Pages

Thursday, 31 January 2019

Jalankan pemeriksaan fizikal anak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak dihantar ke rumah@premis asuhan, tetiba meninggal dunia...
Semua risiko akan diletakkan di bahu pengasuh terlebih dahulu.
Adakah harus terus menunding jari menandakan pengasuh yang bersalah?


Justeru..
Betapa pentingnya pemeriksaan fizikal dijalankan acapkali menerima kedatangan kanak-kanak ke TASKA.
Tugasan menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak turut menjadi antara unit kompetensi yang utama di dalam modul persijilan kemahiran Malaysia di pusat bertauliah penuh. Inilah yang selalu saya tekankan kepada para pelajar saya.
Jangan lupa, periksa kanakkanak mengikut SOP yang dinyatakan. Hal ini sangat penting namun aspek inilah yang selalu diabaikan oleh para pengasuh  di TASKA.
Mengapa?


Tengok....!
Bila berlaku kematian di TASKA, bulat-bulat kesalahan diletakkan di bahu pengasuh semata.
Memang semasa anak dihantar ke TASKA, dia sihat wa'afiat sahaja. Namun..., siapa tahu, kesan kecederaan dalaman  yang mungkin  dialami oleh seseorang kanak-kanak, kekadang akan  kelihatan kesannya  setelah beberapa waktu.
Jadi..
Tolonglah...


Saya tahu, ramai pengasuh mempunyai niat yang baik membantu memudahkan tugas ibu bapa yang perlu keluar meninggalkan anak untuk bekerja.
Dah macam-macam kursus diikuti demi memastikan kualiti pengasuhan yang terbaik.
Takkan niat pengasuh semata untuk membunuh jiwa seorang insan kecil begitu sahaja.


Maka..
Kenalah adil juga kepada para pengasuh ini.
Para pengasuh pula, tolonglah ingat... tatkala anak datang ke TASKA, ..lakukan perkara ini:
Periksa suhu badan kanak-kanak. Jangan terima anak ke TASKA, jika dia demam apatah lagi jika dia dijangkiti penyakit berjangkit atau kronik. TASKA atau rumah pengasuh bukannya klinik. Pengasuh pun bukannya seorang jururawat.


Periksa keseluruhan badan anak. Lihat betul-betul jika terdapat sebarang tanda diragui atau lebam atau sesuatu  yang pelik pada anggota fizikal anak. Jika ada, tanya pada ibu bapa dan catatkan apa yang dimaklumkan oleh ibu bapa. Ambil gambar sebagai bukti.
Tanya pada ibu bapa, bila kali terakhir anak diberi susu. Sudahkah disendawakan.? Catakan kenyataan ibu bapa.


Tanya juga.. adakah anak tidur dalam buaian ketika di rumah. Pukul berapa dikeluarkan dari buaian?, Catatkan kenyataan ibu bapa jika ya.
Tanya dan tolong pastikan, adakah anak ada terjatuh ketika di rumah. Minta ibu bapa berkata benar demi untuk keselamatan anaknya juga,  tak kira lah jatuh bagaimanapun, catatkan jika ada.
Tanya adakah anak demam sebelum di hantar ke TASKA. Kekadang ada anak demam sebelah malam dan sihat bila wakti siang. Pastikan.
Adakah anak berkelakuan pelik sebelum di hantar ke TASKA.


Mohon pastikan juga.
Kesimpulannya..
Tanya dan pastikan keadaan fizikal dan kesihatan anak sebaiknya. Catatkan semua kenyataan di dalam rekod yang disediakan di TASKA.


Sesungguhnya..
Kita hanya merancang tapi ALLAh lah yang menentukan segalanya. Doakan selalu yang baik-baik untuk semua anak-anak yang dijaga di TASKA.
Apa jua yang berlaku, ALLAH jua yang Maha mengetahuinya. Sekurang-kurangnya lihatlah.. bahawa pengasuh telah cuba memberi yang terbaik.
Kecualilah  jika ada pengasuh yang memang berniat tidak baik, Allah lah jua  sebaik-baik pembalasnya.



Catatan,
#Norazura
Trainer pendidikan awal kanak2.

No comments:

Post a Comment