Pages

Wednesday, 7 February 2018

Anak remaja

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalamualaikum.
Saya ada beberapa orang anak remaja. Mungkin anak anda belum remaja lagi tapi akan tiba juga masanya mereka membesar menjadi remaja.
Zaman remaja adalah masa di mana anak-anak masih juga ingin meneroka dan mencuba sama persis seperti zaman mereka kecil dulu.  Bezanya,  anak- anak kecil seawal usia suka meneroka dan mencuba atas dasar itulah sifat semulajadi anak kecil. Anak awal usia akan belajar banyak perkara melalui konsep meneroka, mencuba dan melalui pengalaman sebenar. Bagaimana pula dengan anak-anak remaja apatah lagi anak-anak yang membesar dalam persekitaran penuh dengan teknologi digital dan pelbagai cabaran ini?
Apa yang anak remaja ingin terokai dan ingin cuba, tentunya terlalu banyak pengalaman baru ingin dirasai dalam dunia remaja anak-anak ini.
Sejauh mana kita boleh memantau dan mengawal mereka?
Saya yang mempunyai beberapa anak remaja yang mana dari segi potensi diri dan laluan kerjaya mereka, kami sebagai ibu bapa sentiasa menyokong dan memberi galakan atas minat dan kecenderungan mereka sendiri. Memang kami tidak pernah memaksa mereka memilih laluan kerjaya sendiri.
Namun, saya sedikit merasa ragu, bagaimana dari aspek kehidupannya sebagai remaja yang tentunya mereka tidak selalu berada dalam jangkaun pemerhatian saya.
Anak remaja ini  tentunya tidak lepas dari pelbagai cabaran dan pengaruh persekitaran.
Bagaimanakah saya dan anda semua sebagai ibu bapa dan masyarakat persekitaran,  dapat memastikan anak-anak remaja ini bebas dari sebarang gejala dan persekitaran yang kurang sihat.
Adakah kita dapat pastikan anak remaja kita seronok dan tenang dalam melalui zaman remajanya.
Suami saya pernah bertanya kepada salah seorang anak remaja kami , di mana waktu itu, dia telah tamat bersekolah dan mempunyai banyak masa di rumah sementara menunggu peluang melanjutkan pelajarannya.
Suami saya tanya kepada si anak yang telah tinggal di asrama sejak dari umur 13 tahun lagi, dia bertanya adakah anak  seronok duduk di rumah.
Memang agak terkejut dengan jawapan jujur dari anak, katanya.,  seronok tapi lagi seronok duduk di asrama dapat jumpa ramai kawan.
Tersentap seketika dengan jawapan yang tulus itu. Jadi, saya terdiam menerima jawapan itu dan terus buat kesimpulan bahawa kita ibu bapa kena juga belajar jadi sebahagiaan dari kawan-kawan anak remaja ini supaya dia tidak rasa sedemikian.  Kena selalu bertanya perasaan anak. Kena memahami pergolakan perasaan anak remaja ini. Kena selalu usik hatinya. Aduh..memang bukan mudah rupanya.
Seperkara lagi, kita tahukah siapa kawan- kawannya,  apa yang dia bincang atau bualkan dengan kawan- kawannya, di mana dia selalu berada, apa yang dia lihat di dalam telefon pintarnya, siapakah  idolanya dan paling penting bagaimanakah solat dan ibadahnya?
Kekadang anak remaja kelihatan begitu baik di hadapan kita, akan tetapi bagaimana mereka di.luar jangkaun mata kita?
Justeru itu, senjata kita sebagai ibu bapa, ialah doa yang berterusan.
Kita perlu jadi role model terbaik buat mereka dan menyelami hasrat hati mereka.
Belajar jadi benteng yang kukuh bukannya diktator yang selalu memaksa dan bertegas. Anak bukan robot tetap manusia biasa seperti kita juga.
Lalu saya pun sedar,
Bukan sekadar doa supaya  anak-anak  remaja ini berjaya dalam kerjaya mereka bahkan kita perlu sangat-sangat memohon perlindungan dari Allah , berdoa agar anak-anak ini sentiasa terpelihara dari segala perkara yang tidak baik, menjadi anak yang soleh dan solehah.
Saya yang mempunyai anak-anak remaja selalu terdetik perasaan ini.
Jadilah kamu wahai anak, insan berjaya dunia dan akhirat.
Kalau bukan kamu yang mendoakan kami, yang akan  membacakan Al- Quran buat kami, siapalah kami kelak nanti ketika jasad ini  telah terpisah dari badan ini.
Ingatlah selalu ...duhai anak.
Hakikatnya.
Hidup hanya sementara, , akhirat jua kekal abadi.
Anak-anak adalah amanah dan juga merupakan ujian dalam kehidupan sementara ini.


#Norazurapakarpengajardpin


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger





No comments:

Post a Comment