Pages

Monday, 12 February 2018

Bengkel mula bisnes TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Ramai orang nak mula buka bisnes  TASKA, tapi '0' pengetahuan.
Bagaimana nak mula?
Apa yang perlu dibuat?
Mudahkah prosedur mula bisnes TASKA ini?
Adakah sebarang sijil yang diperlukan?
Bagaimana nak dapat pekerja?
Apa kurikulum yang akan digunakan?
Apa aktiviti yang harus dijalankan?
Apakah cabarannya?
Ehh...banyaklah persoalan dan kekeliruan yang tak terjawab?


Kalau memang serius nak dapatkan info, jom join Bengkel Mula Bisnes TASKA bersama saya.
Ehh siapa pula saya?
InsyAllah, telah 18 tahun saya  berkecimpung dalam industri pendidikan awal kanak-kanak dan mempunyai pengalaman terus membuka dan menguruskan bisnes TASKA.
InsyAllah, saya bantu buka langkah untuk anda.
Terus bersama saya,


Bengkel mula Bisnes TASKA
27 Januari 2019
Bertempat di  Kajang/Bangi ( alamat akan dimaklumkan nanti)
Yuran RM150, sangat berbaloi dengan ilmu yang bakal akan perolehi.
Masa : 08.00am - 12.00pm
Lengkap dengan sample permohonan kertas kerja pendaftaran TASKA.
Percuma Ebook, Panduan Perniagasn TASKA tulisan saya.


Daftar segera dengan menghubungi saya di 0167235080 / 0192115642.
Jumpa nanti.



Nak tau percuma EBOOK apa?

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)











TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA


Daftar segera dengan menghubungi saya di 0167235080 / 0192115642.

Wednesday, 7 February 2018

Isteri dan ipar

Ketika saya sedang luangkan masa membaca buku tulisan Ustaz Zul Ramli ini, saya teringat secebis bingkasan kehidupan pahit yang diceritakan kepada saya oleh seseorang yang  bergelar kakak ipar.
Kisahnya beberapa tahun lewat yang lalu;
Katanya, dia pernah difitnah dan dipulaukan seketika oleh adik beradik suaminya sendiri.
Suatu tuduhan tidak berasas dilemparkan oleh salah seorang adik iparnya kepada dia seorang isteri  yang ketika itu bersusun anak-anaknya  yang masih kecil.
Katanya, entah bila agaknya si adik ipar itu tinggal  serumah dengan dia sehingga dia sanggup mengatakan bahawa si isteri  hanya kelihatan baik bila di depan suami sahaja tetapi bila di belakang suami  dia lah isteri yang telah berbuat perkara jahat. ( Tidak dinyatakan apa)

Tomahan dan tuduhan fitnah tersebut seolah ingin mengharapkan si  suami untuk melepaskan si isteri. Untuk apa, kerana apa , si isteri juga tidak pasti.  Entah apalah mungkin silap si isteri sebagai kakak ipar, justeru itu dia meminta ipar-ipar yang lain juga memulaukannya. Memang pedih rasanya ketika itu tidak seseronok perasaan orang yang melemparkan tuduhan. Alhamdullillah si suami sentiasa berfikiran waras dalam membuat pertimbangan.
Kisah itu telah lama berlalu. Si isteri tidak lagi di pulaukan oleh ipar-ipar lain  namun si penuduh tidak pernah pula menuturkan kemaafan.
Ternyata, jauh di sudut hati si isteri tadi, sukarnya melupakan segalanya begitu sahaja. Masih ada rupanya cebisan rasa marah dan sakit hati bila terkenangkan peristiwa itu.
Kata Ustaz Zul Ramli dalam coretan buku  R&R kehidupan di lebuhraya, menyatakan bahawa kita sebagai manusia mempunyai pilihan.
Jika kita memilih untuk tidak memaafkan, maka boleh sahaja kita menadah tangan memohon doa agar Allah membalas semula kejahatan fitnah tersebut sambil hati kita juga berterusan merasa kesan sakitnya.
Namun jika kira memilih meredhakannya sahaja sambil nembuang segala rasa sakit dalam hati, itulah pilihan yang lebih baik. InsyAllah hati akan lebih merasa tenang.
Pengajarannya, jauhilah fitnah menfitnah kerana ia dapat meleraikan hati dan memporak perandakan sebuah institusi kekeluargaan.
Kita semua adalah pendosa.
Hanya kepada Allah segalanya.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger






