Pages

Tuesday, 6 July 2021

ANAK YANG SENSITIF

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

ANAK YANG SENSITIF

Selalunya anak-anak kecil memang sangat sensitif, maksudnya mereka mudah terasa. Justeru itu, tak hairanlah kalau anak-anak kecil suka sangat buat hal, menangis dan mengamuk tak tentu pasal, sikit-sikit merajuk, agak juga dok menjerit-jerit tak tentu pasal. 

Ada juga 

-


Sampaikan berbagai gelaran orang bagi. Benyek, lembik, penakut, manja sangat pun ada orang bagi.

Gelaran macam ni la yang akan melekat dalam Self-Image anak sampai ke besar. Ini bahaya!

Semua gelaran ni salah 100 peratus! Semua tak tepat dengan apa yang berlaku.

Anak yang sensitif tahap extreme ni sebenarnya adalah HSC ( Highly Sensitive Child )

HSC ni merupakan anak yang paling bijak sekali. Anak yang paling banyak Superpower berbanding anak anak lain.

Superpower mereka,

- otak mereka cepat belajar
- 5 deria mereka sangat tajam
- empati tinggi
- tahap “Curious Thinking” tinggi
- naluri kuat macam orang dewasa

Masalahnya, anak tak pandai kawal Superpower ni lagi.

Sebaliknya, Superpower ni yang banyak kawal diri anak.

Sebabkan kuasa kuasa ini la anak jadi kuat menangis, senang merajuk, mudah sentap, tantrum dan senang takut orang.

Kalau kita “desak” dia jangan menangis, jangan merajuk, jangan sentap, jangan tantrum dan jangan takut orang sekalipun dia tak boleh ikut punya.

Sebab dia tak boleh kawal superpower dia.

Daripada kita desak anak berhenti guna superpower ni lagi baik kita “latih” anak guna superpower sampai mahir.

Mana tahu anak anda ni boleh jadi tokoh terkenal macam Albert Einstein.

Setiap anak unik dan ada keistimewaan tersendiri. Jangan mudah terpedaya dengan keburukan di luar semata, sedangkan ada 1000 lagi kelebihan yang tersimpan di dalam.

Biarkan apa kata orang tentang anak kita, asalkan kita percaya dan yakin percayalah masa depan yang cerah menanti.

Wallahu A’lam,


Catatan asal.oleh;
Mohd Fhais
- Sabar adalah rahsia anak anak yang berjaya

Nota :
Albert Einstein pun jenis HSC, orang siap panggil dia gila dan tak betul lagi. Tapi sekarang, dia la orang yang paling di kagumi selama beribu tahun lamanya.

No comments:

Post a Comment