Pages

Wednesday, 23 September 2015

TIP lelaki sayangkan anak isteri


Teks oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Assalamualaikum dan salam hormat, nak tahu tip lelaki sayangkan anak isteri?

Seseorang lelaki yang telah bergelar suami dan bapa tentu sekali sangat sayangkan  isteri dan anak-anaknya. Tanda sayang lalu diberikannya segala kebahagiaan dan kesenangan hidup bagi memastikan kesejahteraan keluarganya. 
Hakikatnya,  tanggungjawab suami dan bapa sebagai ketua keluarga sangatlah besar dan bukan perkara yang boleh dipandang remeh@mudah oleh kaum lelaki.

Teringat saya antara  firman ALLAH dalam Surah al-Tahrim ayat 6, yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu
dan keluargamu daripada azab api neraka...”

Apakah tip lelaki sayangkan anak isteri?  Memadaikah dengan hanya  memberikan keluarga mereka nafkah yang secukupnya? Ya memang perlu, memberi nafkah tanggungjawab si suami dan si bapa. Semua lelaki tahu perkara ini. Lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya pasti akan menjalankan tanggungjawab memberi nafkah ini sebaiknya.

Tapi, cukupkah dengan itu sahaja?

Bolehkah jika saya katakan bahawa lelaki yang   memastikan  isteri dan  anak-anaknya dididik mengikut acuan islam dan melalui jalan jalan yang benar, maka inilah tanda utama atau tip  lelaki benar-benar sayangkan  keluarganya.Sayangkan isteri dan anak-anak kerana ALLAH.  Kasih dan sayang sepenuh jiwa  pada keluarganya hingga tak ingin mereka terjerumus dalam jurang api neraka. Inilah kasih dan sayang yang hakiki , tulus serta ikhlas dalam memikul amanah dari ALLAH ini.

Jadi, untuk para lelaki yang bergelar suami dan juga bapa, benarkah anda sayangkan keluarga anda?
Bagaimanakah anda sebagai seorang suami, adakah anda sayangkan isteri anda? Ya, memang anda sayangkan isteri anda. Anda beri nafkah zahir batin secukupnya, kasih, sayang dan cinta serta kesetiaan. Anda sentiasa ringan tulang membantu kerja-kerja isteri di rumah. Prihatin dan berlemah lembut dengan isteri. Setiap keperluan dan keinginan isteri anda penuhi hingga meleret senyuman sang isteri.

Tapi, sayangnya anda tak pastikan isteri menunaikan solat @ sempurna solatnya. Anda berkongsi aurat isteri anda sendiri dengan lelaki-lelaki yang lain. Kalau isteri  tutup aurat pun jauh dari aurat yang sempurna, anda abaikan sahaja. Sangat sedikit anda mengajak isteri benar-benar mengenali ALLAH. Tanyalah pada diri, adakah ini tanda anda sayangkan isteri anda?

Bagaimakah pula anda sebagai seorang bapa@ayah kepada anak-anak yang masih kecil mahupun anak-anak yang kian remaja?  Ya,  anda seorang ayah yang prihatin dan bertanggungjawab. Anda berikan nafkah dan keperluan secukupnya. Anda memastikan pendidikan yang terbaik buat mereka. Anda bawa mereka pergi melancong. Anda berikan kasih dan belaian.

Sayangnya anda tak didik anak mengenal ALLAH. Anak-anak alpa dengan kewajipan solat . Anda biarkan mereka leka dengan hiburan dan teknologi tak menentu. Anda  tak kisah akan aurat yang mereka pamerkan. Anda biarkan mereka hidup dengan cara mereka. Maka bertebaran anak-anak tanpa mengira taraf pendidikannya bersosial tanpa mengenal batas kehidupan.

Lalu, adakah ini yang dinamakan sayang. Aduh lelaki, lelaki yang bergelar suami dan bapa. Ingatlah akan kami isteri dan anak-kanakmu. Kamilah amanah yang perlu kamu tunaikan dengan sebaiknya. Sayangilah kami dengan memimpin kami ke jalan ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang hebat yang dikasihi ALLAH. Jadilah pemimpin keluarga yang penuh iman dan taqwa dalam dirinya. Bawalah kami menuju ke jalan yang ALLAH redhai  . Kaulah pemimpin hati-hati kami dengan izin dari ALLAH.

Untuk lelaki, jangan lupa tip lelaki  sayangkan keluarga  ini.

Untuk sang ibu dan bapa, didiklah anak-anak mengikut acuan islam. Kalau kelak mereka berjaya menjadi orang cerdik pandai, biarlah cerdik pandai yang bertakwa. Andai kelak mereka kurang cemerlang kerjayanya  dunia tapi mereka menjadi hamba tip top di akhirat kelak.  Mudahan saya dan anda dalam RahmatNYA jua.

Ampun maaf jika salah bicara. Wassalam dan terima kasih kerana membaca.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia
#Jurulatih/Fasilitator ECCE
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com



No comments:

Post a Comment