Pages

Monday, 10 October 2016

Peperiksaan PT3

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Anak-anak dan Peperiksaan PT3
Hari ini ramai anak-anak sahabat akan menduduki peperiksaan PT3. Dalam ramai anak-anak tersebut, termasuklah anak saya.  Sebagai ibu bapa dan penjaga anak-anak, kita doakan yang terbaik buat mereka.
Walau apapun, saya yakin, harapan ibu dan ayah tetap setinggi gunung. Cuma, nak diingatkan, kalau boleh, turunkan sedikit harapan setinggi gunung tu,  memadailah  sekadar kita iringi doa dan harapan ikhlas agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti, perlu diterima dengan hati terbuka.



Anak-anak ini sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Kita juga pernah melalui zaman seperti mereka.  Zaman belajar memang memenatkan dan meletihkan badan dan otak. Paling seronok ialah tatkala dapat bergaul, berkawan dan bermain apa yang disukai.
Belajar adalah satu tanggungjawab untuk anak-anak yang bergelar  pelajar sekolah. Setiap hari ke sekolah, tentulah ke sekolas mengalas tanggungjawab yang diberi. Perlu  ikut peraturan sekolah, berdisplin, fokus dalam kelas dan perlu  siapkan semua kerja rumah yang diberi guru. Aduhai, banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Proses pembelajaran perlu dilalui dan diteruskan seiring dengan peningkatan usia anak-anak.

Belajar tetap belajar. Akan tetapi, hasilnya tentulah tidak sama bagi setiap anak hatta bagi setiap insan. Kerana apa? Setiap individu adalah berbeza dari segi IQ, minat serta kemahiran  dan juga potensi dalam diri. Mengharapkan suatu keputusan cemerlang untuk semua anak adalah tidak adil.  Justeru letakkan harapan setimpal dengan IQ dan potensi diri anak-anak. Kita sebagai ibu bapa, patut lebih mengenali potensi anak-anak sendiri.

Manusia dilahirkan dengan kecerdikan dan potensi yang berbeza. Itulah hakikatnya.
Jusetru itu, wahai  ibu,  wahai bapa, wahai guru, usah kerap sangat menekan emosi anak dengan dibebani  pelbagai tugasan pembelajaran yang keterlaluan berbanding umurdan pencapaian  mereka. Berilah mereka dorongan dan semangat. Andai mereka kurang  berjaya dalam pelajaran, usah dimarah, usah dipandang sepi.  Tentunya ada sesuatu potensi lain yang istimewa dalam diri mereka.
Teruskan doakan anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 ini.


Masih ingat kepada pemenang pingat emas paralimpik Abdul Latif Romly yang menjuarai  acara lompat jauh T20 lelaki. Anak yang mempunyai  masalah pembelajaran sejak dari kecil dimana beliau hanya boleh membaca pada usia 15 tahun. Itupun kalau perkataan-perkataan susah, dia akan cepat lupa katanya.
Dia sesungguhnya tela membuktikan walaupun dia tidak boleh cemerlang dalam pembelajaran tetapi dia tetap seorang juara dalam bidang yang diminatinya. Dia mempunyai potensi lain yangalhamdullillah  telah dikenalpasti oleh mereka di sekelilinginya sedari dia kecil lagi.
Begitulah umpama anak-anak kita, cemerlang  mereka adalah pada minat dan potensi diri masing-masing.


Bagaimana pula dengan anak-anak kita.  Sekiranya memang jelas  anda  nampak mereka seorang yang genius dalam pembelajaran akademik, maka teruskan beri galakan dan dorongan untuk mereka berusaha belajar ke peringkat  lebih tinggi setinggi yang mereka mampu.

Namun, jika anda ayah dan ibu nampak sebaliknya pada anak  usah tunjukkan  putus asa di depan anak-anak. Usah sesekali  diperkecilkan kebolehan diri si anak. Percayalah ada satu potensi lain yang perlu dikenalpasti dan dikeluarkan serta digilap dalam diri si anak.

InsyAlaah, doakan yang baik-baik untuk anak.
Biar anak-anak  berjaya di  dunia dan di akhirat lebih lebih lagi. Semoga anak-anak inilah yang bakal mendoakan kita pula satu hari nanti, merekalah anak-anak yang soleh solehah.

Sekali lagi, untuk anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan PT3.  Selamat menduduki peperiksaan.
Untuk ayah ibu, jadilah pendorong kepada potensi bukan jadi pencantas.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






No comments:

Post a Comment