Pages

Monday, 22 July 2019

TASKA, tak susah pun!

Oleh : Nor Azura Ismail


Nak jalankan sebuah TASKA yang professional?

Nak buka TASKA ?

Alaaa, TASKA jer pun, bukan susah sangat!  tak susah pun!!

Tapi, yang sedang mengoperasikan bisnes dan perkhidmatan TASKA tu, apa yang selalunya pihak pengurusan terlepas pandang?

Apa yang selalunya TASKA lupa nak ambil perhatian?

Ya...

TASKA tidak menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap kanak-kanak di awal pagi dan juga ketika waktu kanak-kanak nak balik.

Cikgu tidak menyediakan rancangan mengajar yang baik dan kreatif, bahkan kekadang tiada  rancangan mengajar pun..!


Ada buku log harian kanak-kanak, tapi cara menulisnya, alahaaii..membosankan dan tak menarik pun untuk dibaca. Serius, masih ramai pengasuh@pendidik TASKA tidak tahu cara menulis buku log harian kanak-kanak dengan betul.

Pengurusan TASKA tidak menyediakan Panduan SOP bagi semua tugasan rutin kanakkanak di TASKA. Kalau ada, kan bagus, bolehlah cikgu-cikgu jadikan ia sebagai panduan dalam melaksanakan tugas di TASKA mengikut  cara dan peraturan yang betul.


Sistem perekodan di TASKA? Hmmm... memang  tonggang terbaliklah tu.

Allahu..
Nak buka TASKA, nak kerja di TASKA, masih banyak yang perlu kita mahirkan dan kita tahu.
Belajar dan terus belajar !

Buka TASKA, kerja di TASKA, tak susah pun, yang penting kena ada ilmu dan kemahiran.

OK.


Sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ataupun kekeluargaan , silalah hubungi saya kerana pasti saya akan cuba membantu anda.

Hasil dari kesemua pengalaman saya, saya juga tawarkan produk EBOOK  dan perkhidmatan  berikut kepada anda yang berminat dan memerlukannya.




Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30






RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28



PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





** EBOOK Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642



Jom buka TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com





Jom buka TASKA!


Ramai yang terfikir nak mulakan bisnes TASKA. Adakah anda salah seorang darinya.?

Anda teringin nak mulakan  TASKA Rumah atau  TASKA Institusi.
'Its really good!'

Tapi, bagaimana caranya? Apa prosedur dan syaratnya?

Ok ker bisnes TASKA ni?

Selain dari berbisnes, operasi TASKA juga merupakan suatu medan kemudahan yang utama dalam membantu mengasuh, menjaga dan mendidik anak-anak tatkala ibu bapa keluar bekerja.
InsyAllah, melimpah ruah pahala institusi TASKA ini.
Kan...


Jadi, nak jalankan bisnes ini, mula-mula nak buat apa? Pertamanaya mesti tetapkan matlamat dan objektif dalam minda anda, kenalpasti kenapa dan untuk apa anda buat bisnes ini. Kemudian cuba 'visualise' atau gambarkan TASKA idaman anda-TASKA yang gah cantik berdiri.
Ya.. Anda mampu menjadi pengusaha TASKA yang terhebat.


Saya dapat ilmu ni, jika naka dapatkan sesuatu , kita gambarkan dulu. Nah! insyallah .. itu yang bakal menggerakkan tindakan kita seterusnya.

Kemudiannya lagi, seterusnya ambil tindakan yang perlu. Sesuatu itu tidak akan menjadi kenyataan jika tiada usaha dan tindakan padu ke arahnya. Jadi,  langkah seterusnya lagi, cubalah hadiri bengkel atau kursus berkaitan.


Usaha dan terus usaha.
Jika gagal, usaha lebih lagi kerana kegagalan itu akan lebih menajamkan idea, pengalaman dan kreativiti serta semangat kita untuk terus ke depan.
Jom..., sebagai langkah awal, boleh join bengkel saya yang limit kepada 10 - 12 orang sahaja ini.
(saya buat bengkel based on permintaan)


BENGKEL MULA BISNES TASKA.
Tarikh : 29 September   2019
Tempat :Bangi/Kajang
Yuran :RM 150.
Ada sijil dan percuma ebook saya.
Hubungi saya 0167235080 untuk daftar nama yer.


Catatan,
NORAZURA

Amalan ziarah orang sakit


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah perkongsian ibrah kita hari ini? Ya, cer kita intai amalan ziarah orang sakit. Apa ibrahnya.
Mudahan dengan berziarah ini, dapat juga menginsafi diri kita yang sedang diberi nikmat sihat ini.

Tengahari tadi usai 'lunch hour' di ofis, saya berkesempatan ziarah orang sakit. Ibu kepada salah seorang staff di tempat kerja saya.

Dikhabarkan sebelum itu, ibunya sakit dan sukar untuk bangun. Hanya berbaring lesu di atas katil pesakit. Dipakaikan lampin pakai buang tapi dah melecet di semua bahagian berkaitan. Sakitnya bercampur-campur, telah tiada daya dan kekuatan lagi. Hanya mengharap kudrat belas anak-anak.
Kesian...


Patutlah Islam menganjurkan kita ziarah orang sakit. Mungkin asbab dari itu bakal terlahir rasa insaf.


Amalan menziarahi orang sakit adalah hak yang mesti ditunaikan buat orang yang sihat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)​

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada lima perkara yang barang siapa melakukan salah satu daripadanya, ia akan menjadi jaminan terhadap Allah iaitu sesiapa yang menziarahi orang sakit atau keluar mengikuti jenazah, atau pergi untuk berperang atau mengiringi imam yang ingin​ men-hina atau mencederaka-nya atau berdiam di rumah sehingga orang ramai terselamat daripada kejahatannya dan dia sendiri juga selamat daripada kejahatan mereka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Masya-Allah, seumpamanya diri saya...
tersentuh juga naluri hati saya yang melihat. Saya tahan rasa kelopak airmata yang ingin membasahi. Si ibu yang terlantar ditatang dijaga sepenuh hati.

Seketika saya melihat wajah anak-anak si ibu seolah berseri-seri dalam rahmat Allah. Sangat bertuah sang ibu itu memiliki anak-anak perempuan yang tabah menyantuni sang ibu yang sakit. Baik sahaja mereka berbincang mencari solusi tentang ibunya. Si ibu yang bukan sahaja sakit, katanya akhir-akhir ini dah mula pula buat pelbagai kerenah. Selalu juga menguji kesabaran anak-anak. Namun setia sahaja mereka menghadapinya.
"Ngah, angah mana..?
Suara si ibu tenggelam timbul memanggil anaknya perlahan. Tangannya mengapai ingin dipegang mungkin.


Cepat sahaja si angah datang menghampiri ibunya. Tangan sang ibu dipegang seolah mengerti hasrat si ibu. Badannya direndahkan ke tempat si ibu berbaring. Telinganya dirapatkan ke ibunya, ingin mengamati apa yang ingin dicakapkan oleh sang ibu.


Saya tak kenal rapat dengan keluarga ini, dan tentunya saya bukan duduk melihat bagaimana mereka adik beradik menyantuni si ibu yang sakit dan sering merenggek laksana anak kecil itu. Tapi sekilas memandang, setaut rasa saya melihat jutaan keikhlasan di hati adik beradik yang bergilir menjaga si ibu itu tanpa jemu. Teingat arwah ibu saya.  Terkenang arwah mak mertua saya. Keduanya pun memberi peluang pahala untuk direbut oleh anak-anak tika mereka sakit.
Masya-Allah, saya terkedu..! rasanya sedikit sangat bakti saya buat kedua-dua insan ini. Otak saya bercelaru memikir cerita lalu.


Benarlah kan...
Anak-anak mana yang akan tulus menjaga kita kita kelak tika tiba saat kita tidak berdaya nanti!
Adakah anak-anak yang berpangkat dan kaya itu.  Atau anak-anak yang kita sanjung-sanjung kepandaiannya. Atau anak-anak yang berkira kira menjaga kita sambil menghitung-hitung pula mengharapkan balasan harta dunia kita dek kerana menjaga kita. Atau anak-anak yang tulus ikhlas soleh solehah suci murni bersih hatinya dalam menitipkan kasih sayang buat insan bergelar ibu itu.

Wahai Tuhan, kurniakan segala kebaikan kepada hati kami dan hati anak-anak kami.
Al fatihah, buat kedua dua mak saya, semoga tenang abadi di alam sana.

Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator

Kursus Asas Asuhan bayi dan kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Alhamdullillah,
Baru-baru ini saya mendapat undangan menjadi Jurulatih jemputan untuk program BAKAT Tentera. Ya, mereka telah merancang sekian lamanya untuk mengadakan kursus berkaitan asuhan kanak-kanak kepada warga ahli BAKAT. Rupanya ramai ahli BAKAT tentera ini yang terdiri dari para isteri  tentera ada mengasuh anak di rumah. Pendek kata mereka merupakan pengasuh di rumah, tetapi ramai yang tidak peka kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan jika nak mengasuh anak orang.


Jadi, saya berkesempatan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama mereka.

Apa yang saya kongsikan dalam program ini?

Antaranya ialah tentang potensi pengasuhan dalam industri ini, kaedah dan SOP rutin menggendalikan bayi dan juga berkaitan perancangan aktiviti perkembangan kanak-kanak. Semuanya adalah  ilmu dan kemahiran  yang perlu diaplikasi dalam pengasuhan kanak-kanak.

Insyallah, mereka  boleh jadi pengasuh yang professional selepas ini. Oleh itu, saya turut berkongsi ilmu berkaitan syarat dan pendaftaran TASKA di Rumah.


Kursus Asas Asuhan bayi dan Kanak-Kanak. 
2 siri telah pun berlangsung setakat ini. Rata-ratanya  mendapat sambutan yang menggalakkan. Ya, mereka sangat  teruja untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran asuhan ini.


Usai selesai mengendalikan Kursus asuhan bayi dan kanak-kanak anjuran BAKAT  baru-baru  ini, sesi bual-bual dan minum petang bersama-sama YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan barisan pengerusi jemaah tertinggi BAKAT. 
Semerbak mewangi seisi ruang dewan ini dengan haruman bunga rampai kesukaan Tengku Puteri.


Yang terujanya,  selain saya  diminta duduk dengan group VVIP ini, saya  juga teruja tengok betapa tingginya minat dan pengharapan VVIP ini dalam memajukan industri pengasuhan terutamanya di kalangan ahli BAKAT sendiri. Terbaiklah Tengku Puteri, Puan Sri dan Datin-Datin semua.
Saya  mengukir senyuman berbunga jer lah.


Alhamdullillah...
InsyAllah,  kita tunggu next kursus kendalian saya. 

Jom , kita terus belajar,

Kemahiran Pengasuhan dan Pendidikan awal kanak-kanak, sangat penting tau!

Ada yang nak menjemput saya?

NORAZURA
0167235080






Sunday, 21 July 2019

Kecederaan di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Saya tidak menguruskan TASKA TADIKA lagi tapi sebagai seorang yang suka berkongsi dan aktif menyelami industri ini, saya selalu juga terima keluhan dan aduan dari ibu bapa.

Ada yang whattapp, ada yang hantar emel pada saya. Baru-baru ini , ada ibu bapa kepada
 seorang bayi umur 10 bulan, dia tunjuk gambar baby dia penuh dengan bengkak-bengkak kecil di badan. Macam kena gigit sesuatu. Katanya selalu begitu.

What to say.., baby 10 bulan tu.

Katanya, selalu juga bayinya ada kesan-kesan bengkak di badan. Bila tanya pihak TASKA, jawapannya tidak perasan. Mungkin betul kena cubit dan kena gigit dengan kanak-kanak lain. Tentu yang gigit tu adalah anak umur setahun ke atas.

Saya lupa nak tanya, baby di TASKA anaknya itu, tidak diasingkan bilik bayi dengan ruang aktiviti kanak-kanak lain ker? Macamana boleh bayi dijaga bersama kanak-kanak lain?
Susah saya nak komen lebih sebab tak berapa jelas gambaran sebenarnya. Parents tu nak bawa anaknya jumpa doktor dulu. Saya nasihatkannya kalau rasa perlu, boleh buat aduan terus ke JKM atas sebab kecuaian penjagaan di TASKA.


Kes gigit dan cubit ni memang biasa berlaku di TASKA apatah lagi dalam usia tertentu terutama diperingkat umur 1, 2, mungkin hingga 3 tahun, anak-anak memang suka mencubit dan menggigit.
Pengasuh kenalah peka. Ni bila ditanya, asyik angkat bahu tanda tidak tahu. Berbincang selalu dengan ibu bapa. Sebolehnya pengasuh berjaga sepenuhnya agar tiada kejadian seperti itu. Tapi saya tahu, bab menggigit ni,  kekadang spontan jer berlaku.

Tengok tengok anak dah nangis kena gigit. Nampaknya parents yang buat aduan pada saya tu sangat kesal sebab dah banyak kali berlaku perkara ini.
Ada yang nak bagi pandangan?


Norazura

Kita boleh jadi hebat!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Kita boleh jadi hebat!

Boleh kah?
Mudahkah?
InsyAllah, segalanya boleh, andai kita mempunyai tindakan.

Saya baru membaca sebuah buku ni. tajuknya memang best dan kalau saya, memang boleh terinspirasi dengan penulisannya.

Tajuk buku :
From Cleaner to Winner

Hebat orang dalam buku ini, si penulis buku ini sendiri. Kisah penuh inspirasi, kisah benar dalam hidup si penulis yang satu persatu kesusahan telah dilalui.

Now.. she is a winner!

Dia asalnya hanya seorang cleaner@tukang cuci di pejabat tetapi Masya-Allah jangan terperanjat, dia kini mampu menjana pendapatan berbelas ribu ringgit hingga mencecah lebih 20k sebulan dengan hanya menjual kuih kapit selepas waktu bekerjanya sebagai cleaner. Yakin segalanya boleh, tiada yang mustahil jika kita berusaha lagi bertawakal.

Apa rahsianya?
What is so special about her, this cleaner?

Saya dengar si diri penulis sendiri bercerita bahawa melalui pengalamannya bekerja sebagai cleaner, dia belajar banyak perkara positif dalam kehidupannya. Dia belajar menghayati maksud kebersihan dan mengapa persekitaran wajib dibersihkan dengan betul. Bukan asal boleh jer.

Alaaa, dia hanya cleaner jer tapi cleaner ini bukan sebarang cleaner,  bahkan dia sentiasa fokus dan bersungguh bekerja tanpa rasa malu tanpa rasa rendah diri. Sedangkan sebelum jadi cleaner dia mempunyai pengalaman juga bekerja sebagai receptionist. Tentu berbezakan kerja receptionist dan cleaner.
Rupanya....

To be a good cleaner... she always try to learn about new things.

Walaupun hanya buat kerja-kerja mencuci, dia pastikan dia tahu setiap objektif kerja pencucian yang dilakukannya. Kerana itu, dia aplikasikan konsep kerjanya dalam kerja sampingannya yang lain iaitu sebagai seller@kini stokis kuih kapit.

Kalau nak tahu macamana si cleaner ini mampu menjana pendapatan hebat sebagai seller kuih kapit, hah cari dan baca sendirilah buku tu.

Kita boleh jadi hebat!

Apa yang saya nak simpulkan ialau walau apa jua bidang pekerjaan kita, samada kita sekadar kerja pengasuh TASKA atau cikgu TADIKA maupun kita sekadar office boy di office, apatah lagi jika kita berjawatan lebih hebat dari ini. Kalau kita fokus dan buat betul-betul setiap kerja yang diamanahkan oleh majikan, insyaAllah kita pasti dapat meraih pengalaman bermakna. Lalu kemudiannya kita bakal pula melakar satu kejayaan dalam dalam apa jua kerjaya yang kita ceburi nanti. 

Sebaliknya kalau kerja kita pun selalu lemau, cincai-cincai, tidak fokus, tidak berdisplin dan tiada objektif tepat yang ingin dicapai. Hmmmm...., memang kat takat situlah tahap kepandaian@ kemahiran kita forever.
Jangan harap majikan nak salute dengan kita. Jangan mimpi kita mampu upgrade diri kita sendiri. Poning jer sebenarnya ada pekerja lemau seperti itu tetapi apa boleh buat, kekadang majikan pun tidak punya pilihan.
Hadap jer lah pekerja itu dengan hati yang selalu merintih lemah.
Akhirnya selalu juga sang majikan terpaksa menjadi lilin panas membakar diri sendiri😭😭

Ingat yer, kita boleh jadi hebat! asal sahaja kita bertindak segera ke arahnya.

Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sportingnya ibu bapa, Ibu bapa tak kesah pun!

Wahai ibu bapa, jangan dekatkan anak dengan zina!
********
Cuba cari dalam Al-Ouran banyaknya ayat yang merujuk kepada larangan zina. Sangat Allah melaknati perzinaan ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.



Justeru, andai ibu bapa sekalian mempunyai anak-anak yang kian meningkat remaja.
Jauhi mereka dari muqadimah zina. Hindari unsur-unsur zina. Jangan sesekali biarkan mereka  cuba dekati zina atau terdedah dengan mudahnya kepada awal-awal zina. 

Peliharalah anak-anak lelaki dan perempuan kita dari awal-awal bicara zina.  Zina dan muqadimahnya membawa kemudaratan dalam kehidupan insan.

Saya dan dunia persekitaran saya yang sering dikelilingi oleh anak-anak sendiri , anak-anak rakan taulan hatta para pelajar saya yang kian meningkat dewasa.  Saya melihat anak-anak muda dan remaja di persekitaran saya dengan sedikit kerisauan. Kekadang sedih. Ada kalanya, pedih juga hati melihatnya.

Terkesima tatkala ada  ibu bapa yang rupanya antara pemberi sokongan terkuat untuk anak menghampiri zina tanpa disedari. Ibu bapa sporting era ini? Tanpa disedari...

Apa sahaja anak nak, kita bagi. Nak smartphone, kita bagi. Nak kebebasan melayari dunia tanpa sempadan, ok jer. Nak kereta, nak motor.. oohh, kita mampu belikan!.
Nak berkawan tanpa had mahram, nak dating sampai ke malam, silakan.
Nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kita pantau??
Aduhaii, sportingnya ibu bapa.

Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!
Tidak bimbangkah melihat mereka, anak-anak kita itu?

Tadi, saya mendengar perbualan sekumpulan remaja. Dalam mereka berbual, terlihat kepulan asap bertebaran di ruang tempat mereka berkumpul itu. . Aduhai, ada antara mereka terang-terang menghayati asap vape tanpa rasa bersalah. Muda sangat umur mereka itu, di awal belasan tahun. Kemudiannya terdengar juga bicara mereka tentang awek.

Aduhaii.. sekolah lagi dah hisap rokok@vape.
Aduhai..sekolah lagi, sudah berbicara tentang makwe.
Alahai....budak-budak sekolah semuanya.
Bimbang berdesing di hati..
Hah itu anak orang lain, bagaimana jika itu anak kita sendiri?

Teringat pula baru-baru ini , salah seorang pelajar yang saya kenali, hantar status dalam whatapp nya, sedang bergambar dengan seorang remaja perempuan di atas katil. Bangga sungguh tayang gambar.
Bila di tanya, kat mana ni,  rupanya dalam bilik tidurnya di rumahnya sendiri, di mana ibu bapa turut ada dalam rumah.
Allahu... Ibu bapa zaman ini ibu bapa sportinglah konon.
Tidak bimbangkah??
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Cuba tengok aurat anak anak perempuan kita. Bertudung singkat. Berbaju senteng, berseluar ketat, menonjol di bahagian -bahagian tertentu, tak kisah di pegang-pegang, murahnya maruah diri...
mudah sahaja dijenjeng sana sini.
Adakah kita yang merelakan? Kita ibu bapa  biarkan sahaja?
Kenapa tak marah?
Kenapa tak tegur?
Kenapa tak bimbing?
Kenapa tak jauhkan?
MasyaAllah, justeru itu tidak hairanlah ramainya terdengar kisah bayi terbuang sana sini lantaran hasil perzinaan.

Salah siapa?

Teringat lagi satu cerita lain, saya pernah kendalikan kisah seorang pelajar yang terlanjur dengan beberapa lelaki yang akhirnya tak tahu benih siapa yang dikandungnya.Sangat menakutkan, anak perempuan yang ditatang bagai emas selama ini akhirnya membuat onar.  Sebabnya, mudah sangat di ajak keluar dan di ajak mencuba. Ibu bapa pula memberi sepenuh kepercayaan.


Aduhaiii...
Tiada guna lagi tangisan ibu yang menyesali kisah tragis itu sedang si anak rilek jer.
Aduhai ibu...
Aduhai bapa..
Anak-anak itu amanah kita, bakal di tanya Allah nanti akan peranan kita sebagai ibu bapa@penjaga.

Telahkah kita bentuk asas imannya, beri dia bimbingan. Tunjukkan dia jalan yang benar.Pantau siapa kawannya. Kawal aktivitinya. Prihatin di mana dia berada.  Tidak sesekali mendedahkan dia kepada sebarang bentuk awal-awal zina.

Atau kita yang rasa bangga.Anak dara kita bergaya moden. Anak dara kita dijenjeng sana sini oleh sang lelaki yang tak keruan.

Lupa kut!  Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik-baik sahaja. Perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik juga. Lalu, kitalah rupanya yang menjerumuskan anak kita ke arah kekhilafan dunia, tanpa kita sedari.
Sportingnya kita, tak takutkah kita kepada amarah Allah?? 😪😪
Fikir...
Tolong...
Hidup yang sekali usah dibazirkan dengan dosa.
Ibu bapa, jangan dekatkan anak kepada zina!


Catatan,
Norazura
Trainer & Fasilitator

Didik anak berdikari!

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Percaya tak?
Saya tidak  pernah belikan anak-anak handphone, game atau gadget seumpamanya. Apatah lagi untuk belikan mereka motosikal atau kereta. Yang saya adakan ialah keperluan utama mereka sahaja.

Sedari kecil, saya tidak  mewahkan mereka. Kami sentiasa bersederhana. Tidak  semua yang diingini, diperolehi semudah tiupan angin. Saya didik anak berdikari.

They have to know this!..
Huishhh.. kedekutnya saya!

Tapi Alhamdullillah, kini... jika anak-anak saya hendak  memiliki aset di atas, mereka tahu untuk usaha dan atas kesungguhan mereka sendiri. Mereka pandai simpan duit dan bila-bila ada kelapangan seperti cuti semester panjang, anak-anak ini pasti akan cari kerja-kerja part time. Sedang ketika masih belajar pun, mereka pandai cari duit.

Ajar tuisyen lah, jadi tutor ke rumah oranglah, kerja kedai makanlah dan ahh.. panjang jer lah akal mereka untuk cari duit poket yang halal. Semua yang mereka dapat,  bukan untuk bagi pada saya atau untuk tambah pendapatan keluarga tetapi cukuplah buat mengisi poket mereka sendiri.
Saya tak mintak pun.

Mereka beli apa yang ingini dengan usaha sendiri, tentu mereka pasti lebih menginsafi lagi memahami setiap titik peluh keringat yang mengalir demi untuk dapatkan duit.

Hmmm.. Begitulah penatnya ibu dan bapa bekerja buat membesarkan anak-anak

Justeru itu, mereka beli aset guna duit usaha mereka sendiri..  Saya tolong top up sahaja. Bukan tak boleh nak belikan, tapi nak bagi mereka pandai berdikari dan menyelami kehidupan.

Agar mereka sedar,  bukan semudah itu nak menjadi senang. Jika semua parents adakan;
Minta itu, dapat,  nak itu diberi. Petik jari jer, bergegas parents belikan. 

Hmmm....anak-anak tu sudah besar. Bilanya nak merasa cabaran dalam ranjau rezeki kehidupan ini. Tolong didik anak berdikari. 

Alhamdullillah..
Mudahan mereka bakal menjadi insan yang lebih menghargai segalanya. Kehidupan adalah suatu realiti pembelajaran.


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !



Lama sudah tak sembang tentang Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) - Sijil Kemahiran Malaysia. secara pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT) ni. ( SKM-PPT) dalam bidang Pendidikan Awal kanak-kanak. 


Tadi ada kawan tanya tentang SKM ni. Semalam pun ada pegawai kerajaan intai-intai saya, nak tanya tentang SKM ni. Minggu lepas, kawan baru saya seronok kata nak kumpul kawan-kawan untuk mohon SKM PPT ni.

Buka whatapp, ehhh!!  ... Ada orang kata, dah lama dengar SKM PPT ini, tetapi tidak tahu bagaimana  hendak memohon pengiktirafan ini.  Hari tu. ada pula orang cerita dengan saya, dia dah mohon SKM dalam group besar, pastu...  senyap jer.
Tadi pula... buka emel, orang tu pun maklumkan dia jumpa info SKM dalam. blogspot saya,
jadinya, dia nak tahu lebih lanjut.


Tahukah tuan puan, SKM ini ada juga dijalankan secara sepenuh masa di pusat latihan seluruh negeri yang diiktiraf oleh agensi berkaitan. Jika SKM secara sepenuh masa bermakna , pelatihnya akan mengikuti kelas teori dan amali secara penuh sepanjang berada di pusat latihan. Yuran ? Hah, memamg adalah yuran latihan yang dikenakan, dalam beberapa ribu juga. Tempoh pun agak panjang juga. Sesuailah dengan bekal pelatihnya yang memang kosong pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.


Jadi, kepada mereka yang telah agak lama berkecimpung dalam industri ini, untuk dapatkan SKM , tak perlulah ikut kelas@ program sepenuh masa ini. Dapatkan sahaja persijilan ini secara pengiktiran melalui pencapaian pengalaman kita yang terdahulu.  Calon-calon sangat perlu mengemukan bukti kukuh tentang pengalaman berkaitan, bukan bukti tipu-tipu yer.


Saya ada sahaja  calon-calon yang sedang memohon SKM di bawah bimbingan saya tapi saya memang tapis calon-calon itu dan hanya pastikan yang benar-benar layak dan berkualiti jer yang memohon.
Ehh....awak personel yang cerewet ker??


Ehhh.. Saya kan personel Kemahiran yang evergreen dan tegar, maka menjadi tanggungjawab sayalah untuk memastikan kualiti persijilan SKM ini. Tak mahulah asal boleh jer.

Lagipun....
Saya yang menjalankan program persijilan SKM secara sepenuh masa ni., sangat tahulah perit dan mencabarnya sehinggalah seseorang pelajar sepenuh masa mampu dipersijilkan.
Tak kan SKM PPT nak dipermudah-mudahkan jer? Kalau ke tahap Diploma Kemahiran , lebih-lebih lagi lah. Tak kan mudahnya mengapai sesuatu yang tidak difahami secara jelasnya.

Hmmm...
Usah kata calon, nak jadi personel kemahiran ni pun banyak ler cabarannya. Ada orang suka. Ramai juga yang kurang senang. Pegawai Penilai lah kata kan...
😜😜


Matlamat saya!
Paling penting ialah untuk bersama menjaga kualiti persijilan ini.


Apa itu SKM?
Ni antara soalan cepu emas yang saya selalu tanya pada calon dan sangat terkejut bila ada juga yang tak tahu apa itu SKM, apa itu PPT dan kenapa mereka memohon persijilan ini.
Mana tak haru hati dan perasaan saya😭😭😭


Jadi, kut ada yang nak dapatkan SKM, pastikan dapat info yang terang dan jelas yer.

Ok..
Dah mempunyai pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang?
SKM mampu mengiktiraf pengalaman anda itu.
InsyAllah.


Sijil Kemahran Malaysia Pendidikan Awal Kanak-Kanak , suatu pengiktirafan !
Hubungi saya di 0167235080 atau emel sahaja untuk maklumat lanjut.


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran

Bina hubungan dengan ibu bapa

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Bina 'Rapport'! - Bina hubungan dengan ibu bapa

Masa first time saya dengar perkataan Rapport ni pun, mengaru juga kepala saya memahaminya..
Teringat semalam,  Kebetulan ada parents nak daftar anaknya belajar program kemahiran Pendidikan Awal kanak-kanak di kolej tempat saya bekerja.  Banyak betul persoalan yang dia nak tahu. Semuanya kelihatan masih samar-samar.


Saya pun dijemput mengadap parents itu. Biasalah tu kan, sudah menjadi   sebahagian tugas saya sebagai pengurus program kemahiran ini.  Teringat pula dulu-dulu ketika saya uruskan operasi TADIKA dan TASKA, memang inilah kerja rutin saya.
'Deal with parents'


Parents nak daftar anak, saya kena 'explain' dan pastikan 'close deal'. Parents nak buat aduan, pun kita juga yang kena hadap, walau merah padam muka kita kena sindir, kena perli kena marah dek kerana amukan perasaan parents. Pastikan 'settle case'. 


Haih...pengurus@pengusaha dengan ibu bapa ibarat lagu dan irama, tidak  boleh dipisahkan. Mesti senada, seirama, mesti sehaluan, mesti boleh duduk dalam kotak fikiran yang sama. Kalau tidak, alamatnya akan terjadilah 'breakdown' communication', silap-silap boleh meletus perang suara dan emosi.


Jadinya, jika anda berada di posisi yang perlu berhadapan dengan parents ataupun 'client', sediakan diri dengan ilmu yang mantap, kemahiran berbicara yang positif lagi berkesan. Sebelum itu.. pastikan anda tahu bagaimana membina 'Rapport'
Apa pulak benda ni yer??


'Rapport' adalah jambatan untuk kita mula membina hubungan baik dengan seseorang.
Bina 'instant Rapport' yakni secara segera kita wujudkan hubungan baik dengan orang yang kita jumpa apatah lagi jika baru 'first time' jumpa. Belajar wujudkan keselesaan dan dapatkan kepercayaan orang itu terhadap kita.
Camner pulak nak buat tu??


Cuba seminima mungkin. untuk sama dengan 'client' kita. Cer fikirkan kesamaannya. Mungkin dari segi bercakap, pastikan topik anda boleh masuk dalam fikiran dia. Jaga gaya tubuh. Jadi pendengar setia
Wujudkan rasa harmoni. Tanpa disedari, kemudiannya tetiba jer client itu suka borak dan rasa selesa duduk dengan kita, seolah macam dah lama kenal pulak. Ketika itu juga kan, kita cerita apa juga insyAllah dia ok jer dengan kita.
'mission complete'


Kenapa orang boleh percaya atau terinspirasi?
Cuba lah guna tip 'Rapport' ini dengan lebih kreatif.


Kepada para pengusaha atau pendidik di TASKA TADIKA, hubungan yang baik dengan ibu bapa merupakan antara aspek yang penting dalam membantu perkembangan pembelajaran anak-anak di TASKA TADIKA. Ibu bapa yang selesa dengan TASKA TADIKA akan sentiasa mempunyai tanggapan yang selesa terhadapa apa jua aktiviti atau program yang dilaksanakan. Secara tidak langsung, melalui rapport dan hubungan baik ini, dapat menjamin kestabilan emosi yang berpanjangan antara kedua-dua pihak.

Penting ni tau!
hanya mereka yang bergelumang dengan operasi TASKA TADIKA sahaja yang tahu !


Catatan,
#Norazura
Trainer & Fasilitator
Personel Kemahiran.