Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
MOTIVASI DIRI - Saya dan Pendidikan Awal kanak-Kanak
It just me and myself...
How do i motivated myself?
How do i motivated myself?
Alhamdullillah, tuhan selalu ilhamkan kepada saya untuk sentiasa belajar dari sesuatu pengalaman yang lepas. Menyedari kelemahan diri, bahawa saya memang ada mempunyai sintom self esteem yang rendah walau bukan seteruk dulu. Justeru prinsip saya hanya satu....
Untuk menjadi diri saya sendiri dan untuk lebih menghargai setiap kelebihan yang Allah berikan pada diri saya. Kerjaya pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah pilihan saya walaupun latarbelakang pendidikan awal akademik saya tidak berkait rapat dengan bidang kerjaya ini.
Saya dan Pendidikan Awal kanak-kanak, dari dulu...
Sebolehnya saya tidak akan duduk dalam kelompok mereka yang sentiasa memandang sinis pada kebolehan saya.
I will run from them and go far away..
Sebab saya tahu di luar sana masih ramai yang menghargai dan menyantuni saya sebaiknya. Acapkali ada saya jemputan bicara dan training yang saya terima dari para penggiat industri ini. Saya belajar menghargai setiap peluang yang diberi.
Sebolehnya saya sangat tidak suka bersama dengan mereka yang berdiri gah mendabik dada tanpa suka memandang sedikit ke bawah.
It really will make me down.
Lalu saya elakkan berada dalam kelompok mereka.... mereka yang jarang melihat keistimewaan dalam diri orang lain.
Tentunya juga saya akan elakkan pertemuan bersama orang yang tidak suka dengan saya, walau atas alasan apapun yang sebabkan tidak suka itu. 😁
Sebolehnya juga walau di fb ini sekalipun, saya akan unfriend atau blok mereka yang tidak positif atau yang suka keluarkan status-status yang negatif tak kiralah mereka itu kawan atau family sekalipun.
Saya tidak suka biarkan emosi saya terganggu dek kerana mereka, jadi.. saya tinggalkan mereka dalam dunia negatif tersebut.
Hakikatnya.. Kita adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain yang benar-benar sangat kenal dengan kita;
bagaimana kita dulu, apa kebolehan kita, melainkan kita sendiri dan Allah jualah yang Maha Mengetahui tentang diri kita. Lalu.. belajarlah hargai kebolehan dan setiap anugerah potensi yang Allah berikan kepada kita.
bagaimana kita dulu, apa kebolehan kita, melainkan kita sendiri dan Allah jualah yang Maha Mengetahui tentang diri kita. Lalu.. belajarlah hargai kebolehan dan setiap anugerah potensi yang Allah berikan kepada kita.
Sepertimana kata orang bijak pandai juga...
Jika ingin jadi orang berjaya, duduk dan bergaullah dalam kalangan mereka yang positif dan yang suka bercakap perkara yang baik-baik.
Jika ingin jadi insan yang menyerlah..., duduklah bersama mereka yang nampak ikhlas menghargai kita.
This is me, and InsyAllah i does all these..
Abaikan yang negatif - negatif tu..!
sambil menyedari bahawa apa sahaja kelebihan kita itu, semuanya milik ALLAH dan dariNYA jua.
Catatan,
#Norazura
#Norazura
No comments:
Post a Comment