Ada masanya kita sakit hati dengan perangai anak kita
- dia mengamuk tak kira masa
- dia sepahkan sini sana
- dia menyampuk perbualan kita
- dia taknak ikut cakap kita
- dan bermacam lagi perangai pelik dia
Tetapi ketahuilah wahai ibu wahai bapa. Mereka bukan sengaja ingin menyakiti kita. Mereka bukan sengaja ingin menyerabutkan kita.
- ini hanyalah proses sementara
- kerana perkembangan otak mereka masih belum sempurna
Itulah kenapa mereka belum mampu mengawal diri sebagaimana kita orang dewasa. Di saat inilah mereka sangat perlukan
- perhatian kitaperamgai
- kasih sayang kita
- keredhaan kita
- kemaafan kita
Kerana tanpa kasih sayang kita. Otak anak anak kita tak mampu berkembang dengan sempurna. Kerana tanpa kemaafan kita, jiwa dan emosi anak kita takkan mampu stabil dan bahagia.
Maafkan anakmu. Kerana suatu hari nanti perangai pelik mereka inilah yang akan paling dirindu
No comments:
Post a Comment