Pages

Sunday, 24 February 2019

Kepentingan pemeriksaan Fizikal kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Koleksi Peribadi


Kepentingan pemeriksaan Fizikal kanak-kanak di TASKA

Baru-baru ini, semasa sesi sharing saya dengan bakal-bakal pengusaha TASKA, saya dah sebut betapa pentingnya pemeriksaan fizikal kanak-kanak  dijalankan acapkali menerima kedatangan kanak-kanak ke TASKA.


Tugasan menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak turut menjadi antara unit kompetensi yang utama di dalam modul persijilan kemahiran Malaysia di pusat bertauliah penuh. Inilah yang selalu saya tekankan kepada para pelajar saya.

Jangan lupa, periksa fizikal dan kesihatan  kanak-kanak mengikut SOP yang dinyatakan. Hal ini sangat penting namun aspek inilah yang selalu diabaikan oleh para pengasuh di TASKA.
Mengapa?
Sebab, ketika di TASKA ibu bapa nak cepat. Pengasuh pun nak cepat hingga lupa nak buat tugasan yang sangat penting di TASKA ini - Menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak di TASKA


Tengok....!
Bila berlaku kematian di TASKA, tak pasal-pasal , bulat-bulat kesalahan diletakkan di bahu pengasuh semata. Memang semasa anak dihantar ke TASKA, dia sihat wa'afiat sahaja. Namun..., siapa tahu, kesan kecederaan dalaman yang mungkin dialami oleh seseorang kanak-kanak, kekadang akan kelihatan kesannya setelah beberapa waktu.


Jadi..
Tolonglah...
Saya tahu, ramai pengasuh mempunyai niat yang baik membantu memudahkan tugas ibu bapa yang perlu keluar meninggalkan anak untuk bekerja. Dah macam-macam kursus diikuti demi memastikan kualiti pengasuhan yang terbaik. Takkan niat pengasuh semata untuk membunuh jiwa seorang insan kecil begitu sahaja.


Maka..
Kenalah adil juga kepada para pengasuh ini.


Para pengasuh pula, tolonglah ingat... tatkala anak datang ke TASKA, ..lakukan perkara ini:

Periksa suhu badan kanak-kanak. Jangan terima anak ke TASKA, jika dia demam apatah lagi jika dia dijangkiti penyakit berjangkit atau kronik. TASKA atau rumah pengasuh bukannya klinik. Pengasuh pun bukannya seorang jururawat.

Periksa keseluruhan badan anak. Lihat betul-betul jika terdapat sebarang tanda diragui atau lebam atau sesuatu yang pelik pada anggota fizikal anak. Jika ada, tanya pada ibu bapa dan catatkan apa yang dimaklumkan oleh ibu bapa. Ambil gambar sebagai bukti.

Tanya pada ibu bapa, bila kali terakhir anak diberi susu. Sudahkah disendawakan.? Catakan kenyataan ibu bapa.

Tanya juga.. adakah anak tidur dalam buaian ketika di rumah. Pukul berapa dikeluarkan dari buaian?, Catatkan kenyataan ibu bapa jika ya.

Tanya dan tolong pastikan, adakah anak ada terjatuh ketika di rumah. Minta ibu bapa berkata benar demi untuk keselamatan anaknya juga, tak kira lah jatuh bagaimanapun, catatkan jika ada.

Tanya adakah anak demam sebelum di hantar ke TASKA. Kekadang ada anak demam sebelah malam dan sihat bila wakti siang. Pastikan.

Adakah anak berkelakuan pelik sebelum di hantar ke TASKA.
Mohon pastikan juga.

Kesimpulannya..
Tanya dan pastikan keadaan fizikal dan kesihatan anak sebaiknya. Catatkan semua kenyataan di dalam rekod yang disediakan di TASKA.


Sesungguhnya..
Kita hanya merancang tapi ALLAH lah yang menentukan segalanya. Doakan selalu yang baik-baik untuk semua anak-anak yang dijaga di TASKA. Apa jua yang berlaku, ALLAH jua yang Maha mengetahuinya. Sekurang-kurangnya lihatlah.. bahawa pengasuh telah cuba memberi yang terbaik. Kecualilah jika ada pengasuh yang memang berniat tidak baik, Allah lah jua sebaik-baik pembalasnya.



Untuk para ibu bapa pula, oleh kerana banyaknya kedengaran cerita kurang enak tentang anak yang di hantar ke premis tertentu untuk dijaga. Makanya, jika bercadang menghantar anak ke TASKA atau mana-mana institusi asuhan, ibu bapa perlulah betul-betul buat survey lebih awal. Tengok dan pastikan, adakah premis tersebut berdaftar, lihat siapa dan keterampilan pengusahanya, selidik siapa pendidik@pengasuhnya, adakah pengasuh2 ini telah mengikuti kursus wajib.
Tidak cukup telah ada kursus sahaja..
Adakah mereka pengasuh yang berkemahiran?
Adakah telah dijamin kesihatan fizikal dan mental para pengasuh ini.
Lihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan, apakah konsep yang diterapkan dalam modul aktiviti di TASKA.
Tentunya mesti...
Pastikan ada konsep bermain di TASKA. Lihat ruang-ruang aktiviti bermain dan peralatan serta bahan yang disediakan. Adakah semua yang disediakan dapat membantu menggalakkan perkembangan menyeluruh anak-anak.
Pastikan tahap keselamatan dan kebersihan di TASKA yang ingin di pilih.
dan.. banyak lah lagi aspek yang perlu ditelusi sebaiknya.
Makanya..
Jangan hanya cari TASKA yang murah atau yang dekat dengan rumah anda sahaja tanpa menepati aspek-aspek TASKA @premis asuhan berkualiti yang dinyatakan di atas.
Ingat ya, TASKA adalah rumah kedua anak-anak. Masa dan tempoh anak di TASKA sangatlah panjang berbanding dengan anak dijaga di rumah oleh ibu bapa.


Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan pihak TASKA, kerjasama keduanya, sangat membantu pihak TASKA dalam melaksananakan amanahnya memberi didikan dan asuhan yang terbaik kepada anak anak. Bila TASKA nak jalankan pemeriksaaan fizikal ke atas, mohonlah beri kerjasama yang sebaiknya.


Mustahil untuk mencari TASKA yang sempurna segalanya, kerana didikan dan asuhan paling hebat dan tersempurna adalah di tangan ibu bapa sendiri.

Sekian. 


No comments:

Post a Comment