Pages

Tuesday 6 July 2021

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Musim Covid

Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com

016 7235080


Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Musim Covid


Sekarang tengah musim Pandemik Covid 19 kan...

Apa kata kita buat satu aktiviti mudah dan menarik supaya anak-anak kita juga faham akan bahaya Covid 19 itu. Jadi, bolehlah sama-sama kita  ingatkan kepada anak-anak mengenai  SOP yang perlu diikuti bagi mengelak daripada terkena jangkitan Covid 19 ini.


Hah....

Kalau di TASKA , semua aktiviti mesti ada lesson Plan atau Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA), jadi saya kongsikan contoh aktiviti berkaitan dalam format RPA.


Ini Rancangan pelaksanaan Aktiviti (RPA) untuk TASKA ya, kalau untuk TADIKA , buatlah lesson plan ikut format TADIKA pula.


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 5

UMUR KANAK-KANAK

3 – 4 tahun

BIL. KANAK-KANAK

5 orang

TAJUK AKTIVITI

Apa itu Covid 19?

BIDANG PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI AWAL (PBKLA)

KEBOLEHAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak sudah boleh memahami penceritaan mudah.

OBJEKTIF

1.       Kanak-kanak  boleh faham cerita dan makluman yang perlu diketahui tentang Covid-19  (PBKLA)

2.       Kanak-kanak boleh menyerlahkan emosi, keterujaan dan keinginan untuk mengetahui lebih banyak tentang covid-19 (PSSEKR)

3.       Kanak-kanak boleh lebih kenal kesan Covid-19 terhadap persekitaran dan kesihatan (PDPDP)

BAHAN

1.       Poster dan template atau Zine mudah tentang Covid 19 yang sesuai untuk kanak-kanak faham.

TEMPAT

Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak

PELAKSANAAN AKTIVITI

 

1.       Pastikan kanak-kanak telah bersedia di ruang aktiviti penjarakan sosial.

2.       Sambil bertanyakan khabar kanak-kanak, ajak kanak-kanak nyanyi bersama-sama terlebih dahulu sebagai langkah awal sebelum memulakan aktiviti.

3.       Beritahu kepada kanak-kanak apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu sesi bercerita dan berbual mengenai Covid-19.

Apakah itu Covid-19?

Apakah kesan Covid-19 terhadap manusia?

Bagaimana ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain?

Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mengelakkan jangkitan Covid-19?

4.       Beri penerangan kepada kanak-kanak dalam penceritaan yang mudah. Sambil bercerita, sambil  pegang dan tunjukkan poster atau apa sahaja bahan yang boleh membantu kanak-kanak cepat faham.

5.       Tanyakan dan uji samada kanak-kanak sudah faham atau belum. Jika kanak-kanak menunjukkan kefahaman, beri pujian kepada mereka.

6.       Sebaliknya jika ada kanak-kanak masih kurang faham, teruskan beritahu dan bercerita kepada kanak-kanak secara lebih mudah.

7.       Teruskan  juga sesi perbualan dan penceritaan  bersama dengan kanak-kanak.

8.       Keluarkan  poster, template atau Zine yang sesuai dan beri ketiap anak-kanak pegang dan lihat secara dekat.

9.       Beri kanak-kanak peluang untuk bertanya apa sahaja yang berkaitan dan pendik perlu segera memberi respon kepada kanak-kanak.

10.    Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

Perhatian :

 

1.       Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.

2.       Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak.

3.       Pastikan persekitaran adalah kondusif.

4.       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.

5.       Pastikan ada penjarakan sosial dan patuhi SOP.

 

 

Refleksi :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 12

 

UMUR KANAK-KANAK

3 – 4 tahun

BIL. KANAK-KANAK

5 orang

TAJUK AKTIVITI

Elakkan Covid 19

BIDANG PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN  DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

KEBOLEHAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak sudah boleh faham  tentang persekitarannya jika diberitahu dengan jelas.

OBJEKTIF

1.       Kanak-kanak boleh berfikir dan memahami risiko dan akibat dari keadaan persekitarannya. (PDPDP)

2.       Kanak-kanak boleh bersoal jawab dengan pendidik. (PBKLA)

3.       Kanak-kanak boleh menghias poster atau bahan mengenai covid 19 mengikut idea kreativitinya sendiri (PKE)

BAHAN

1.       Poster Gambar si Covid-19 saiz A4  ( tidak berwarna) untuk setiap kanak-kanak

2.       1 Buku besar tentang Covid-19 (DIY)

3.       Crayon untuk setiap kanak-kanak

4.       Kertas warna dan gam (jika perlu)

TEMPAT

Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak

PELAKSANAAN AKTIVITI

 

1.       Kanak-kanak diminta duduk dalam ruangan aktiviti dalam penjarakkan yang diitetapkan.

2.       Pendidik memastikan kesediaan kanak-kanak dengan bertanyakan khabar kanak-kanak terlebih dahulu. Pendidik minta kanak-kanak cerita sedikit tentang keadaan mereka pagi ini ketika aktiviti saringan masuk TASKA.

3.       Pendidik beritahu bahawa aktiviti pada hari ini adalah berkaitan dengan rutin saringan ketika tiba di TASKA. Mengapa mesti buat saringa kersihatan?

4.       Pendidik keluarkan buku besar yang mengandungi bahan mengenai Covid 19

Dalam buku tersebut terdapat tentang:

i.                     Gambar imej Covid 19

ii.                    Apakah langkah yang perlu diikuti bagi menggelakkan Covid 19

iii.                  Ap aitu ‘hand sanitizer’

iv.                  Bagaimana cara mencuci tangan dengan betul guna ‘hand sanitizer’?

v.                    Apa perlu dilakukan apabila tidak sihat?

5.       Pendidik mula bercerita mengenai Covid 19 dan perkara yang perlu diketahui dalam menjaga kebersihan. Pendidik perlu gunakan pendekatan  yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Sambil bercerita, pendidik tunjukkan gamnar-gambar di dalan buku besar tersebut.

6.       Pendidik memastikan kanak-kanak boleh faham tentang perkara yang telah diterangkan.

7.       Jika kanak-kanak menunjukkan yang mereka faham, berikan pujian kepada mereka. Sebaliknya pendidik perlu terus bimbing dan berikan kefahaman yang mudah jika sebaliknya. Teruskan beri galakan dan tunjukajar.

8.       Pendidik galakkan kanak-kanak bersoal jawab dan berbual terus mengenai Covid 19 sambil pendidik berikan jawapan yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak

9.       Pendidik keluarkan satu poster Covid 19 tanpa warna dan berikan kepada setiap seorang  kanak-kanak. Pendidik minta kanak-kanak hiaskan poster tersebut samada ingin warna atau buat tampalan. Pendidik tunjukkkan contoh.

10.    Berikan masa kanak-kanak melakukan  aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.

11.    Pendidik akhiri aktiviti ini. Ucapkan terima kasih dan ajka kanak-kanak berkemas bersama.

 

 

Perhatian :

 

1.       Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.

2.       Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak.

3.       Pastikan persekitaran adalah kondusif.

4.       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.

5.       Pastikan ada penjarakkan sosial dan patuhi SOP.

 

Refleksi :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Kalau anda nak dapatkan banyak lagi koleksi RPA , jangan lupa hubungi saya di 0167235080.


Saya sediakan banyak koleksi RPA dalam bentuk EBOOK untuk memudahkan perancangan aktiviti anda di TASKA atau kepada anak-anak di rumah.


Nor Azura Ismail

Jurulatih dan Fasilitator

Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  


No comments:

Post a Comment