Anak remaja

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalamualaikum.
Saya ada beberapa orang anak remaja. Mungkin anak anda belum remaja lagi tapi akan tiba juga masanya mereka membesar menjadi remaja.
Zaman remaja adalah masa di mana anak-anak masih juga ingin meneroka dan mencuba sama persis seperti zaman mereka kecil dulu.  Bezanya,  anak- anak kecil seawal usia suka meneroka dan mencuba atas dasar itulah sifat semulajadi anak kecil. Anak awal usia akan belajar banyak perkara melalui konsep meneroka, mencuba dan melalui pengalaman sebenar. Bagaimana pula dengan anak-anak remaja apatah lagi anak-anak yang membesar dalam persekitaran penuh dengan teknologi digital dan pelbagai cabaran ini?
Apa yang anak remaja ingin terokai dan ingin cuba, tentunya terlalu banyak pengalaman baru ingin dirasai dalam dunia remaja anak-anak ini.
Sejauh mana kita boleh memantau dan mengawal mereka?
Saya yang mempunyai beberapa anak remaja yang mana dari segi potensi diri dan laluan kerjaya mereka, kami sebagai ibu bapa sentiasa menyokong dan memberi galakan atas minat dan kecenderungan mereka sendiri. Memang kami tidak pernah memaksa mereka memilih laluan kerjaya sendiri.
Namun, saya sedikit merasa ragu, bagaimana dari aspek kehidupannya sebagai remaja yang tentunya mereka tidak selalu berada dalam jangkaun pemerhatian saya.
Anak remaja ini  tentunya tidak lepas dari pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran.
Bagaimanakah saya dan anda semua sebagai ibu bapa dan masyarakat persekitaran,  dapat memastikan anak-anak remaja ini bebas dari sebarang gejala dan persekitaran yang kurang sihat.
Adakah kita dapat pastikan anak remaja kita seronok dan tenang dalam melalui zaman remajanya.
Suami saya pernah bertanya kepada salah seorang anak remaja kami , di mana waktu itu, dia telah tamat bersekolah dan mempunyai banyak masa di rumah sementara menunggu peluang melanjutkan pelajarannya.
Suami saya tanya kepada si anak yang telah tinggal di asrama sejak dari umur 13 tahun lagi, dia bertanya adakah anak  seronok duduk di rumah.
Memang agak terkejut dengan jawapan jujur dari anak, katanya.,  seronok tapi lagi seronok duduk di asrama dapat jumpa ramai kawan.
Tersentap seketika dengan jawapan yang tulus itu. Jadi, saya terdiam menerima jawapan itu dan terus buat kesimpulan bahawa kita ibu bapa kena juga belajar jadi sebahagiaan dari kawan-kawan anak remaja ini supaya dia tidak rasa sedemikian.  Kena selalu bertanya perasaan anak. Kena memahami pergolakan perasaan anak remaja ini. Kena selalu usik hatinya. Aduh..memang bukan mudah rupanya.
Seperkara lagi, kita tahukah siapa kawan- kawannya,  apa yang dia bincang atau bualkan dengan kawan- kawannya, di mana dia selalu berada, apa yang dia lihat di dalam telefon pintarnya, siapakah  idolanya dan paling penting bagaimanakah solat dan ibadahnya?
Kekadang anak remaja kelihatan begitu baik di hadapan kita, akan tetapi bagaimana mereka di.luar jangkaun mata kita?
Justeru itu, senjata kita sebagai ibu bapa, ialah doa yang berterusan.
Kita perlu jadi role model terbaik buat mereka dan menyelami hasrat hati mereka.
Belajar jadi benteng yang kukuh bukannya diktator yang selalu memaksa dan bertegas. Anak bukan robot tetap manusia biasa seperti kita juga.
Lalu saya pun sedar,
Bukan sekadar doa supaya  anak-anak  remaja ini berjaya dalam kerjaya mereka bahkan kita perlu sangat-sangat memohon perlindungan dari Allah , berdoa agar anak-anak ini sentiasa terpelihara dari segala perkara yang tidak baik, menjadi anak yang soleh dan solehah.
Saya yang mempunyai anak-anak remaja selalu terdetik perasaan ini.
Jadilah kamu wahai anak, insan berjaya dunia dan akhirat.
Kalau bukan kamu yang mendoakan kami, yang akan  membacakan Al- Quran buat kami, siapalah kami kelak nanti ketika jasad ini  telah terpisah dari badan ini.
Ingatlah selalu ...duhai anak.
Hakikatnya.
Hidup hanya sementara, , akhirat jua kekal abadi.
Anak-anak adalah amanah dan juga merupakan ujian dalam kehidupan sementara ini.


