Ketika saya sedang luangkan masa membaca buku tulisan Ustaz Zul Ramli ini, saya teringat secebis bingkasan kehidupan pahit yang diceritakan kepada saya oleh seseorang yang bergelar kakak ipar.
Kisahnya beberapa tahun lewat yang lalu;
Katanya, dia pernah difitnah dan dipulaukan seketika oleh adik beradik suaminya sendiri.
Suatu tuduhan tidak berasas dilemparkan oleh salah seorang adik iparnya kepada dia seorang isteri yang ketika itu bersusun anak-anaknya yang masih kecil.

Katanya, entah bila agaknya si adik ipar itu tinggal serumah dengan dia sehingga dia sanggup mengatakan bahawa si isteri hanya kelihatan baik bila di depan suami sahaja tetapi bila di belakang suami dia lah isteri yang telah berbuat perkara jahat. ( Tidak dinyatakan apa)
Tomahan dan tuduhan fitnah tersebut seolah ingin mengharapkan si suami untuk melepaskan si isteri. Untuk apa, kerana apa , si isteri juga tidak pasti. Entah apalah mungkin silap si isteri sebagai kakak ipar, justeru itu dia meminta ipar-ipar yang lain juga memulaukannya. Memang pedih rasanya ketika itu tidak seseronok perasaan orang yang melemparkan tuduhan. Alhamdullillah si suami sentiasa berfikiran waras dalam membuat pertimbangan.

Kisah itu telah lama berlalu. Si isteri tidak lagi di pulaukan oleh ipar-ipar lain namun si penuduh tidak pernah pula menuturkan kemaafan.
Ternyata, jauh di sudut hati si isteri tadi, sukarnya melupakan segalanya begitu sahaja. Masih ada rupanya cebisan rasa marah dan sakit hati bila terkenangkan peristiwa itu.
Kata Ustaz Zul Ramli dalam coretan buku R&R kehidupan di lebuhraya, menyatakan bahawa kita sebagai manusia mempunyai pilihan.
Jika kita memilih untuk tidak memaafkan, maka boleh sahaja kita menadah tangan memohon doa agar Allah membalas semula kejahatan fitnah tersebut sambil hati kita juga berterusan merasa kesan sakitnya.
Namun jika kira memilih meredhakannya sahaja sambil nembuang segala rasa sakit dalam hati, itulah pilihan yang lebih baik. InsyAllah hati akan lebih merasa tenang.
Pengajarannya, jauhilah fitnah menfitnah kerana ia dapat meleraikan hati dan memporak perandakan sebuah institusi kekeluargaan.
Kita semua adalah pendosa.
Hanya kepada Allah segalanya.
Hanya kepada Allah segalanya.
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
#Blogger
No comments:
Post a Comment