhai, lama dan terlalu lama kami menunggu tempahan makanan.  Hampir dua jam rasanya sehingga sudah rasa  ingin melangkah kaki balik. Sedikit rasa tertekan sehinggakan kepala yang tadinya dirasakan sihat  sudah mula rasa nak pening. 
Kenapa lama sangat pelanggan perlu menungggu?
Saya  yang buat bisnes perkhidmatan sentiasa memastikan pelanggan saya tidak tertunggu tunggu. Macamana ni? Restoran  dah cantik, harmoni, tepi laut pulak tu, tapi baru saya perasan yang pekerjanya cuma ade beberapa orang sahaja. Itulah yang nak ambil tempahan, nak hantar hidangan dan semuanya lah. Aduhai pengusaha restoran ini, kedekut agaknya  nak tambah pekerja.  Bengkak betul hati yang melihat.

Alhamdullillah lah juga, dapat juga akhirnya makan-makan meraikan anak-anak  walau terpaksa menunggu 2 jam.

Untuk anda yang sedang berniaga, ingatlah ya, bila buat bisnes, berikan perkhidmatan yg cekap dan terbaik kepada pelanggan anda.

Untuk pembaca semua, curi-curikan waktu itu, bersama dan raikan keluarga anda.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25


Peperiksaan PT3

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Anak-anak dan Peperiksaan PT3
Hari ini ramai anak-anak sahabat akan menduduki peperiksaan PT3. Dalam ramai anak-anak tersebut, termasuklah anak saya.  Sebagai ibu bapa dan penjaga anak-anak, kita doakan yang terbaik buat mereka.
Walau apapun, saya yakin, harapan ibu dan ayah tetap setinggi gunung. Cuma, nak diingatkan, kalau boleh, turunkan sedikit harapan setinggi gunung tu,  memadailah  sekadar kita iringi doa dan harapan ikhlas agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti, perlu diterima dengan hati terbuka.



Anak-anak ini sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Kita juga pernah melalui zaman seperti mereka.  Zaman belajar memang memenatkan dan meletihkan badan dan otak. Paling seronok ialah tatkala dapat bergaul, berkawan dan bermain apa yang disukai.
Belajar adalah satu tanggungjawab untuk anak-anak yang bergelar  pelajar sekolah. Setiap hari ke sekolah, tentulah ke sekolas mengalas tanggungjawab yang diberi. Perlu  ikut peraturan sekolah, berdisplin, fokus dalam kelas dan perlu  siapkan semua kerja rumah yang diberi guru. Aduhai, banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Proses pembelajaran perlu dilalui dan diteruskan seiring dengan peningkatan usia anak-anak.

Belajar tetap belajar. Akan tetapi, hasilnya tentulah tidak sama bagi setiap anak hatta bagi setiap insan. Kerana apa? Setiap individu adalah berbeza dari segi IQ, minat serta kemahiran  dan juga potensi dalam diri. Mengharapkan suatu keputusan cemerlang untuk semua anak adalah tidak adil.  Justeru letakkan harapan setimpal dengan IQ dan potensi diri anak-anak. Kita sebagai ibu bapa, patut lebih mengenali potensi anak-anak sendiri.

Manusia dilahirkan dengan kecerdikan dan potensi yang berbeza. Itulah hakikatnya.
Jusetru itu, wahai  ibu,  wahai bapa, wahai guru, usah kerap sangat menekan emosi anak dengan dibebani  pelbagai tugasan pembelajaran yang keterlaluan berbanding umurdan pencapaian  mereka. Berilah mereka dorongan dan semangat. Andai mereka kurang  berjaya dalam pelajaran, usah dimarah, usah dipandang sepi.  Tentunya ada sesuatu potensi lain yang istimewa dalam diri mereka.
Teruskan doakan anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 ini.


Masih ingat kepada pemenang pingat emas paralimpik Abdul Latif Romly yang menjuarai  acara lompat jauh T20 lelaki. Anak yang mempunyai  masalah pembelajaran sejak dari kecil dimana beliau hanya boleh membaca pada usia 15 tahun. Itupun kalau perkataan-perkataan susah, dia akan cepat lupa katanya.
Dia sesungguhnya tela membuktikan walaupun dia tidak boleh cemerlang dalam pembelajaran tetapi dia tetap seorang juara dalam bidang yang diminatinya. Dia mempunyai potensi lain yangalhamdullillah  telah dikenalpasti oleh mereka di sekelilinginya sedari dia kecil lagi.
Begitulah umpama anak-anak kita, cemerlang  mereka adalah pada minat dan potensi diri masing-masing.


Bagaimana pula dengan anak-anak kita.  Sekiranya memang jelas  anda  nampak mereka seorang yang genius dalam pembelajaran akademik, maka teruskan beri galakan dan dorongan untuk mereka berusaha belajar ke peringkat  lebih tinggi setinggi yang mereka mampu.

Namun, jika anda ayah dan ibu nampak sebaliknya pada anak  usah tunjukkan  putus asa di depan anak-anak. Usah sesekali  diperkecilkan kebolehan diri si anak. Percayalah ada satu potensi lain yang perlu dikenalpasti dan dikeluarkan serta digilap dalam diri si anak.

InsyAlaah, doakan yang baik-baik untuk anak.
Biar anak-anak  berjaya di  dunia dan di akhirat lebih lebih lagi. Semoga anak-anak inilah yang bakal mendoakan kita pula satu hari nanti, merekalah anak-anak yang soleh solehah.

Sekali lagi, untuk anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan PT3.  Selamat menduduki peperiksaan.
Untuk ayah ibu, jadilah pendorong kepada potensi bukan jadi pencantas.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25