What a great bisnes!!
TASKA TADIKA.
Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Apakah itu TASKA?
Menurut definisi di dalam Akta TASKA 1984 , JKM; menyatakan bahawa TASKA adalah mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.
Jadi..., dah tahu maksudnya"\1,
Mudah kah untuk buka TASKA ini?
Mungkinkah....
Jarang orang nak berfikir panjang tatkala terdetik di hati untuk memulakan bisnes TASKA TADIKA.
Kerana apa? Ya, kerana ia nampak umpama suatu bisnes yang mudah untuk dimulakan tanpa memerlukan kepakaran, pengetahuan atau kemahiran yang kritikal.
Yelah, bab menjaga dan mengasuh anak ni, ramai jer orang yang faham dan boleh buat. Paling tidak, telah ada pun pengalaman menjaga anak sendiri, jaga anak buah atau jaga adik sendiri. Lalu, saban tahun TASKA TADIKA tumbuh mekar ibarat cendawan selepas hujan. Begitu kan..
Maka jadilah ia suatu bisnes yang cepat sekali berputik menjadi pilihan utama untuk dimulakan sebagai bisnes anda. Asal ada modal yang cukup dan tahu langkah-langkah awal untuk memulakakannya seperti sudah cukup untuk meneruskan pelayaran dalam bisnes ini. Sedangkan lautan cabaran dihadapannya, telah kah bersedia untuk diharungi.?
Antaranya..
Cabaran memahami perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak, Pun juga cabaran mengendalikan kerenah parents, cabaran menanggani masalah pekerja, cabaran demi cabaran merentasi alam maya yang semuanya di hujung jari ini. Telahkah siap bekalan senjata anda untuk menghadapinya?
Cabaran memahami perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak, Pun juga cabaran mengendalikan kerenah parents, cabaran menanggani masalah pekerja, cabaran demi cabaran merentasi alam maya yang semuanya di hujung jari ini. Telahkah siap bekalan senjata anda untuk menghadapinya?
Atau..
Adakah anda rasa sedikit sahaja kepayahan dan risiko yang perlu dihadapi?
Adakah anda rasa sedikit sahaja kepayahan dan risiko yang perlu dihadapi?
Allahu...
Mereka yang telah menceburi industri ini dan telah melalui setiap kepayahan itu sahaja yang faham.
Mereka yang telah menceburi industri ini dan telah melalui setiap kepayahan itu sahaja yang faham.
Sedang yang di luar sana, selalu melihat bisnes ini mudah sekali, laluan pantas juga buat meraih pendapatan demi pendapatan. Oh yer.. memang betul ramai jer kawan-kawan saya yang beroleh pendapatan umpph dari bisnes TASKA TADIKA ini. Memang boleh berduit walau tidak hingga menjadi kaya dan jutawan.
Its true!
Namun, adakah anda telah menjenguk rintangan dan cabaran yang acapkali mereka hadap dan tempoh hingga bisnes mereka kekal hingga kini. Mohon ambil tahu! Hari demi hari bila saya duduk bersama para pengusaha yang hebat-hebat ini, ada jer pemasalahan yang sama, tali menali sejak dari dulu lagi.
Selagi minda orang kita tidak mahu berubah....!!
Justeru, bila ada orang tanya pada saya,
'Puan, kenapa puan tidak buka TASKA TADIKA semula?'
Tidak pernah sebenarnya saya menjadi insan yang mengalah.., namun
cukuplah pengalaman yang dulu itu...,
cukuplah pengalaman yang dulu itu...,
Allah Maha Tahu detik hati ini!
Izinkan keinginan saya untuk terus bertebaran lebih jauh dalam industri ini tanpa terikat dengan operasi TASKA TADIKA lagi.
Stop! 😊
Mungkin, saya telah tua otak dan keringat untuk bisnes tersebut😁
Ehh.. tapi saya sangat mengalukan orang-orang muda untuk menceburi bisnes TASKA TADIKA ini.
Cari ilmu dan tambah kemahiran dulu. Seperti yang saya nyatakan tadi, tidak cukup hanya ada keinginan, modal dan kemampuan untuk mengurus. Paling-paling penting anda mesti minat sepenuhnya dan memahami pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbinya.
Faham sepenuhnya!!, apa itu pendidikan awal kepada kanak-kanak?
Adakah..,
Mengasuh dan menemani sahaja?
Mengasuh dan menemani sahaja?
Adakah, perlu pastikan anak-anak pandai dan bijak baca, tulis dan kira.?
Adakah... itu.. ini.., memadai?
Jangan nanti, anda pula yang sama-sama hanyut dalam pemintaan dan jangkauan tinggi ibu bapa masa kini. Jangan nanti anda jaga dan asuh anak orang, namun anda pula yang menjadi penyumbang penderaan emosi kepada anak-anak tanpa anda sedari. Jangan jua anda yang merosakkan perkembangan semulajadi seorang anak.
Kesimpulannya, carilah ilmu yang sebanyak dan secukupnya sebelum anda bergelar usahawan TASKA TADIKA.
For a start, do join me here..
Bengkel Mula Bisnes TASKA.
15 Dis 2019 at Bangi.
15 Dis 2019 at Bangi.
Sila hubungi saya untuk bengkel di atas atau sebarang jemputan bengkel berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
0167235080/0192115642
Catatan,
Norazura
Jurulatih dan Fasilitator
Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
No comments:
Post a Comment