Pages

Thursday, 31 January 2019

Tulisan buruk, anak dan potensinya.

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraizmail@gmail.com


Jika tidak mampu lihat, kecerdikan anak dalam akademik, cuba pandang dia dari sudut yang lain pula..
Al kisah... 


"Hari tu cikgu cubit Aqil"
"Cikgu cubit Aqil sorang jer...., orang lain cikgu tak cubit" adu Aqil dengan raut wajah seolah menagih simpati.
Kenapa cikgu cubit Aqil?
"Cikgu kata tulisan Aqil buruk"
Laaaa....ibu terdiam jap.
Kesian pun ada sikit. 


Tu lah kan...  tapi memang tulisan Aqil buruk, tak cantik. Aqil pun tak rajin usaha untuk cantikkan tulisannya itu. Alahaiii.... anak lelaki ini, tak habis-habis asyik  main jer kerjanya.
Tulisan Aqil yang buruk.
Campur-campur,  ada tulisan kecil tulisan besar, senget-senget tak sama saiz hurufnya walaupun Aqil tulis di buku ber 'line'.
Agaknya emosi Aqil  terkesan sikit dengan cubitan cikgu, tu sebab Aqil sibuk nak cerita kisah cikgu cubit dia itu.


"Hmmm.... cuba setiap hari, Aqil ambil buku cerita dan salin satu dua perenggan cerita tu  dalam buku tulis.
Tulis hari-hari sampai tulisan Aqil jadi cantik barulah nanti cikgu tak marah."
pesan saya bagai cuba memupuk semangat baru dalam diri Aqil.
Spontan waktu itu juga, Aqil ambil buku tulis dan mula tulis. Saya dari tadi melihat, dia tulis dia padam, tulis lagi padam lagi. Hmmm... bilalah nak siap tulis. Dia pun tahu tulisan dia buruk kut.
Anak ini terus tak konfiden dengan tulisan sendiri. Sedangkan mungkin ada seribu makna tersirat di sebalik tulisan Aqil yang buruk itu.


Ya, Itulah Aqil... anak  bongsu dalam keluarga ini. Memang setakat ini, dia kurang menyerlah dari segi pencapaian akdemiknya  tapi dia sangat prihatin orangnya. Sayang dan ambil berat tentang kucing dan ayam di rumah ini. Sangat suka pula menyibuk hal kakak abang yang lain. Suka serak bilik dan bersungguh rajin pula bila disuruh kemas semula.
Tuhan yang lebih tahu kan... Mungkin ada potensi kelebihan  lain yang bakal  terserlah kemudian harinya.


Tulisan Aqil memang sangat buruk  pada pandangan cikgunya. Oleh kerana, Aqil bersekolah di sekolah luar bandar, cikgu tu pun dah kenal Aqil sejak dari darjah satu lagi. Tahun ni dah darjah 4, tulisannya tetap macam budak pra sekolah. Mungkin cikgu pun dah naik menyampah tengok buku  Aqil.
Hi.. Hi.. Sebab tu kut cikgu cubit.


Harap-harap tahun 2019 ini, kita yang bergelar pendidik ini cubalah ubah satu sikap biasa kita.
Suka membandingkan dan melebihkan kanak-kanak tertentu. Kekadang cikgu tak perasan yang cikgu hanya suka, hanya fokus pada murid yang pandai akademik jer. Yang tak pandai tu....apa cerita??
Adakah kita  patut nafikan hak  anak didik  kita tanpa melihat kelebihan  mereka dari sudut  yang lain.


Ayuh rakan  pendidik..
Adillah kepada kanak-kanak.
Kita yang perlu mengubah sikap kita sendiri.


Catatan;
#Norazura
Personel Kemahiran, Jurulatih & Fasilitator
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

No comments:

Post a Comment