Pages

Wednesday, 9 January 2019

Saya tidak gentar berbicara

Weekend is the best day to remember and write your memories..
        
Yer ker?
Bolehlahkan... lagipun menulis umpama terapi kepada diri. 朗
Nak tulis kisah apa kali ini yer?
Hah, inilah diari kisah saya..
                
'Siapa cakap saya gentar berbicara'
Tatkala tidak diberi peluang, saya memang seorang yang gentar@ takut untuk berbicara di depan orang ramai. Gentar diiringi dengan perasaan malu dan tidak yakin.
Takut.... Suspen..
Ahh.. saya tidak dikenali, saya tidak glamor, saya tidak cantik, saya tidak pandai,. saya tidak hebat, saya tidak segalanyalah.....
Teruknya rasa rendah diri saya dulu-dulu!
Hmmmm...
asalnya   bakat berbicara hanya sekadar bakat terpendam.
Tanpa dorongan..
Tanpa sokongan..
Hah.. nak berbicara depan cermin pun saya malu, hatta hinggalah ke hari ini. Teruk bebenar bakat yang jauh tersimpan dalam lubuk diri seorang insan bernama norazura ini.
Hinggalah.. suatu hari, saya cuba  beri peluang dan cabar diri saya sendiri.
Masa itu, saya di tingkatan 3, usai habis peperiksaan SRP. (Sijil Rendah Pelajaran)
Pihak sekolah adakan satu Pertandingan Syarahan, lalu saya pun daftarlah nama untuk bertanding. Saya ingat lagi tajuk syarahan saya itu.
'Belilah barangan buatan Malaysia'
Saya bersemangat...
Tapi yang sadis.... Kawan-kawan rapat gelakkan saya, sebab dalam kelas saya sangat 'low profile', kurang menonjol dan  bukan pula seorang pelajar yang aktif di sekolah.
'ehh.. boleh ker awak bersyarah ni?'
'nanti kut orang gelak tengok awak merapu dan tersasul'
'Biar betul... awak boleh ker ni??'
Saya diamkan jer, yelah.... kawan-kawan pun baget konon prihatin takut saya kena gelak nanti. Sebenarnya, mereka tak pernah pandang tinggi pada saya pun.  Sadis tau.!, cikgu pun tak yakin sebab cikgu tak pernah cuba nak mengorek potensi anak muridnya sendiri. Apa yang penting di sekolah , belajar mesti score A.
Hmmm.... memang sedikit down ketika itu, sedih.
Tapi.. kalau tak cuba, tak tau kan....,  lalu saya pujuk diri saya sendiri. Biarlah orang nak kata dan sangka apa-apa, saya yang lebih kenal siapa diri saya sendiri.
Saya pun buatlah teks syarahan sambil minta tolong seorang kawan ni semak. Saya baca berkali kali. Saya hafal dan fahamkan teks tersebut. Nak beraksi depan cermin.., serius saya memang malu.. tak boleh.
Tibalah hari pertandingan.
Bila nama saya disebut untuk giliran seterusnya, saya melangkah ke pentas dengan penuh keyakinan.
Hah.. kawan kawan bertepuk.., mereka tunggu saat untuk gelakkan saya.
Saya pun mulakan syarahan..
Tanpa melihat teks.. sebab, dah hafal. Saya seolah lupa diri sebentar. Mulut saya kumat kamit berbicara yang berintonasi. Tangan saya bergerak ke sana ke mari, seolah menari mengikut rentak bicara.
Ya Allah, macamana saya dapat kekuatan ini.?  Akhirnya, saya tamatkan syarahan saya. Ya...., semua bertepuk tangan kuat. Terdiam dan mungkin tak sangka kut.

Tatkala keputusan diumumkan, sayalah johan pertandingan syarahan pada waktu itu. Tapi kann.. saya tidak pernah diberi peluang lagi tatkala  itu dan sepanjang menyusuri sesi pengajian saya samada di sekolah maupun selepas itu.
Mungkin kerana  ' low profile' nya saya. Bakat saya tetap tersorok di situ sahaja.
Saya sendiri tidak 'tolak' diri saya ke depan. Cukuplah sekadar saya pendamkan harapan saya sambil letakkan satu cita- cita  ketika itu. Saya bercita-cita nak  jadi Pensyarah bila telah dewasa kelak.
Alhamdullillah....
Masa dan pengalaman banyak memberi peluang dan didikan terus kepada diri saya. Awak-awak....,  kut ada kawan kawan sekolah saya pada waktu itu, saya nak bagi tau, saya berjaya menjadi seorang Pensyarah, pengajar, jurulatih, speaker, fasilitator dan seumpamanya.
Sebenarnya.., sukalah saya nak sampaikan bahawa sangatlah penting kita sebagai ibu bapa atau pendidik selalu melihat potensi besar yang ada dalam diri setiap anak kita.
Bila dah mula nampak potensi anak, mohon bantu gilap, beri sokongan, dorongan dan peluang.
Anak akan lebih menyerlah dengan potensi yang ada dalam diri mereka sendiri.
Jangan sesekali letakkan kehendak kita semata dalam pilihan  diri anak.   Jangan andaikan anak mesti tunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik semata.
Kita silap!!
Uniknya manusia, Allah anugerahkan  pelbagai potensi istimewa yang berbeza dalam diri setiap insan. Jadi, belajar kenali potensi tersebut. Tak kiralah dalam bidang apa sekalipun.
Saya dulu yang self estemnya rendah..
(kini pun ada sikit-sikit)
Saya telah faham..
Untuk berjaya.. rupanya kita kena poyo sikit. Kita kena pandai tonjol kebolehan kita supaya orang kenal siapa kita. Zaman ini khasnya..., kita yang  perlu promote diri kita sendiri. Ada kalanya kita kena terhegeh-hegeh merebut peluang.
Contohnya, macam berkongsi di FB ni.
Yang penting kita menulis dan berkongsi sesuatu pengalaman atau ilmu yang bermakna dan boleh beri kebaikan  kepada orang lain.
Ehh.. Tak salah tau,
Sedang pesan Nabi Muhammad S.a.w ;
'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat'
Dan.. saya pegang juga kata-kata ini..;
'Its All about your Mind'
Orang yang berjaya bukan kerana besarnya badan dan cantiknya rupa. Tetapi, mereka yang memiliki besarnya hati dan cantiknya minda.
Mereka sebenarnya berjaya..
Seperkara lagi..
Abaikan mereka yang membawang tentang kita yang nak glamor di fb ni..
Hi.. Hi...
Tapi ingat , di fb..., syariat dan maruah diri tetap kena jaga juga yer. Kalau nak tonjolkan diri dan  glamor..., pastikan yang yang baik baik sahaja. Peraturan dan adap tetap perlu diikuti.
Adakah saya masih gentar lagi berbicara? '
Syukur selalu, Alhamdullillah... Pasti tidak lagi!
Catatan.
#Norazura
Personel kemahiran, jurulatih dan fasilitator
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

No comments:

Post a Comment