Pages

Monday, 10 October 2016

Anak-anak perlu diraikan


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jom meraikan anak-anak kerana anak-anak perlu diraikan.
Kesibukan kita sepanjang hari, sepanjang minggu, pastinya meminimakan saat dan waktu yang berkualiti bersama anak-anak.
Oleh itu, cubalah cari waktu dan saat yang berharga untuk bersama dengan mereka. Tidak semestinya kita perlu membelanjakan banyak duit, cukuplah sekadar kita pandai memanfaatkan situasi untuk meraikan anak-anak.
Manfaatnya bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga kita sendiri.

Sekadar berkongsi kisah saya meraikan anak anak pada cuti Awal Muharam baru-baru ini.
Bila cuti cuti ni, saya sebolehnya ingin mencuri ruang waktu dan kesempatan untuk meraikan anak-anak. Sebab kebiasaannya semua sibuk. Nama sahaja saya berkeluarga besar, mempunyai anak anak yang ramai, tapi bila pada hari hari biasa, tinggal beberapa orang sahaja di rumah. Ada yang telah bekerja, yang bersekolah dan yang tinggal di asrama.
Saya sendiri berkejaran dengan tugas-tugas hakiki dan bisnes saya.  Apatah lagi anak-anak  pun memahami bahawa ibunya asyik  sibuk mengajar, berbengkel , kendali program, kendali pelanggan, menulis dan macam macam lah lagi yang mendatang.

Saya ingin juga meraikan anak-anak. Rancangan awal cuti itu, saya hendak membawa anak-anak jalan-jalan  jauh sikit dari teratak kami yg  hening bening ni.
Akhir sekali, tak jadilah, disebabkan mengenangkan cuti yang pendek dan sebentar cuma.

Akhirnya saya bersetuju membawa dan belanja semua pergi makan besar, makan 'seafood' di tepi laut. Bunyinya macam seronok sahaja, kan?? Memanglah seronok dan teruja semua sebab ibunya nak berbelanja besar khas untuk meraikan waktu berkualiti bersama anak-anak.
Anak sahaja? Eh, encik suami saya pun turut serta meraikan anak-anak.
Bagaimana dengan kos perbelanjaan makan makan ni? Mahal ker? Berhabisan jugalah  tapi niatnya nak meraikan anak-anak, jadi tak kisahlah.
Rancangan meraikan anak-anak dengan program makan besar diteruskan juga.

Alhamdullillah, tibalah kami di restoran terapung atas laut yang indah. Kedengaran jelas bunyi laut yg sedikit berombak yang sesekali berdesir kuat memukul benteng batu di tepian pantai.
Seronok dan bahagia duduk semeja bersama insan-insan tersayang.
Cuma, apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah apabila  emosi masing-masing mula terganggu. Kenapa pula?

Aduhai, lama dan terlalu lama kami menunggu tempahan makanan.  Hampir dua jam rasanya sehingga sudah rasa  ingin melangkah kaki balik. Sedikit rasa tertekan sehinggakan kepala yang tadinya dirasakan sihat  sudah mula rasa nak pening. 
Kenapa lama sangat pelanggan perlu menungggu?
Saya  yang buat bisnes perkhidmatan sentiasa memastikan pelanggan saya tidak tertunggu tunggu. Macamana ni? Restoran  dah cantik, harmoni, tepi laut pulak tu, tapi baru saya perasan yang pekerjanya cuma ade beberapa orang sahaja. Itulah yang nak ambil tempahan, nak hantar hidangan dan semuanya lah. Aduhai pengusaha restoran ini, kedekut agaknya  nak tambah pekerja.  Bengkak betul hati yang melihat.

Alhamdullillah lah juga, dapat juga akhirnya makan-makan meraikan anak-anak  walau terpaksa menunggu 2 jam.

Untuk anda yang sedang berniaga, ingatlah ya, bila buat bisnes, berikan perkhidmatan yg cekap dan terbaik kepada pelanggan anda.

Untuk pembaca semua, curi-curikan waktu itu, bersama dan raikan keluarga anda.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25


No comments:

Post a Comment