Pages

Tuesday 6 July 2021

Apa yang anak perlukan?

 Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah 8  perkara yang kanak-kanak perlukan namun ia tidak boleh dibeli dengan duit?



1. KASIH SAYANG - Kanak-kanak sangat memerlukan kasih sayang sebaik dari dilahirkan  dan sepanjang tempoh pembesarannya. Kasih sayang merupakan perkara asas yang sangat penting dan utama di dalam tempoh kanak-kanak membesar. Kasih sayang yang sempurna boleh mempengaruhi aspek perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Kasih sayang yang mencukupi menjadikan kanak-kanak mempunyai kendiri, emosi  dan keyakinan diri yang lebih positif.

2. MASA & PERHATIAN - Kesibukan dengan urusan seharian merupakan satu cabaran besar kepada ibu bapa masakini. Kesibukan boleh menjadi sebab ibu bapa kurang dapat memberi amsa yang berkualiti dan kasih sayang kepada anaknya. Sedangkan masa dan perhatian sangat diperlukan oleh seseorang kanak-kanak khasnya dari kedua ibu bapanya. Masa dan perhatian juga turut boleh mempengaruhi aspek perkembangan kanak-kanak terutama dari segi emosinya.

3. GALAKAN & PUJIAN - Memberi galakan dan pujian adalah antara cara yang dapat mendorong kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan dan kebolehan yang meningkat dari hari ke hari. Kanak-kanak sangat memerlukan galakan dan pujian dalam apa jua perkara positif yang dilakukannya. Galakan dan pujian menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dalam mempelajari dan memahami sesuatu perkara baru.

4. PERSEKITARAN KONDUSIF - Ia merujuk kepada persekitaran atau suasana di mana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar. Persekitaran yang positif merujuk kepada persekitaran yang sesuai, selesa dan selamat kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang berada di dalam persekitaran yang kondusif lebih cenderung untuk menjadi seorang kanak-kanak yang positif.

5. PELUANG BERBUAT SESUATU - Kanak-kanak perlu diberi peluang dan kebebasan untuk meneroka dan memahami sesuatu yang baru di persekitarannya namun dalam suasana yang kondusif. Kanak-kanak yang sentiasa diberi peluang dan kebebasan untuk meneroka dunia kanak-kanaknya akan lebih banyak belajar sesuatu yang bermakna. Melalui peluang penerokaan, kanak-kanak bakal membina pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru.

6. DISPLIN - Kanak-kanak perlu diterapkan dengan didikan dan displin sedari kanak-kanak telah memahami. 

7. KEGEMBIRAAN  - 

Rasa gembira Dan seronok dengan apa sahaja do persekitaran mereka 

8. PELUKAN - 

Begitu juga , pelukan daripada mereka yang menyayangi mereka.

No comments:

Post a Comment