#Norazurapakarpengajardpin


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger





Kuching, mengamit kenangan

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kuching , mengamit kenangan
Saya di sini.
Walau telah berkali ke daerah ini,  tempat ini banyak mengamit kenangan dan memori zaman kecil saya bersama ayah, arwah mak dan adik beradik saya. Lama saya menetap di sini dulu, di persekitaran yang jauh dari saudara mara.
Dulu tidak seperti hari ini. Kalau nak guna telefon, dail ke semenanjung  pun, kosnya agak tinggi juga.
Kalau nak balik ke semenanjung pun kena berkira-kiralah agaknya sebab dulu tiada penerbangan murah seperti sekarang.
Kuching mengamit kenangan
Teringat sekolah rendah saya dulu, di sini ramai anak orang dari semenanjung.
Teringat sekolah menengah saya dulu. bersekolah dengan kawan-kawan berbilang etnik dan budaya.
Teringat zaman kecil saya di sini, masih merasa suasana dunia kemeriahan bermain seorang kanak-kanak walaupun keluarga saya menetap di kawasan perumahan.
Teringat kisah kelurga saya dan beberapa keluarga kenalan ayah, serombongan pergi ke Pantai Santubong dan Bako hanya menaiki ..entah..bot ker atau sampan besar mengharungi Sg Rejang itu. ( Dulu tiada jalan darat ke situ)
Pabila melihat bandar ini, paling tersentuh , sangat teringat dengan kenangan dibesarkan di sini oleh arwah mak.
Teringat berderet-deret (adik beradik saya 5 orang) jalan-jalan di bandar Kuching dengan mak ayah.
Saya pesan pada hati, rupanya,  tatkala seseorang itu telah tiada dalam hidup kita, tika itilah dia jadi insan yang paling mengamit memori kita.
Benar, daerah kuching mengamit kenangan saya.
Apapun, saya ke sini sekadar kerana tugas.
Yang di rumahku syurgaku itulah, harta paling bernilai kini.
Ampuni kami dan sejahterakan kami semua wahai Allah.
Doa buatmu yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi.
@Norazura



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger




Matlamat Pendidikan kita

oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Saya sekadar berkongsi, mungkin untuk renungan kita yang berada di laluan pendidikan dan juga buat para ibu bapa berkaitan;
Suatu hari dalam satu slot di radio iKim, seorang prof bercerita.
Dia telah pergi ke sebuah negara iaitu Finland dan melihat sistem pendidikan di sana di mana Finland dikatakan negara yang mempunyai sistem pendidikan  yang terbaik di dunia.
Kesimpulannya,, pendidikan di Finland tiada pengkelasan terhadap pelajar dan ia sangat menekankan aspek kemahiran hidup berbanding pencapaian akademik.
Pelajar di sekolah diberi kebebasan memilih apa yang mereka sukai untuk dipelajari.
Sungguh tiada paksaan dalam aspek pembelajaran.
Masa di sekolah pendek, tiada dibebani dengan tugasan sekolah dan keputusan peperiksaan hanya diketahui oleh pelajar berkenaan sahaja.
Kesannya individu di Finland sangat berhemah, pandai berdikari, mempunyai kemahiran hidup dan boleh bersaing secara adil di alam pekerjaannya.
Namun, lihatlah realiti ditempat kita kini, pengharapan cikgu dan ibu bapa kini, kita sedang  mengejar apa??
Apakah matlamat pendidikan kita dan adakah ia telah mencapai.objektifnya.
Sekian, untuk renungan bersama.



#Norazurapakarpengajardpin
#Norazuraskmpractitioner
#trainerdanfasilitator



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger