Pages

Friday, 8 November 2019



Oleh : Nor Azura Ismail

Adakah salah kalau kita ada matlamat untuk cari harta kekayaan sebanyak mungkin?
Aku ingin kaya!
Salahkah juga jika kita punya hasrat untuk meraih kejayaan menjadi insan hebat berpengaruh.
Apa... jelekkah matlamat dan hasrat itu??
Adakah cukup kita berkata dengan nada yang lemah...
"Aku berserah kepada tuhan
Ahh.. Cukuplah apa yang ada dalam hidup ku ni, syukurlah selalu walau hidup aku susah"...
sedang kita tiada usaha pun jadi insan yang berjuang, bertindak untuk mengecapi anugerah nikmat bahagia yang bertebaran di atas muka bumi Allah ini.
Benar.., hidup hanya sementara. Tiada yang kekal abadi. Tiada pula apa yang boleh dibawa bersama tatkala mati mendatangi.
Buat apa membina nama dan status??
Jadi....
Perlukah kita terus jadi insan yang lemah, miskin dan sentiasa dipandang rendah.
Allahu....
Allahu...
Yang lemah yang putus asa yang serba kurang itu.. Rugilah ia dalam kenikmatan hidup sementara ini.
Sedang dia tiada sebarang keuzuran.
Lalu..
Kalau kita tidak kaya, bagaimana kita dapat mengeluarkan zakat bagi pembangunan ummah ini?
Kalau kita tiada harta yang banyak, bagaimana mungkin kita boleh berwakaf dan saban waktu bersedekah semudahnya.
Kalau kita tidak kaya, bagaimana agama lain dapat melihat kehebatan kita yang berdiri di atas tiang Islam ini.
Kalau kita tidak kaya, kita terus jua ditindas dari pelbagai aspek.
Lemahnya kita dalam pandangan mereka yang sekian lama telah menjadi bangsa yang kaya lagi hebat.
Ayuh..
Fikir positif!
Perlukah kita pula jadi insan yang hebat?
Masya-Allah, kalau kita tidak hebat, siapakah yang akan bersuara lantang menegakkan yang benar, menghapuskan yang bathil.
Siapakah insan hebat yang mampu mempengaruhi orang lain menuju kemenangan, memberi ilmu dan menyebarkan kecemerlangan.
Siapakah insan hebat yang dapat membangunkan peradapan dunia.
Tidak banggakah kita umat islam digelar umat hebat berpengaruh?
Kalau bukan kita punya kehebatan, apalah lagi yang ada pada kita.
Lemah.. dan terus lemah..
Sentiasa akur atas segala titipan kelemahan.
Sangka kita.. cukuplah ini..
Begitukah??
Justeru, bukakan mata hati dan minda. Bangkitlah menuju kejayaan. Jadikan ia jambatan pula menuju ke negeri akhirat kelak.
Makmurkan kekayaan dan kehebatan ini dalam rahmat tuhan.
Kaya tidak salah.
Menjadi hebat juga tidak pernah pelek.
Berlumba-lumba usaha meraih kejayaan juga bukan suatu dosa.
Asalkan....
Bila kaya.. bila hebat, jangan sesekali kau sombong dan ujud.
Wajib jangan lupa alpa tugasmu sebagai hamba tuhan.
Kerana segalaNYA milik Allah jua.
Biarlah.. bertambah kau kaya lagi hebat, bertambah tunduk dan tawadhuk kepada penciptaMu.
Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk.
Kita tetap insan makhluk Allah yang hebat selalu!


Catatan.
#Norazura

No comments:

Post a Comment